Wednesday, August 10, 2011

Fikirlah dulu.

Salam, pelbagai ragam dan warna kehidupan yang kita lalui setiap hari. Terpulang kepada diri masing2 bagaimana untuk menguruskan setiap dugaan dan rintangan. Jangan mengambil jalan mudah dan singkat yang bakal mengundang risiko di kemudian harinya. 

Besar perbezaannya diantara "perjudian hidup" dan "pelaburan hidup". Ianya sama juga dengan perkara melibatkan "duit". Jangan cakap "investment" selagi kita tak pasti atau mengambil tahu apa yang kita buat. Sekiranya terlibat dalam sesuatu urusniaga yang kononya "investment", buat semakan, atau sekurang-kurangnya rujuklah dengan yang lebih pakar dan sah disisi undang-undang, "investment" yang disangkakan pada mulanya mungkin sebenarnya adalah 'gambling'. Kalau xtahu, bertanyalah. kalau tidak, sesat jalan dan membinasakan diri sendiri. Judi adalah haram disisi agama. Dari segi undang-undang pun salah. Apa-apa pun, ambillah langkah yang bijak sebagai manusia yang mampu berfikir dengan waras dan berilmu.

Kadang-kadang menasihatkan atau berbincang/berdebat dengan orang yang tidak ada ilmu ini lebih susah dari orang yang mempunyai ilmu. Kita mungkin akan kalah. (*_*) Kalah bukan kerana kita tidak ada ilmu, tetapi sebab insan2 tersebut tidak mahu menerima fakta dan hanya mahu tujuannya tercapai. Apa-apa pun, sebagai insan yang bertanggungjawab sesama muslim, kita dah laksanakan apa yang sepatutnya.

Dari segi perjudian hidup atau pelaburan hidup pula, sama juga dari segi financial/duit diatas. Kita pasti akan meminimalkan risiko dengan mencari yang terbaik atas ciri-ciri tertentu. Untung atau rugi dan bagaimana perjalanan yang akan kita tempuhi adalah ketentuan Ilahi.

Untuk perenggan ini nak komen sikit tentang kisah Elia, si jejari runcing dan Gol Keeper terbaik Malaysia buat masa ini. Semoga masing-masing mendapat apa yang terbaik lepas ni. Tabah juga elia nie. xpela elia. both of u ar still young. Kejarlah ilmu dan penuhkan didada masing-masing. Perjalanan masih jauh, tempuhilah ragam kehidupan sebaiknya.   

Dulu               : Memang sangat perit bila ditipu dan dicurangi. Hanya tuhan yang tahu.
Sekarang       : Alhamdulillah, terima kasih Allah dengan segala kenikmatan dan rezeki yang Engkau curahkan
Masa Depan : Ya Allah, permudahkanlah hidupku dunia dan akhirat. Limpahilah dengan kasih sayang dan  rahmat Mu.

Kita merancang dengan sebaiknya, hanya Allah Penentunya...Usaha Doa Tawakal.


* Kepada insan tertentu, saya tahu kamu mungkin membaca blog ini walaupun ku tahu xfemes langsung .Tolong hentikan email ke fb saya. Dan tolong juga hentikan fake acc fb semata-mata nak ada saya. Saya xkan balas. or let u in....Kisah yang lalu, saya xmau kenang dan ingat. Pergi jauh-jauh. I have my own life to deal with.....tq.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails