Wednesday, May 7, 2014

Untung Orang Kedah La Ni - Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA)


Salam & hi especially orang-orang Kedah ^_^

Untungnya depa, dah ada Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA) bagi setiap baby yang lahir di Kedah mulai 1 Januari 2014. Skim ini adalah berbentuk barangan keperluan bayi. Syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat la ringankan sikit bajet mak pak nak sediakan keperluan anak yang lahir. Kita tau bukan sikit bajet nak sediakan keperluan anak, especially bagi mak pak yang kurang berkemampuan.  Pada orang Kedah yang mana anak dia lahir mulai 1 Januari 2014, bolehlah gunakan peluang ni. Tolong sampaikan pada kaum keluarga dan jiran2 korang ye. Thank you so much Dato' Sri Mukhriz Tun Mahathir ^_^ . Maklumat lanjut boleh layari web Jabatan Kebajikan Masyarakat juga boleh download borang di http://webjabatan.kedah.gov.my/jkmk.php 



Objektif Skim ini adalah bagi meringankan beban kewangan pasangan suami isteri/ ibu bapa bagi menyambut kelahiran anak dalam keluarga mereka, meraikan tambahan anak Negeri Kedah yang baru serta menghargai peranan ibubapa dalam pembinaan sahsiah keluarga
Kelayakan
·         Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
·      Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
·     Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
·         Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-
·           Pejabat Daerah berhampiran
·           Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
·           Pejabat Penghulu
·           Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
·           Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan.
Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.
Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails