Wednesday, July 8, 2015

RUMAH : Masuk Rumah Baru

Salam,

Perasaan mendapat kunci rumah pertama sangat best
teruja, seronak tak tau nah habaq..haha

Tapi perasaan tu bercampur baur bila memikirkan banyak benda nak kena settlekan cepat2
Aku dan suami ada banyak perancangan untuk rumah pertama kami ni
Tapi yang buat pening kepala ialah fuluss
Cuba tanya orang2 yang dh ada pengalaman
Memang diorang akan cakap duit tu akan keluar macam air paip!
Fuhh..lap peluh kat dahi

Sebelum aku terlupa, aku akan catatkan keperluan dan perbelanjaan yang dah dibuat
dan akan dibuat. Senang untuk rujukan aku dan juga semoga bermanfaat
untuk mereka yang mencari info

Tahun 2015,
Deposit Air RM 150
Deposit TNB RM510 (RM500 deposit + RM10 duti setem)

Kalau ikut kemahuan kami suami isteri memang nak macam2
Nak buat renovation untuk extend belakang dan tingkat atas
Nak deco lawa2
Tapi xpa, pelan2.....semua tu plan jangka panjang
Ada yang menasihatkan kami (especially my mom and dad) tak bagi kami terburu-buru
Takut menyesal nanti. Mungkin bila kelam kabut nanti ada yang tak puas hati
So aku dan husband decide buat perkara asas  simple dulu

Sebelum aku lupa, nak bagi tips sikit kat korang,
lepas dapat kunci, benda pertama yang korang kena buat adalah check rumah
korang ada tak defect atau apa2 yang korang tak puas hati
contohnya check sekiranya ada keretakan atau tidak
semua pintu, tingkap boleh dibuka dan ditutup dengan sempurna,
Cat ok ke tak. Untuk rumah aku sendiri, sliding door tingkat atas perlu dibaiki
So aku  isi complain form kepada pihak pemaju
Kalau ikutkan hati, cat pun aku nak complain
memandangkan aku memang nak cat semula rumah tu, jadi malas nak complain
Jangan lupa untuk check toilet korang boleh flush atau tak
Untuk kesan leaking paip air pulak kadang2 awal-awal dah boleh nampak
kadang2 dah duduk lama baru nampak kesan
Tapi dont worry, kalau tak salah aku, kita ada waranty selama dua tahun
Korang boleh tengok balik S&P Aggrement korang.

Keperluan asas yang aku plan untuk masuk rumah baru ni antaranya
Grill, buat wiring untuk tambah plug, cat, beli kipas dan lampu
Angaran kasar untuk benda2 ni pun dah cecah 15 k.
Bajet ni kira paling basic, tak termasuk kitchen kabinet
beli perabot dan buat sedikit deco seperti pemidang antara ruang.

Hasil dari kajian aku melalui encik google
dan bertanya orang yang ada pengalaman & lebih arif
maka dapat la aku buat anggaran kasar keperluan rumah

Untuk grill anggaran kasar dalam RM3-4 k
Grill ni untuk satu rumah termasuk tingkat atas dan bawah
Harga bergantung pada jenis besi, corak dan keluasan kawasan,
lagi besar sliding door, lagi mahal la

Kos wiring aku anggarakan dalam RM3K maksimum
Pemaju rumah tu agak kedekut
bagi plug pun 2 ja kat dapur
ruang tamu yang sebesar alam termasuk ruang makan semua tu dia bagi 2 ja plug
mana la nak cukup kak oi...so aku bercadang nak tambah dalam 30+- plug
kos plug baru, jenis tanam dalam dinding tu harga lebih mahal
kalau compare dengan tambah plug yang pakai casing ja
Nak cantik haruslah tanam dlm dinding kan

Kos Cat pulak mencecah RM4k - RM5k
Harga cat bergantung pada jenis, warna, kuali serta jenama cat
Aku bajet dalam 9 tong cat 5liter, maksimum
Yang mahal upah mengecat la
setakat yang aku survey upah cat mencacah 3-4 ribu (murah la tu setakat quatation yg dpt)
Nak minta husband cat sendiri, dah jimat byk kat situ
Kalau setong cat jenama Joton RM148
makanya untuk 9 tong dah RM1400
tambah upah cat boleh fengseng aku
Kalau cat sendiri kos tak mencecah RM1500 pun
Harap2 husband aku ada masa serta kelapangan nak mengecat
Kalau tak pandai boleh belajar kan...youtube kan ada...hihi

Untuk kipas pulak aku perlukan 9 buah kipas siling
Aku nak beli jenama KDK, walaupun rupanya tak la secantik
mcm kipas yang byk di pasaran, tapi jenama ni memang  diyakini turun temurun
Rumah parents aku sendiri pakai kipas kdk  dan xpernah rosak biarpun dah berkurun
9 buah kipas ni merangkumi kipas untuk 5 buah bilik, living hall bawah,
dining area, dapur, dan ruang keluarga di tingkat atas
Untuk Living hall & dining area ambik yang lawa dan mahal sikit, 5 bilah remote control
Master bedroom dan family hall tingkat atas pun yang ada remote control 3 bilah
Untuk 4 buah bilik lain dan dapur aku ambik kipas 3 bilah biasa

Banyaknya kena beli kipas, naik semput aku
Tapi apa2 pun bergantung pada bajet la
kalau rasa byk sgt duit nak kena keluarkan, maka xpayah beli semua dulu
aku akan   beli kipas  ruang yang perlu sahaja
upah pasang kipas pun dah cecah RM20 - RM30 untuk setiap buah kipas

Bab lampu pun aku bajet xlebih RM3K, tengok la macamana nanti
kalau rasa yang xperlu tu, kita cut cost je. Tunggu apa komen tukang wiring dulu
Macam nak buat plaster siling, tengok nanti macamana

Fuhh, urut dada tengok duit yang bakal keluar, benda2 asas macam ni pun dah cecah 15 K..
itu belum masuk nak beli apa2 perabot, peti ais baru ka, aircond ka
Tak pa la, step by step ja la yang lain tu. Aku plan buat sedikit demi sedikit dulu

Ok, nanti aku update lagi perihal masuk rumah baru ni.

^_^







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails