Sunday, December 16, 2012

Hoho

Salam, saya happy sgt sebab kursus DPA ini akan berakhir hanya lagi 6 hari, dan hanya sebulan lagi saya akan berkahwin, tetapi dlm masa yg sama sgt busy menghadapi hari-hari terakhir dalam kursus ni sebab byk program yang kami kena buat dan ada major tesis yang masih belum disiapkan, bukan saya sorang yg stress disini, malah rakan yang lain pun sama, tapi yang melebihkan stress saya ialah persiapan kahwin masih banyak saya xbuat sebab selama berkursus ni kadang kadang saya seperti terlupa yang saya akan berkahwin dalam masa terdekat sebab dalam kursus yang sungguh mencabar keupayaan mental dan fizikal saya ni saya lebih byk berusaha untuk mengikut segala peraturan dan tugasan yg diberikan, dalam erti kata lain saya byk bersabar dengan segalanya. Ok, ni checklist kawin yg sempat ingat xbuat lagi.

HIV Test
Semua borang &document urusan nikah saya xbuat satu pun lagi
3 pasang kasut yg masih belum dicari
kesemua baju nikah dan sanding saya masih belum fiting (semua ini tidak disewa, saya buat sendiri termasuk baju bersanding dua belah pihak)
doorgift baru cari untuk 1500 saja, lagi separuh masih belum cari -
barang hantaran - ada lagi xcari termasuk jam untuk dibuat suprise kepada encik tunang.

Kadang-kadang fikir balik kenapa la tarikh antara tamat kursus ni begitu dekat dengan tarikh kawin, Kawan-kawan kat sini semua terkejut dengan tarikh nikah saya yang begitu hampir dengan tarikh kami graduate. Semua geleng kepala. Kan baik kawin sebelum masuk kursus ni ja, tp kalau kawin dulu kesian pulak kat suami kena tinggal sampai 28 mingu @ hampir 7bulan. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan oleh nya. tahun depan diizinkanNya saya akan dapat 3 perkara besar yang baik dalam hidup saya iaitu kemajuan dari segi kerjaya dan menjadi seorang isteri dan juga ibu :-) InsyaAllah.
Ok, pada ahli sidang yg baca blog ni sila jelaskan yuran sidang pada saya dengan segera sebab bendahari nak tutup akaun dah ni. Ok salam semua saya nak blah dulu untuk raptai malam KSN. BYE.
Untuk junior2 saya yg bakal ke sini, harap tingkatkan tahap kesabaran dan kewarasan anda dalam melalui hati hari yang mendatang di sini.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails