Selaras dengan azam tahun ni, nak try buat entry sebanyak mungkin. Idea untuk buat buat schedule entry pun datang memandangkan banyak gambar-gambar yang aku rasa sayang untuk di delete. Selepas aku tukar gambar pada blog header dan juga dengan harapan baru, iaitu nak tulis sebanyak mungkin untuk anak-anak aku, biar nanti diorang tahu mak diorang punya hobi salah satunya ialah blogging.
Serius zaman dulu-dulu bila kena isi tempat kosong tentang hobi, or bila orang tanya hobi aku, aku akan jawab baca buku (gila boring), tengok tv. Eh tapi betol pe aku memang suka membaca dan tengok tv. Makasih kat mak aku sebab memang dia yang 'paksa' aku dan adik beradik lain dengan budaya membaca. Tapi mak aku fleksible, xdak la semua buku yang khas untuk sekolah je dia suruh baca, semua buku yang bagi manfaat dia bagi. Mak aku jenis untuk buku n benda ilmiah takpa beli or berhabis sikit, jangan kata nak mainan itu ini, jelingan tajam nanti dapat kalau kat supermarket n kedai. haha
Ok, sebelum aku terus tertulis benda lain baik aku stop. Nanti buat entry khas untuk bab ni. Ok, entry ni just nak bagitau pada reader/follower aku (kalau ada la) haha. Lepas ni aku try buat entry berjadual. Supaya walaupun sibuk, akan ada entry setiap minggu. So aku akan usahakan setiap hujung minggu buat entry, dah kata aku banyak gambar kan (xbyk mana pun sebenarnya). InsyaAllah, i'll try my best! Itu saja untuk kali ini.
^_^