Wednesday, July 14, 2010

Kelebihan Bulan Syaaban

Ini adalah sedikit info yang saya ingin kongsi bersama, setelah mengogle kat internet dapatlah sedikit info ini, dan dalam banyak2 yg saya baca berkenaan kelebihan bulan Syaaban....saya ambil yang yang ringkas agar mudah difahami, mai la sama-sama kita renungkan ...=)

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

p/s: c's Nur, c's Fy,c's Nis/H, Dik Yus ,abang2 ku (a.Lan&a.Yus), En.A, kwn2, n sesape yg sudi membaca blog ni, jom kita puasa ramai2...lagi meriah =)

(buat penulis blog ini, iaitu tuan tanah, sila berpuasa ye...jgn ,malas2 ;p)

Monday, July 12, 2010

Kesempatan Rejab

pic from gogle


Hari ini (ISNIN) last day dalam bulan Rejab, dan Alhamdulillah aku sempat puasa sunat...walaupun sehari...sob..sob..sob...kalau ikutkan niat baikku mmg nak selalu puasa sunat..tapi asyik terlupa or ada ja apa2 kes yg menghalang aku...(xbaek sungguh perangai sebegini ye adik2 dan kakak2 ku...sob..sob..sob..=(

Alangkah beshnya kalau dapat puasa dirumah dan menjadi kanak2 yang baru belajar berpuasa, mendapat dorongan dan sokongan dari pelbagai pihak. Yang paling besh dapat manja2 ngan mak, mak masak sedap2 :) sembang2 ngan mak n ngadu n then borok2 segalanya kat mak dari hujan lebat xleh g kuliah sebab nek moto....hohoho....segala nak bercerita ibarat bertih jagung. Huh anak perempuan mak dan bapak nih, hehehe. Tersangat merindui mom&dad diketika ini, rindu pada kolam semulajadi depan umah ditengah bendang,rindu pokok tebu, pokok betik, tumbuhan cantik dan mewangi cam pokok bunga rose dan pokok bungan kantan. (cemburu nya pada Hanis dan Kekfy yang sedang lepak dirumah ketika ini tolong mak potong bawang dan lepak kat kitchen..huh!) mak, dikis rindu laksa mak la..laksa kat sini xsedap langsung, sedapnya kalau dapat bau ikan bakar yang bapak tolong panggangkan menggunakan arang ditambah air asam resepi mak yang sangat meletop itu...fuhh...sodap nya den =)

Bestnya kalau dapat dok umah, kan bagus kalau opis dan rumahku hanya sebelah menyebelah, xyah drive sampai 5 6 jam untuk sampai. WEI AKU RINDU BANGAT KAT UMAH N PARENTS AKU...waaaa..nak nangis nie, tetiba perasaan ini sama macam mula2 masuk hostel waktu form 0ne dulu..cuma beza nya dulu masuk hostel sebab belajar, sekarang bekerja dan semua yang berlaku adalah tanggungjawab sendiri.

Kalau aku berada di rumah, pasti semangat puasa sunat sama2 ngan mak&bapak, pasti semangat bangun sahur, dan pasti semangat membantu mencari idea nak berbuka puasa dengan juadah apa, pastu menjadi pembantu chef yang berdedikasi, cewah! kalau berpuasa sorang2 macam nie, semuanya xbrapa semangat..malah malas je, bangun sahur pun minum seteguk dua plain water, tu pun sebab nak dapatkan pahala bersahur. Sudahnya tangan je laju kat opis nie, mulut malas nak buka kalau org xtanya apa2. mesti muka aku nampak cam masam dan moyok je. Ish..cam budak2 je aku nih..sunguh x besh..ok2 aku akan memaniskan muka ku seboleh dan semampu ku.

Agak terkilan sebab xleh puasa banyak bulan Rejab nie, xpe cuba yang terbaik untuk bulan Syaaban pulak, banyak juga fadhilat dan kelebihan berpuasa di Bulan Syaaban nie. nanti saya tolong carikan ye, boleh la kita kongsi sama2 info ini untuk menjadi pemnagkin semangat dan berasa insaf...(especially perasaan insaf untuk diri sendiri la ;p) . Lepas bulan Syaaban nie, Bulan Ramadhan akan tiba, sekejapnya masa berlalu...Dari semalam lagi asyik teringat arwah nenek yang telah kembali ke pangkuan Penciptanya pada awal Ramadhan beberapa tahun yang lalu, begitu juga dengan datuk dan aunty2 serta saudara-mara ku yang telah tiada. Kepada kakak2 ku, adik2 ku, cousins2 ku dan seluruh muslimin dan muslimat yang membaca entry ini, saya memohon doa iklas kamu semua untuk sedekahkan sekurang2nya bacaan Al-Fatihah kepada umat Islam yang telah meninggal dunia...Al-fatihah.....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails