Location: PICC Putrajaya
Date : 07 January 2014
Salam,
Awal bulan lepas, majlis convocation aku. Walaupun rasa macam ragu-ragu untuk travel jauh sbb tengah berpantang, aku gagahkan jugak diri. Benda ni sekali ja seumur hidup dan rindu nak jumpa kawan-kawan. Ada orang tanya aku kenapa sekali ja seumur hidup, sebabnya aku rasa takkan ada yang nak pergi untuk kali kedua. Cukup lah sekali ja hazabnya. Tapi lepas setahun lebih berlalu, pengalaman yang pada ketika itu rasa hazab bila dikenang jadi satu kebanggaan, bittersweet memories in life n carrier. Aku bukanlah sport women or jenis kaki hiking, broga pun x sempat naik (walaupun dh berkali dirancang bersama member) nah tiba2 ko dipaksa naik Gunung Ledang. Wajib no alasan2 okey. Bagus jugak, kalau tak sampai mati la aku xkan panjat mana-mana gunung or bukit. Start pendakian jam 12 tengah malam, hanya mengharapkan torchlight member, kasut sukan biasa dengan tracksuit dan baju lengan panjang nipis. Baju yang sama beberapa jam lalu yang telah merentas desa beberapa km dan berenang dalam tasik, tidur atas pasir lombong dan berakit dalam paya dan bertempur dalam lumpur. Badan mmg dah lemah, ingatkan bala dah habis, nah bala sebenar baru sampai bila sedar sampai kaki Gunung Ledang. Kalau mengharapkan keupayaan fizikal mmg dah lama mati. Yang membolehkan aku meneruskan pendakian hanyalah semangat, yes semangat dan ketahanan mental menolak tubuh kau meneruskan pendakian. Ada member yang putus ligamen dan macam2 lagi. Semua tu hanyalah
penderaan dalam 4 hari pertama, dan bayangkan selama 28 minggu dengan pelbagai bentuk latihan dan ujian. Haha, xsudah pengalaman kalau nak tulis kat sini. Tak kuasa aku. I'm proud to completed my course. Deepeeaaa, walaupun tak suka, tapi byk memberi ilmu, pengajaran dan pengalaman yang tak mungkin dapat dibeli. PRICELESS!!
Kami sekeluarga (me, husband, doter n in laws) bergerak dari utara tanah air ke Putrajaya awal pagi. Mula-mula risau jugak nak bawak my baby travel, baru ja umur brapa hari n aku pun belum kuat, Alhamdulillah my baby ok n suka berjalan rupanya. Memang tak meragam langsung sepanjang perjalanan. Cuma aku sakit sikit sebab pakai heels 2 hari. Kalaulah aku mintak kebenaran untuk pakai flat ja, mungkin xsakit. Kami stay kat Hotel Puspanitapuri Persint 10, rate kawan husband dapat la RM180 pernight. Kami stay 3 hari 2 malam. Memandang aku masih cuti bersalin, maka jimat la cuti aku. Husband bayar awal sebelum pergi lagi without my consent. Zaman dulu RM100 pernight kalau tak silap member ada bagitau. Takpalah, not bad bilik dia. Sunyi n damai. Next time kalau ada event or meeting yang perlu aku attend lagi , aku akan try Everly Hotel , just next to Alamanda. Senang nak makan, shopping n dapatkan teksi incase aku tak pergi dengan kereta sendiri. Paling penting rate dia tak la mahal, yang mana aku rasa lebih berbaloi dari tempat aku duduk ni. Tapi takpalah, support persatuan kan, walaupun aku belom jadi member. Hehe.
Happy jumpa member semua walaupun ada gak yang xsempat borak sebab ramai sgt coz konvo kali nie combine skali ngan batch junior. Member bekas seopis ngan aku pun aku xnampak. huhu. Harapnya bila dia nikah nanti dengan seseorang yang terkenal dia jemput la aku. Tak sabar nak tengok baju dia nanti. Mesti meriah macam baju RCW. Hoho, terover lak aku. Parents aku xdapat pergi konvo aku kali ni walaupun aku nak sangat. Aku tak kisah sangat sebab aku faham kesibukan parents aku dan ada hal yang lebih penting. Kalau saja2 tak datang mmg aku merajuk, haha. Biasa la aku kan anak bapak..Yang penting, certificate dah dalam tangan. Doa restu mereka sentiasa ada dengan aku. I love my mom n daddy. Thanks a lot to my parents in laws, sejak dah pencen ni senang ajak diorang jalan, best gak ada orang tua ngan kita, tambah bila bawak baby. Diorang lebih arif n the best part my parents in laws ni supporting. Aku ada masa berdating ngan husband berdua giteww.
:: Hotel Puspanitapuri Persint 10 ::
|
Bilik n toilet ok, bersih n selesa. sunyi damai ja. |
:: Raptai & Konvo ::
|
*Ada banyak lagi pic ngan member kesayangan semua tapi xboleh
diupload pulak whatever i love u olls #hasnah dayah n d gang# |
|
*special guess my schoolmate Madihah. tqvm syayang kamu |
:: Familia ::