Salam, ini adalah cerita beberapa minggu yang lalu. Cerita bola. Friendly match Harimau Malaya vs Arsenal. Sesungguhnya, ini adalah yang pertama kalinya tuan punya badan masuk Stadium Bukit Jalil. Betul la, my first time tau tgk bola live nie. Aku ada la sedikit jakun, ye jakun. hahaha. Best gak masuk stadium nie rupanya. Tapi lagi best kalau tiada tiupan 'serunai Africa' (vuvuzela= yeke cam nie nama nya). Aku yang kebetulan sudah deman beberapa haritu pergi jugak la tgk. Lagipun Mr.A sanggup turun sini semata-mata nak tgk pasukan pilihan dia. Tiket pun dah beli. Apa-apa pun timekasih ye Mr.A belanja saya tgk bola. Saya seronok la! ^_^. Cuma xbrapa sronok waktu Mr.A tinggalkan saya sorang-sorang kat tempat duduk untuk pergi solat n toilet. Berhampiran saya ada jugak 'geng gagak' (semua gagak itam kan) dok tiup2 menatang alah tu, aku mmg rasa nak pitam, member Mr.A iaitu abang Maizan yang pergi tgk jugak terpisah tempat duduk seat lain, so mmg aku dok sorang dengan perasaan yg rimas dan sesak napas walaupun xda la sesak napas betul2. Len kali nak pegi tolong la jgn tinggal saya sorang2. Dah la beribu org kat situ. takut gak.Tambah pulak Mr.A kembali ke seat agak lambat, camna kalau dia lupa tempat duduk? haha.Tapi dia kembali bersama bekalan minuman dan kuaci. Serious saya enjoy juga kali nie, cuma demam saya yang berlarutan dan sakit kepala sejak beberapa ketika buat saya nak pitam. Saya mungkin lebih enjoy kalau tiada tiupan yang bergema betul2 tepi telinga aku tu, haisshh. rasa nak sepak gagak2 tu. Mr.A awalnya xsedar aku demam dan tak larat.Lepas tgk aku monyok semacam baru dia tahu aku xsihat. Tambah lak sindrom period pain kan. To Mr.A, thanks again, jgn serik bawak saya tau. i'm happy wit u ^_^
Aku ambik cuti on that date, sbb kalau aku xcuti, aku rasa jgn harap aku nak keluar on time dari opis dan menuju ke stadium dengan traffic yang mmg jem la kat ctu.
Petang sebelum hari kejadian, aku telah ke pasar untuk membeli brg2 dapur buat nak masak untuk Mr.A, Asalnya nak masak daging dengdeng , tapi aku tukar menu beli bahan2 masak sambal udang petai ja. Atas nasihat seorang staff aku yang kata aku berkemungkinan kena deman denggi, aku pun beli la sekor ketam untuk buat sup untuk mengkebahkan kuman-kuman denggi itu. Tima kasih "kak F" kerana bagi nasihat hari tu, kalau x aku mungkin dah masuk ward. Pada hari yang dijanjikan, Mr.A yang janji nak lunch dengan aku tiba dah waktu tea time ja, kami bawak bekal tu makan kat taman berhampiran rumah aku sebelum bertolak ke stadium. Nasib aku xbrapa larat marah orang. Kalau x mesti Mr.A dah kena bambu. Tapi mengenangkan dia travel jauh2 dtg untuk jumpa aku, mungkin dia penat, so aku pun menjadi seorang yang penyabar dan bertimbang rasalakan. Mana nak dapat awek cam aku ha... hahaha. (kat mr.a??)
Habis ja game kami trus balik, waktu dalam keta ada la member Mr.A dok bagi tips bagaimana nak jadi pekerja cemerlang. hahahha, tq a.maizan. Hmm, kalau nak tau sebelum habis game lagi, aku menyedari kamera Mr.A hilang dari dalam handbag aku. Waktu tu aku mmg dah bengang, aku syak org belakang. Cis! mmg xhalal sapa curik! nasib mr.a cool ja, katanya dah xdak rezeki! dia bagi aku sorang ja dok mengamuk kat situ, kalau dua-dua mengamuk camna? Odw balik, kami singgah kedai makan. aku dah xingt restoren apa. Ok la jugak makanan dia. Tapi yang xbrapa ok ialah aku jumpa balik org yang dok belakang aku tadi. Dengan muka aku yang mmg dah garang nie, aku buat satu jelingan tajam kearah mereka. Mr.A kata, "sudah, xpayah dok jeling camtu kat sapa2 dah pun pasni"
Aku : "OK".
Episode 2
Balik dari kerja keesokan harinya
Demam aku xilang2, pegi klinik doc ckp kelenjar tiroid bengkak. alahai.......sampai bila......dulu dah buat operation buang tonsil. Xpa la, sakit itu dtg dari Allah, semoga dapat membasuh dosa2 aku. Aku redha ja.
Tima kasih Mr.A, tolong bawak saya g klinik, rasa terharu la pulak. Sebelum nie kalau aku sakit semua uruskan sendiri. ~Tapi Mr.A bukan slalu ada disini........
Balik dari klinik Mr.A bawak pegi makan sup, pastu layan aku ngada nak makan yogurt kat ice-room Bangi. Bukan slalu pun kan. xsalah bagi muka lebih2 kat awek u skali skala. hahaha
TQ Mr.A,
-saya sedang mengira dari tarikh ini untuk jumpa lagi time raya. ^_^ (saya suka buat mata kartun nie)
-jangan gatal2 disana. ~