Salam tou ols.
Nampaknya labah-labah telah mula membina kerangka rumahnya kat blog nie. Sebelum terus bersawang, baik dibersihkan sikit blog nie dengan mengupdate blog dengan entry ala kadar. Haha. Sori sebab dah lama dan jarang update blog pada follower blog nie. Mungkin blog nie hanya blog picisan dan hanya beberapa insan je yg follow, tapi saya tetap hargai u ols ^_^
Alasan yang selalu tuan tanah coretkan kat sini, saya tiada masa dan mood untuk menulis. Kalau la ikutkan perasaan dan situasi, pasti dah berdozen entry di postkan dekat sini. Ok, jom tuan tanah start update sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Hehe.
Tahun ni, tahun 2012 akan jadi salah satu tahun yang paling sibuk, memenatkan dan mungkin juga kekalutan atau keserabutan. Salah satu sebabnya adalah kerana kerjaya. Tahun ini sangat penting untuk tuan tanah melangkah setapak lagi dalam kemajuan kerjaya. InsyaAllah. Semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya. Tahun ini juga sekiranya masa mengizinkan dan apa yang dirancangkan untuk kemajuan kerjaya saya selesai, saya merancang untuk melangkah setapak lagi dalam fasa kehidupan. InsyaAllah. Terima kasih Mr.A sebab anda sabar menanti. Terima kasih juga kepada keluarga Mr.A sebab sabar menanti. Terima Kasih juga buat teman-teman dan keluarga saya yang tersayang sebab sentiasa bersabar dengan saya. I love u ols.
Love,
bye-bye kepada labah-labah (^_^)