Monday, December 27, 2010

Macaron, I Want You















xkan nak kena pegi Harrods kat London baru boleh makan kot. sobsobsob

. pic from en.goggle





setelah menerjah empayer gallery di Subang last saturday, saya tak jumpa pon macaron lpas bershopping handbag dan purse baru sakan padahal nak cari macaron je.hehe . kan mana. anyone know? sob..sob.. i want macaron...semoga pakweku terbaca entry ni n hadiahkan.hehehe

Thursday, December 23, 2010

Keindahan Ciptaan Allah S.W.T



Pandangan dari jendela kamar beradu ku. 
Sangat cantik melihat mentari terbenam di ufuk barat
Subhanallah, aku sungguh kagum dan insaf
Dialah Tuhan Semesta Alam.

Diberikan lagi aku peluang untuk terus melihat
Menghirup udara ini dan melaksanakan kewajipanku
Bagaimana dengan amal ku
Bagaimana kalau mentari muncul bertentangan arah
Ketika itu pintu taubat telah tertutup.
Penyesalan yang tiada gunanya lagi

Ya Allah Ya Tuhanku
Selamatkanlah aku, kedua ibubapaku, keluarga dan keturunan ku
penyampai ilmu, dan mereka yang berada disekelilingku
dari siksa dunia dan akhirat
Rahmati dan Berkatilah hidup kami
Semoga mendapat kebahagian
Dunia dan akhirat.

Buku.



Nampak tak gambar di atas? isikan ruangan bergaris dengan jawapan yang tepat. Ini adalah satu penyelesaian masalah. kenyit sikit mata. Gurau je ok. hehe. Mesti ada yang ingat saya ni seorang  yang rajin pergi membeli buku berhard cover dan menjadi bahan bacaan. ok jgn terpedaya. Kalau bukan kerana ianya satu tugasan wajib, maka jgn harap saya sesuka hati nak pergi beli buku nie kat MPH dan membacanya dengan bersungguh-sungguh bersengkang mata setiap malam dan siap buat conclusion/summary cam zaman belajar dulu. Anda ingat saya rajin sangat ke? Walaupun saya mmg suka membaca, tapi kalau benda tu formal macam nie, mmg saya xbrapa suka. tapi kalau jalan free2 ke mph mmg buku mcm nie aku suka asalkan aku sendiri yang rasa NAK.Oh sori, saya bukanlah tergolong dalam kategori pelajar rajin tahap gaban ye. Kalau rajin dah lama jadi Doctor. Sebab xbrapa nak rajin la boleh jadi Accountant dan ditawarkan carrier yang menarik di United Kingdom sebelum aku terperangkap disini berangan tak hengat.  hahaha. Ok, just kidding again? Nampaknya saya sudah hampir terkeluar tajuk lagi nie. Tu la, karang entry dulu sebelum fikir tajuk kan?kan? itulah cik sufia gelaran yg diberi oleh sesetengah insan, suka berangan, berangan saja sudah boleh buat aku gumbira tersengeh-sengeh.

Kembali kepada tajuk utama, saya sebenarnya nak berterima kasih kepada seseorang yang telah berkongsi pandangannya berkenaan dengan buku ini. Perbincangan kita telah memberikan saya keyakinan untuk menyiapkan tyugasan wajib ini dengan lebih efficient dan telah mempelbagaikan sudut pandangan saya. Nanti saya belanja kamu ye. Thanks H so much. Yang lebih menyenangkan hati, saya sudah menghantar tugasan tersebut 2 hari lebih awal dari dateline. Itu sudah cukup buat saya rasa selesai satu tanggungjawab sebagai pekerja makan gaji... ja pun. Aku Insan Kerdil... tetiba la pulak kan, nak buat sadis kat sini. maklumla, blog macam diary luah perasaan la kan. apa lagi....





Wednesday, December 22, 2010

Malu

Malu dan iman berjalan beriringan. 
Jika salah satu ditinggalkan
Maka kedua-duanya akan hilang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud:
"Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."


Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)

Cuma berwarna hitam dan putih

hatiku berbahagi ketika event ini berlangsung. gembira atau sebaliknya.



Dalam dewan ketika aku sampai pada waktu ini, sebahagian besarnya penuh dengan wajah2 yang ceria. Mereka senyum padaku, dan ada yang aku balas.Aku berdoa agar aku akan bahagia dengan jalan yang aku pilih secara terpaksa atau dipaksa orang lain Ya Allah, adakah ini jalan yang terbaik untuk aku. Berilah aku petunjuk. Adakah aku akan berjumpa dengan apa yang aku cari. Satu kepuasan yang hakiki dalam cabang ini.

Monday, December 20, 2010

Masakan Pertama Ku.

Iya, buat kali pertamanya dalam hidup saya. Saya telah memasak untuk seseorang. Bukan maknanya saya xpernah masak sebelum ini, cuma ianya adalalah kali pertama dalam hidup, saya masak dengan tujuan untuk dihidangkan dan dijamah oleh seseorang yang menjadi bahan dalam buku nota kening ;p .Walaupun saya pernah masak bersama teman-teman seuniversiti serumah (oh, rindunya korang semua) dan pernah dirasai oleh member berlainan jantina seperti cucur bawang, karipap bawak nek ketapi, cucur ikan bilas, kebanyakkan darinya saya adalah pembantu chef sahaja. Yang betol-betol saya jadi tukang masak utama boleh dikira dengan jari kaki dan tangan sahaja. hehehe. 

Semalam dengan rasminya dan buat pertama kalinya saya telah memasak for a guy which now has his own place in my buku nota. Hahaha, jgn la ketawa. Ini pengaku jujur dari saya, saya mmg xpernah masak apa-apa untuknya hatta sepinggan maggi kari pun sebelum ini. Iya betol. Sbb walaupun saya kenal dengan dia dari tahun lepas lagi, kami berhubung jarak jauh. Tiada dating-dating ye. Cuma semalam dia telah dtg kesini untuk friendly match football dengan para juniornya (termasuk la beberapa org member batch saya sendiri). hahaha. KALAH 7-4.Adakah masakan saya yg dijamah dengan banyak olehnya menganggu perut dia untuk menyepak bola? HAHAHA....ok-ok, mari kita lihat..... apakah menu pertama saya untuknya?

1. Sambal Ikan Lakeside With Onion.
2. Sotong Goreng Kunyit Bercili.
3. Sayur Campur Bersama Cendawan Segar.
4. Telur Dadar Kekuningan Bercili.
5. Nasi Putih.
6. Air Sirap Rose Sejuk.

(semangat masak sebab dah ada peti ais baru dan masuk rumah baru)

Ok tak menu itu? Ok ler kan untuk budak yg xterer macam saya nie kan?kan? hehe. Tapi lagi best bila masakan saya dipuji sedap. :) walaupun bagi saya biasa saya. Tapi dah dia kata sedap n kena dengan selera. Kakak n adik saya pun kata ok, n Abg ipar saya pun xdak complain. So saya concludekan sebagai ok la. :)

Sunday, December 19, 2010

Kisah Peti Ais Aku.

Salam,while this entry post is typed, i'm actually waiting for someone. Yeah..someone who is tukang dilivery apek or mamat in which i don't know hensem or berkedut seribu garis, muda or tua. Tapi itu semua tidak menjadi persoalan. Sekarang persoalannya, bila nak sampai nie. Kerana masa dok menunggu ini telah mengganggu plan aku dihujung minggu ini. yes, saturday event. Peti ais baru ohh, bila nak sampai nie, dari berskirt pendek aku dah tukar ke seluar jeans bert-shirt bertudung siap selepas mendapat panggilan 2 jam lalu bahawa mereka odw nak hantar peti ais itu. aduh, len kali kalau lagi 10minit nak sampai baru bagitau la. nie wat aku tertunggu-tunggu. asyik-asyik "ye lima minit lagi sampai" dah 3 jam dah nie oiii. Kalau ikut time yg diorg print kat aku semalam dah melebihi waktu nie. Kalau pizza lambat dapat jugak coupon free, ne kalau peti ais lambat dpt apa?? kalau dapat TV PLASMA 42 INCH lambat sejam lagi pun xpa.! Tapi itu hanyalah angan-angan kosong bak buih-buih diangkasa yg akan meletup! Adoi nie buat aku nak nek darah lagi nie. Pas satu..satu.. Dari kisah Giant Seri Kembangan nya salesman menipu aku sampai la kemarin aku g beli kat Seng Heng Alamanda Putrajaya. Wahai hatiku, tabahlah, sabarlah, kerana sabar itu separuh dari iman...cuba menenangkan hati sendiri :) ok mari kita berfikiran dan bertanggapan positif. Supaya hujung minggu adalah hari tanpa kekalutan or tekanan seperti diopis ok. Semoga lepas nie boleh buat ice-cream Malaysia banyak-banyak sumbat dalam peti ais untuk dimakan bagi menyejukkan badan yg tengah panas ini.

Ok, sebelum terlupa, mai sini nak cerita kisah peti ais minggu lalu yg xsampai2. Disebabkan saya baru berpindah rumah yang kosong tanpa sebarang perabut kecuali kabinet dapur, maka sudah pasti saya perlu membeli kelengkapan seadanya untuk hidup.  Barang-barang lain telah disponsor oleh seorang Datin dan Dato' yang agak baik hati sebab kesian melihat saya yang hidup sebatang kara di daerah ini. cewah, bunyi cam novel lak..hahah. Disebabkan Giant Seri Kembangan yang baru dibuka itu boleh dikatakan xjauh manapun dgn Prince, saya telah pergi kesitu dengan niat untuk survey2 saja. Tapi keinginan untuk survey itu telah bertukar menjadi belian on the dot lumpsum amount...Sebab si salesman telah berjaya membuatkan saya terbeli dgn harapan dan kata2 yg memberangsangkan bahawa stok is available in stor, energy efficiency, dan juga isipadu 198 liter..that offer in only for that day, apa lagi saya trus la beli sbb dia kata petang tu jugak nak hantar peti ais saya. Siap dengan kata-kata supaya saya boleh la pergi membeli barang-barang basah untuk disimpan dalam peti ais baru yg bakal tiba dipintu rumah saya petang itu juga. Ok, sebelum saya membuat transaction pembelian itu, saya telah memgambil langkah yg sewajarnya dengan bertanya betul-betul berkenaan stock availability n the delivery charges, selain mengambil gambar model peti ais yang di displaykan serta gambar mengatakan 'free dilivery within 30 kilometres'.

Dengan hati yang berbunga-bunga sebab nak dapat peti ais baru, maka saya, adik saya serta anak-anak buah saya telah berpesta membeli barang-barang dapur yg boleh disimpan dalam freze baru itu. Ikan, ayam, udang, sotong, ice-cream, yogourt dan lain-lain. Tungu punya tunggu, sampai malam xsampai. janji nak hantar siang sampai malam belum sampai-sampai without a single call to explain why my order is not arrived yet. Saya pulak yang call berkali-kali tanya why xsampai2 lagi sbb bimbangkan barang-barang basah yang dibeli tadi. nasib baik saya kol mak saya petg itu n dengan nasihat pakar, maka saya dan adik saya telah siang semuanya dan letak garam kunyit dulu. So while my sister is dok pesiang semua tu. i keep calling them. lepas sorang sorang lak yg ckp lain. dah macam apa dah. Mula2 ckp ya my freze in on the way to my house. bila dah lama sgt xsampai2 lagi, saya kol lagi. n this time they told me that my peti ais is xdak stock! damm! Lpas saya dah ngamuk2, (yela aku dah bayar full amount!) n then the salesman kol, ckp stock tu ada lak, cuma xelok, ada rosak sikit, sebab tu xjadi hantar.lpas tu kata dia dah dpt stok baru n then lpas tu dia kata hari ini xboleh hantar, aku time tu rasa nak marah gila dah, dia kata esok xleh hantar sbb xdak lori la, xdak driver la. hey, i dont care about that. that i ur business, n i dont want to hear anymore alasan. ckp hari isnin mgu dpan baru leh hantar. saya time tu xnak dengar any alasan dah. n cakap, saya bagi peluang kat diorg sampai pagi esok je. dah la semua barg basah saya dah beli. kalau saya xkol, maka xda sesiapa lah yg akan bgtau saya berkenaan perkara ini kan?? apa lagi esoknya say pegi nak tuntut balik duit saya. kalau xdak stok xpayah la jual. bgtau awal2, aku boleh la beli kat tempat lain.menyusahkan betol. rupanya lpas saya pergi nak tuntut balik duit saya, budak salesman tu xdak, bercuti, n stok baru yg dia ckp dah ada tu sebenarnya xdak. coz manager dia sendiri ckp mmg xdak stok. So kalau saya bagi peluang esoknya (isnin seperti yg dijanjikan) lagi, maka alasan apa pulak yg nak diceritakan or dikarutkan dikarangkan lagi. eii xtahannya aku. Lepas diorg xboleh bagi balik cash, walaupun saya nak cash. diorg janji bagi kredit term 3 hari. n for ur information, sampai hari ni, saya punya credit term dah lebih dari 7 hari tapi xdpt2 lagi. Kredit term or benda2 nie sekejap ja kalau diorg nak buat.

I'm so dissapointed. Giant is one of my favourite mall to shopping barang-barang dapur. Tambahan pulak Giant kan keluaran Malaysia.Saya dan keluarga boleh dikatakan menyokong barang-barang buatan or keluaran Malaysia. Bila benda nie berlaku, hati saya pun dah rasa sebal. Yela, saya xsalahkan semua, mungkin salesman tu sorg je yg salah. Tapi bila melibatkan pemulangan semula duit saya, perkara ini dilengahkan dan tidak seperti yang dijanjikan. Walaupun dah lebih dari tiga hari saya still bagi peluang. Tapi bilanya nak selesai perkara ni. "Costomer is always right", i wanna to use my right. Saya harap lepas nie diorang dapat meningkatkan pengurusan diorang, especially things like customer service nie, latih elok2 salesman diorg, perbaiki pengurusan, terutamanya pembayaran balik duit customer. jgn la memburukkan nama  giant disebabkan perkara-perkara seperti ini yang sepatutnya boleh diuruskan secara lebih efficient. Jgn la kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. I hope giant will be more efficient n improve on their manegerial n customer service.

Updated

Peti ais saya sudah sampai semalam. yey! lagi besar dari yg saya nak beli kat 'G' tu, 258 liter.
FYI- entry nie saya start tulis hari sabtu waktu menunggu peti ais baru( beli kat SengHeng ) , n then tersimpan dalam draft , n disudahkan pagi ini.

-Ok nak kol bank tny. daa




Tuesday, December 14, 2010

Marathon Pics and Story 2010 - Part 1 (unpublished before)

My fren wedding: Musfirah Salma .cantekkan:)

menunjuk sijilku. lumba lari.hehe: ok tipu. berjalan je.

with damia.

my fren: cahaya bungaku maksud namanya.

yue at Istana Hotel
miss all my fren :)

miss Salsabila. rindu sama kamu. bagi tips nak diet ok> aku kagum sihh sama kamu yg berjaya slim.


my fren with hubby dier. apa khabar kamu ye mus:)

lpas raya, shopping time bersama preggy mommy.

napa bucuk nangis nie?

tengok, bahaya bermain bunga api disiang hari senyap2.

sudah berbungkus

papanya sedang memujuk

idung sapa lagi besaq?

adik ekpressi muka yg lebih. hehe

yue, nak lagi :)

sedap sampai licin



Winner of Drawing Competitionm

Hujung minggu yg lalu, saya telah membawa dis 2 kiddos perg berpicnic dan bershoping. tetiba ada seorang amoi menghampiri kitaorg dan suruh budak 2 nie masuk lukis n warna. so just to enjoice the picas:p
  mamam pizza dulu ok. i loike domino

tekun melukis dan mewarna

Nur Iman Dania cuba memberi semangat kpd si abg. yeke? ke nak tiru idea? hehehe

Muhammad Alvin Daniel the champion !

tengok la apa si adik lukis n warna? ok la untuk budak umur 5 tahun kan? tapi nampak cam darjah satu. sbb tinggi.hehe

Picture of new mommy and the Love Zara

time nie mommy to be get ready nk ke hspital, cool je kan mommy zara nie (zara time nie dlm tommy lagi)

tgk la mommy to be lagi slim dari aunty yg anak dara..huhuhu

tgh menahan sakit

sian my sista nie kna enjek.hehe, aunty is la ny meneman dari pagi sampai la zara lahir mlmnya. i love my sista.

Love Nur Az-Zahra






p/s: kak nur, bila lagi nak g ? hehe

Thursday, December 9, 2010

Kurnia di Tahun Baru. (Maal-Hijrah)

Alhamdulillah dah masuk tahun baru, isnin lepas, malamnya kakak saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Semua sangat happy dan syukur. Nur Az-Zahra nama diberi (InsyaAllah), juga sempena mengambil keberkatan dari nama puteri Rasullullah, i will updated again when her parents registered later. Untuk menyambut kelahiran baby girl yg disayangi ini, saya mengambil cuti selama 2 hari ditambah dengan cuti Maal-Hijrah, so saya cuti selama 3 hari . Travel from Prince to Kuantan. Rasa xsabar nak jumpa baby lagi.

Congratz sis n bro :)

Hari ni first day masuk opis setelah 3 hari bercuti. Datang agak awal sbb xnak jem, almaklumlah bergerak dari arah baru rumah baru hari ni. Letak je handbag, perasan atas satu surat atas meja. :) Syukur Alhamdulillah, satu penghijrahan lagi dalam kerjaya. walaupun bagi sesetengah org maybe xde benda sgt. Betul2 hijrah dari yg lama ke yang baru. Dari takok lama kepada yang lebih baik. Walauapapun, TQ semua :)

Baru perasan, Maal hijrah kali ini mmg byk benda yang berlaku. Alhamdulillah.
-Pindah Rumah _ DONE
-Baby Zara       _ Alhamdulillah
-Surat Penghijrahan :) _ Alhamdulillah

Wednesday, December 1, 2010

bila tulisan sunyi berbunyi

saya rasa xsedap badan
kenapa rasa sayu semacam je nie
really xsedap badan
dah mula batuk sikit, tekak dah rasa perit
sayu pulak la

menetap dirumah baru sekarang
rumah besar byk bilik kosong
i feel so empty
lonely walaupun tv pasang kuat

salah percaturan kan ...
entah, tak tahu,
tulis jela apa yang dirasa
disaat emosi dah mula
menunjukkan ketidakstabilannya

aku sunyi xbertempat, dah...dah..dah..
banyak koje nak dibuat
buka xdiselak dan dibaca lagi
assignment menunggu hari last je nie

gambate! cepat g buat keja.
balik umah baca buku wat assignment ok cik is:)

Tuesday, November 30, 2010

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Tuesday, November 23, 2010

Bila Teringat, nak.....wish

Sekarang nie dah start musim cuti sekolah, bermakna musim orang kawen, cukur jambul, aqikah,bersunat,cuti dan macam2 lagi la. Nampaknya akhir tahun nie aku n family pun ada banyak hal jugak

Aku akan berpindah rumah ! YEY YEY :) 
My sis just tunggu time je nak deliver her baby  xsabaqnya tunggu since dania pun dah 5 tahun.
The little hero nak bersunat dah ! hahaha Alvin n Chipmunk
Kenduri doa selamat aku house grooming ka eh tak
Kenduri Kesyukuran

Tengok, cam cikit kan? tapi byk benda n proses nak wat tu semua. Aku tulih entry nie sbb ramai sgt yg jemput kenduri kawen depa. hmmm, bukan semuanya dapat aku hadiri. n aku ucap thanks sgt kepada semua yg menjemput aku, hantaq kad, email, sms, ym, bbm, n personnaly call aku sendiri. Thanks sgt2. byk betoi kenduri. kwn2 sekolah, mmber2 universiti 2 universiti tuh..haha ofismate, budak2 batch aku byk sgt batch sampai org pun xtau batch apa, saudara mara, org2 kampung,anak cikgu aku, lecture aku nak kawen, anak lecture aku nak kawen. dari kutub utara sampai kutub selatan, Perlis sampai Johor, tu belum masuk member aku yang panggil wedding diorang yang kat Sabah Sarawak lagi tuh. Blom masuk jejiran n kenalan secara formal..company2,agensi2 badan berkanun, staf2...mak oii..kena senarai semua ka..xmau la..xlarat nak tulih
yang mana dekat2 ,yg mana dan, yg mana aku free.. InsyaAllah aku pi. Tapi pada yang aku xdapat nak penuhi semua undangan negera yang len,.....aku mintak maaf n sgt2. Aku doa kat hampa semua dari jauh ja.
 so korang2 semua yg baru bergelar pengantin n akan bergelar pengantin,

SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT.

:)

Tuesday, November 16, 2010

Camp



Alhamdulillah, akhirnya selesai dan berjaya juga aku harungi dan tempuhi kursus yg mendebarkan itu... minggu lepas dah settle. Sebelum pegi mcm2 perkara yg bermain di fikiran, ambush la, M16 la, serang hendap la.macam2 latihan ala komando yg bermain di pikiran ni. siap dok terpikir lagi adakah umurku panjang > OMG, teroknya...apa la yg aku pikir over sampai camtu.huhu, rupanya xla seterok tu. lagipun aku bukanya askar..hehe, dan pihak yg handle pun mesti ada plan dah beserta kawalan keselamatan yg terancang. Oit, korg jgn pikir bukan2..., everthings is oriat! biasala, bukan aku sorang yg dok nervous.awai2nya.. sembang2 yg org len pun sama gak. tapi aku happy kat sana, wlpun penat, tapi happy. I'm enjoying out there! kwn2 sepasukan yang banyak membantu aku, tq so much guys..., tanpa korang sapalah aku, cewah;p  , benda yg sgt penting i'm learning there. walaupun tenaga dan daya dah xdak, tapi mentally mau positive...semangat yg positif akan boleh buat korg teruskan walaupun dah xterdaya. huhu, yela xkan kalau dah xlarat ko nak dok sorg2 dalam hutan kot? hehe. lawak pun ada, siap pasukan yg berjumpa rusa la, babi hutan la. lpas dah hbs bila bincang balik tersembur air liur gelak2 bersama. Ketua pasukan yg asyik dok wat lawak, menceriakan group aku. kehkehkeh... pacat yg kejar aku...kahkahkah lawak btol. Peng'handle' pun kali nie xdak la mcm kursus2 sebelum nie asyik nak marah n touture mentally je, kali nie we have more fun...yela, awai2 dulu baru masuk keja...tu yg kena macm2, skrg we're tread differently la...pakat2 dah besaq2 semua...gelaran yg bleh tahan...hehehe...xtahan aku..kuikuikui.

Waa ceritaan aku nie maybe ada org yg xsuka kot. tapi ada aku kisah? lain org len la dia punya opinion, xsuka kunci mulut dok diam2, jgn dok suka kondem ja. rugi duit G kalau pi ja sana tapi xdpt apa. ada gak la drama queen n king. but, itu lu punya pasal la. hmmm, apa lagi ye nak citer ye, supaya aku bleh tulis siap2 n xpayah ulang2 citer yg sama bila balik kg nanti. H, baca siap2 sebelum i balik k, nti i jwp sikit2 ja bila u tnya. hehe.... haa, kami kena wat exercise yg X-xbrptreme...hehe, cthnya Malay army rest la, sakit satu badan kot. tapi awat aku x tension tah? maybe sebb dlm serious dia, dia selit lawak yg serious. maka otot-otot aku pun xla stress sama. hati gumbira kot. aku berjaya mengekalkan belon yg digantung wlpun kena trun tebing lurah 90% sampai kejang2 kaki semua...ditambah musim2 hujan mcm nie. Redah sungai pun sgt best...aku yg xbrapa nak tinggi sgt nie mmg hapus la kepala semua. yg besh sbb sungai dia air jernih sgt dan cantik, bleh minum kot air tu, lpas kena lumpur2 n kotor2 bleh basuh badan sambil mandi xformal..tapi belon aku tetap xpecay. tu yg penghendle geram tu.hehe. nak tau petua x? haa...tiub belon tu sambil baca Bismillah, biar angin yg masuk tu angin yg baik...hehehe

Mungkin aku nya camp kali nie xseterok batch sebelum aku...sbb kami ada sekali lagi assessment. huhu..hmm nak kena harungi assessment la pulak lagi...xpela asalkan dalam kelas berbaju formal sudah. xlarat dah aku nak g camp2 nie...naseb xkawen lagi...kalau x mau laki aku jeling...seperti ayat biasa ku dengar "bekerja dalam opis ngan paper2...len la jadi askar, xdak kaitan langsung" xpala by...i redah je la benda2 nie semua. ...lagipun i bleh slim pe...itu yg i suka tu...ckp bab slim n tegap nie. aku perlukan lebih byk lagi latihan untuk fitkan stamina aku bagi nak hadapi DPA aku. maybe lebih  kurang lagi setahun, but really need to prepare mental n fizikal. fizikal la yg penting tu. aku yg dah terlebih berat dah skrg nie, kena wat sesuatu. reduce weight n up akunya stamina, xkurus xpa, asal berstamina tinggi. yup..itu semua boleh dpt sekiranya dilakukan amalan exercise yg consistent. Aku dah plan, pindah umah baru nie mcm2 aku nak buat. n of course p swimming la. naseb la swimming pool dkt ngan umah aku...ok bab nie aku wat entry lain.

Conclusion nya, wat sendiri...hanya luahan apa yg aku rasa disini... to my friends, rakan2 sepasukan, especially ct,zti,pth,azh,sue,adan,nrl,kml n semua. tq vr much. n kpd pihak penghandle juga..baru la best korg wat kursus camnie, x marah2 kitorg cam budak kecik...tgk kalau xmarah2 pun lagi kit org baguih kan? hehe. semoga jumpa lagi. n tq oso wit the good news for us.


p/s; my mom,dad,siblings tq for ur prayer support...miss u ouls. By, tq for ur understanding n support ok

Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada seluruh Umat Islam 
credit pic to mr.google



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails