Friday, April 16, 2010

dan sebenarnya


nape dalam sebulan dua nie, byk betol cubaan...especially mgu nie....pagi tadi ada lagi cubaan yg mengganggu aku....rasa tersentap hatiku....aku xtahu apa yg ptt aku rasa...gembirakah dgn berita itu atau sebenarnya aku rasa sedih....??? xpelah...semua yg berlaku itu ada hikmah disebaliknya....xpe...aku sekarang sedang cuba untuk berfikiran positif....dan menikmati saat2 yg akan datang....semoga dgn kehadiran dan juga pegertian dari si dia dpt menenangkn aku....harapanku agar dia lebih memahami ku....dan mengerti apa yg ku lalui,rasa dan hadapi....

Thursday, April 15, 2010

khilaf

Kepada mereka-mereka yang pernah terasa hati,
tersinggung, atau apa2 rasa tidak senang
dengan perbuatan yang pernah dilakukan oleh saya
melalui perkataan yang keluar dari mulut saya
dari pandangan atau riak muka saya
atau sekali pun daripada insan-insan yang berada disekeliling saya
saya mohon maaf banyak-banyak,
sesungguhnya saya hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan
dan selalu melakukan kekhilafan
apa-apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T
dan apa-apa yang buruk itu juga datang dari Allah S.W.T tetapi atas kelemahan diri saya sendiri.
datangnya kita dari Allah S.W.T dan kembalinya kita juga kepada Dia Yang Maha Mengetahui....

Kasih Sayang Seorang Ayah

Asalamualaikum, entri kali ini tulis khas buat ayahanda ku yang sangat2 aku sayangi dan kasihi...untuk pendekkan cerita bapak ku telah menghantar aku dr my hometown trus ke sini,dia sorg je yg drive sbb sayang dan kesian kat anak dara dia yg deman...takut apa2 jadi kat aku kalau aku drive balik sorang2 ke kl..dah la pagi tu ayah aku ada meeting kat ibu negeri..lpas balik rumah trus bersiap dan hantar aku.sampai sini sembahyag magrib dan minum secawan teh yang kakak aku sediakan,trus balik semula ke kampung halaman ku..sbb keesokan harinya (PAGI) ayah ku ada meeting lagi kat ibu negeri Kedah Darulaman...Keputusan spontan ayahku yg nak tolong antar aku balik ke kl adalah disebabkan dia tiba2 dimaklumkan oleh ibu ku aku demam..dan ketegaq nak balik gak sebb esok ada meeting kat ofis...dimana meeting tu mmg surat dia aku sendiri yang sign dan panggil beberapa kementerian dan agensi lain...(sbb tu aku nak balik gak...kena la jadi pegawai yg bertanggungjawab). Mesti ayah aku penat kan sbb hantar aku mesti sampai pagi..pstu bersiap lagi sbb lpas tu dia lak yg ada meeting...Inilah salah satu dari perbuatan yg menunjukkan kasih sayang dia pada anak2 dia...tidak menghiraukan penat badan sendiri sbb kesian kat anak..takut apa2 jadi pada anak...aku ingat lagi bila berhenti kat petrol pam ipoh untuk isi minyak, ada seseorang datang tepi keta aku dan berkata pada aku "u patut bersyukur ada bapak sayang kat anak macam nie".....thanks to that orang yg berkata begitu..aku tahu,aku mmg ptt bersyukur...dan sememangnya aku sentiasa bersyukur kerana dilimpahi kasih sayang dari ibu dan bapa yang menyayangi anak2 seperti ini....aku tidak pernah sesekali melupakan mereka dalam setiap doa ku,malah merekalah yang aku doakan terlebih dahulu sebelum aku....Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa kedua ibubapa ku,panjangkanlah umur kedua ibubapaku,rahmatilah dan berkatilah mereka,limpahkan lah rahmat mu didunia dan akhirat ke atas mereka , permudahkanlah urusan mereka didunia dan akhirat...hindarilah mereka daripada apa2 keburukan dan kejahatan yang ada didunia dan akhirat, bahagiakan lah mereka didunia dan akhirat......

aku masih ingat ketika aku mendapat demam campak yang sangat terok lpas tamat pengajian ku di universiti...kebetulan tuhan menduga aku pada ketika itu,ayah ku juga dimasukkan ke hospital selama beberapa ketika, dan sebagai seorang isteri yang taat pada suaminya,ibuku menjaga ayahku selama tempoh itu, dan aku sorang deman kat umah...dengan bijik2 campak yang besar dan deman yang agak terok, tima kasih kepada yg ambil berat pada ku ketika itu.
Ayah aku ckp pada aku,kalau aku bersabar dan redha dengan dugaan yang tuhan berikan pada waktu itu, pasti aku akan beroleh keuntungan,ayah aku cakap aku diuji sebab Tuhan sayang kan aku...Alhamdulillah...selepas hampir dua bulan aku demam campak, aku sembuh....dan aku menerima khabar gembira...Tuhan telah memudahkan aku dalam laluan karier ku....aku lulus exam yang ramai org kata susah, alhamdulillah aku dapat menjawab soalan itu dengan rasa senang, dan lulus setiap peringkat dengan mudah dan akhirnya menjawat jawatan ku sekarang...Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah Ya Tuhan ku kerana telah memudahkan laluan ku...aku cuma ingin berkongsi dgn anda bahawa selagi kita taat pada perintah dan meninggalkan segala laranganya,mentaati kedua-ibu bapa kita,iklaskan hati,berbaik sangka,bersyukur dan redha...insyaAllah....kita akan mendapat balasan yang baik....
Alhamdulillah, walaupun aku deman campak (chikenpox) yg terok, parut2 itu hilang,hausemate aku pun x percaya yg aku baru kena deman campak setahun lebih yg lalu sbb xdak bukti ;p

Keistimewaan

Keistimewaan Wanita Solehah
1. Do’a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : ” Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka.

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata ” aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda “suaminya”. Siapa pula berhak terhadap lelaki?” jawab Rasulullah SAW “Ibunya”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT
p/s: aku ingin berkongsi perkara di atas untuk sama2 kita renungkan dan bersyukur dilahirkan sebagai wanita...Ya Allah Ya Tuhanku...jadikan lah aku golongan hamba-hamba Mu Yang Solehah....wahai para wanita...betapa bertuah nya kita dilahirkan sebagai wanita, dan betapa besarnya nikmat bagi mereka yang tergolong sebagai wanita solehah.....marilah kita sama2 berubah ke arah kebaikkan....walaupun aku tidak sempurna...aku berdoa supaya suatu hari nanti aku akan tergolong dalam golongan ini...begitu juga dengan semua wanita muslim....aminn...
(article ini aku jumpa didalam satu laman web yang mana aku pun dah x ingat...semoga dia juga mendapat pahala dari article ini...)
kepada ibu ku yang tercinta....terima kasih untuk segala kasih sayang dan pengorbanan mu selama ini...baru ku tahu betapa banyaknya pahala yang telah engkau perolehi...semoga ibu ku tergolong dalam kalangan wanita solehah.....i love u so much mother..., doakan aku menjadi wanita solehah juga ya ibu ku sayang......

Buku itu

Kisah Teladan Wanita Ahli Syurga

aku terjumpa satu tajuk buku "kisah teladan wanita ahli syurga" ketika aku "menggogle" kat search engine baru2 nie, tetapi ia dikarang dalam bahasa indonesia, hmm dimanakah aku boleh mendapatkan buku itu dalam versi bahasa melayu? teringin sangat nak baca, membaca adalah satu nikmat bagi aku...Alhamdullillah...Aku bersyukur pada mu Tuhan kerana masih memberikan aku sekeping hati yang bersabar menempuhi pelbagai dugaan yang datang...mungkin setiap dugaan yang diberikan itulah yang membuat aku sentisa dekat pada mu...sentisa mahu dekat pada Mu Ya Allah Ya Tuhan ku.....,aku bermohon pada-Mu agar dekatkanlah aku dengan org2 yang sentiasa dan mahu mendekati Mu....jauhilah aku dari orang2 yang jauh dari Mu.....redhailah ku...ampunilah aku atas segala dosa2 ku yang lalu dan akan datang...yang sengaja mahupun tidak sengaja...aku hamba Mu yang lemah dan tidak berdaya...hanya pada-Mu aku bermohon dan sembah...,berikanlah aku keimannan dan kesabaran seperti mana yang Engkau berikan pada mereka-mereka yang Engkau redhai...berikanlah aku kekuatan kan keimanan seperti yang Engkau berikan pada para wanita-wanita penghuni Syurga Mu...

Wednesday, April 14, 2010

aku

Aku hanyalah manusia biasa
yang tidak dapat lari dari melalukan kesilapan
apatah lagi yang tidak terniat langsung
aku bukan lah sempurna
kerna aku manusia biasa



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails