Friday, October 8, 2010

Kelebihan Wanita... Subhanallah..

saya ingin berkongsi perkara ini dengan kamu yang saya perolehi dari seorang teman. marilah sama-sama kita renungkan....

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki  yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya  (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang  diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan  kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki  syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu (isteri dan anak-anak) menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.
Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc….

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Thursday, October 7, 2010

MATTA Fair 2011

MATTA Fair 2011
Date : 11th-13th Mar 2011
Venue : Tun Razak Hall 1, 2, 3 & Pelantaran Putra - PWTC
Organiser : MATTA Sdn Bhd
Contact Person :
Mr Phua Tai Neng
Tel : 603 9287 6881
Website : www.matta.org.my


Jom kawan2 kita pergi berholiday. sapa nak ikut angkat idung :p
















Monday, October 4, 2010

Trauma...Please be carefull lady!

Assalamualaikum, i write this entry while i'm still shock and trauma. But Alhamdulillah berkat sokongan keluarga especially my beloved mom,dad,bro n sisters n en.p, I'm quit cool at this moment. To all my friend, i did not tell them yet. Sori, this not mean that i ignore them, saya hanya perlukan sedikit masa untuk pulihkan kembali semangat ini. Lagi pun kejadian yang berlaku adalah sewaktu hari cuti. so biarlah saya berehat dulu buat seketika.

Jangan salah faham, saya tidak cedera, cuma sedikit demam. Mungkin boleh saya katakan berpunca dari sedikit trauma dan terkejut serta tidur yang tidak cukup. Ok, saya ceritakan sedikit why i'm trauma, not so trauma la, just a little bit. but still called trauma kan? Bukan nak menarik perhatian sesiapa dengan entry ini. tapi lebih kepada nasihat especially for u ladies. Last friday, at night. Selepas siap berkemas, saya memandu sendirian untuk pulang ke rumah keluarga. Selalunya saya akan memandu di lane yg kanan sekali untuk cepat sampai. tapi pada hari kejadian, saya memandu santai di lane tengah. while i'm driving, saya perasan cam ada keta mengekori rapat, saya sangkakan maybe saya yg drive slow (walaupun meter dah hampir 100km/jam lane tengah), ok fine saya ke lane kiri sekali (untuk sesapa yg nak pandu slow2) padahal boleh je kereta tu kalau nak cepat pegi je la potong sebelah kanan or dok je la lane paling kanan kan? but apa yg x best bila saya dah ke lane paling kiri dia pun ikut saya tapi still nak rapat ngan bontot kereta saya tu! itu mmg la sgt sakit hati kan? nak main kasar ke dia nih? apahal kan? saya kembali ke lane kanan. mmg macam nak kejar saya ja keta tu! adegan mmg tu berlarutan untuk beberapa ketika. walaupun agak cuak, saya masih waras dan ingat Tuhan. bacalah apa2 yg anda ingat. Saya kembal ke lane tengah. n drive mengikut hadlaju yg ditetapkan seperti biasa.saya biarkan je kereta tu. then keta tu potong saya n dok depan saya plak. ok. fine at that moment.  Samapai kat satu kawasan tetiba seperti ada satu balingan seperti alat elektronik yang penuh dengan wayar dilontar ke arah saya secara mengejut! it wa a huge object! saya xpasti apakah benda itu, tapi besarnya seolah-olah sebuah pc komputer (pc desktop). benda tu direct ke cermin depan kereta saya. boleh x anda bayangkan kerata yang dipandu dalam 110km/jam berlanggar dengan objek itu pada daya hentaman yg sama laju nya. sesapa yg teror fizik tolong kira jap tuk saya. kalau susah sgt, agak2 anda cermin depan kereta leh pecah x? kalau semua lane kat highway semua lane penuh n semua pemandu bawak laju2 dalam kejadian tu kereta boleh terbabas x? boleh eksiden x? boleh cedera x? boleh mati x?

Saya nampak object tu melayang ke arah saya, but it's too late. time pass too fast! if kalau saya mengelak pun, kereta dikanan saya akan menghentam saya x pun saya yg hentam kereta org or in a simple word."accident" . Kesan nya? ya, objek tersebut dan kereta saya sama2 berlangar dengan daya hentaman yang dinyatakan diatas. Saya hanya sempat menjerit "Allahhuakbar". dengan kuasa Allah yang Maha Besar, that object not directly menghentam ke arah cermin depan, saya perasan, tapi seolah-olah ketepi , ke kiri, but i'm still accident. daya hentaman tersebut telah menyebabkan sebelah kiri depan kereta saya rosak. lampu semua pecah. so many times i recite "Laillahaillahlaah Subhanakainnakumtumminnalzolimin" ini adalah doa Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan nun yang selalu saya amalkan berserta selawat. untuk tajwid serta bacaan yang betol tolong rujuk dalam huruf jawi ok.

Dalam keadaan yang saya rasa kereta saya dah semacam, paling saya takut kalau tayar pecah, sebab saya mmg rasa kereta saya dah semacam, saya betol2 rasa tayar saya lain, dalam hati saya xputus2 mengucap dan berdoa. saya xnak berhenti coz saya perasan mmg that car nak saya berenti. saya terus gak drive sbb kalau berenti jugak saya mmg cari nahas. dalam hati saya dah bertekad walau terok macammana sekali pun kereta saya, saya berdoa agar saya selamat ja sampai rumah or at least tempat yang selamat untuk berhenti. saya rela bawak jugak kereta saya dalam keadaan terkopak asal saya selamat.

Saya sgt bersyukur untuk kejadian kali ini sya selamat. Saya perasan dah banyak kali, setiap kali ada kejadian buruk yang hampir berlaku, n setiap kali saya mengucapakn atau melaungkan azan, tuhan memelihara saya. That's way saya bersyukur sangat dididik supaya jgn mengeluakan kata2 yang xbaik, termasuk mencarut.Tuhan suka kita dengan lafaz2 kebaikan dan mengingatinya. Jika kita ditimpa musibah, redhalah dan sentiasalah berzikir hatta dengan zikiir yang kita anggap simple. Untuk kejadian kali ni saya nampak kuasa Allah tu sendiri. saya pasti objek tu melayang dan akan tersasar menghentam betol2 cermin depan saya. Tapi Alhamdulillah, objek tu terkena sisi sahaja.

Dalam keadaan yg semangat saya dah hilang, saya gagahkan juga diri drive, walaupun saya rasa dada saya sakit sebab daya inersia sewaktu tekan break menghentam dada saya ke stereng kereta dan berlarutan dengan hon yang sagt kuat dan panjang.Kereta saya xda airbag, kalau x mesti airbag dah keluarkan... Saya nak carik kereta lepas nie, n mesti kena ada airbag untuk semua penumpang. Naseb baek encik saya kol n dia temankan saya sampai rumah walaupun hanya sokongan melalui phone kol. saya buat laudspeker sampai rumah. Dia kata hati dia x tenang tiba2 n days way dia kol saya. lepas semua dah setel n saya dah berada dengan selamatnya dirumah, baru la dia start nak berleter n marah.walaupun dia cuba xmarah saya , api saya tau dia marah. Dia marah sebab kata saya suka xdengar ckp. saya degil. dia dah pesan banyak2 kali supaya x drive sorang2 malam2 pergi jauh. Betol ka saya degil.? he's not the fiirst man in my life say so...;(   
OK, saya lepas nie saya akan lebih mendengar kata. kadang2 saya bukan saja2 nak buat org marah. tapi keadaan yang menuntut supaya saya jadi macam tu. Saya sendirian disini. So apa yang boleh saya lakukan? jadi saya terpaksa juga lakukan seorang diri. OK lepas nie yang mana ada pilihan saya akan ikut mana nasihat yang baik dan logik. Tq so much for ur caring n advise.

To all ladies, saya pun xtahu apa nasihat yang patut saya berikan, ambillah apa2 pengajaran dari cerita diatas. especially

1. Jangan pandu kereta seorang diri malam2 di tempat yang sunyi.
2.Kalau mampu belilah kereta yang ada airbag
3.Berhentilah ditempat yang selamat dan ramai org
4.jangan lupa baca doa setiap kali naik kenderaan, walaupun hanya dengan Bismillah.
5.kalau apa2 yang anda rasa mengancam anda, bunyikan hon sekuat dan selama yang boleh bagi menarik perhatian dan pertolongan dari org sekeliling.
6.Nak pergi mana2 pun pasti kan bateri telefon bimbit anda penuh dan mempunyi credit untuk panggilan

OK, nanti kalau saya ingat saya tulis lagi, saya masih demam dgn kejadian ini, mungkin factor lain juga jadi penyumbang iaitu, tidur yang x cukup. saya xboleh tidur n asyik mengigau, sebelum itu, paginya saya dah pergi hospital dan berada di bilik mayat. Mungkin semangat saya lemah, dats y kot. tapi faktor perubahan hormon yang hampir tiba juga menjadi penyumbang. Apa2 pun ........

saya akan kembali lagi dengan stori pas nie. stay tune.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails