Monday, October 7, 2013

Alkisah Biasa


Semalam pergi checkup baby kat KMC
Alhamdulillah ibu & baby sihat semua 
(darah, urine semua memuaskan)
Berat dah bertambah dengan mendadak
 Dalam 2 bulan ni almost 10 kg in 2 months?
Total naik dah 20kg+++ Tatutnya!!
Buat CTG (betol tah sebutan ni) yang tgk rentak jantung baby
Aku berbaring sorang2 dalam delivery suite tu
 Setengah jam siap pasang alat semua
Nurse baik2 belaka siap pasang tv tny aku nak tgk citer apa 
Lepas siap g kaunter bayar n ambik ubat/vitamin.
Doc dah suruh aku datang tetiap minggu sampai bersalin

Picture: google

Hari ni bangun macam biasa
Dari pukul 4 pagi lagi xbrapa nak boleh tido 
Tak selesa dah mengiring macamana pun
Tdo pun lambat walaupun masuk bilik awal
Tunggu husband habis tgk Arsenal lawan semalam. Seri 1-1
Aku plak asyik dok terbangun  takut husband lambat
Setiap hari lepas subuh dia terus gerak g kerja 
2 hari lagi dia dah nak outstation...xbestnya...
Moga cepat hari berlalu sampai dia balik dengan selamat

Pagi tadi aku sampai agak lambat dari biasa
Parking dah penuh
Aku pun parking kat tempat yang xdibenarkan parking kot
Yang ada kon2 tu
Pak guard datang nak mintak aku alihkan kereta
Bila dia tengok aku preggy dengan perut memboyot ni 
Dia xjadi suruh, dia plak yang tolong alihkan kon tu
Siap nasihatkan aku suruh ambik ja cuti awal
Siap pesan jalan elok2, haha
Terima Kasih pakcik
Semoga Allah permudahkan urusan pakcik jugak

Kerja kat tempat baru ni ok,
 Cuma lepas bersalin nanti lagi byk kna outstation
Harap husband faham dan redhakan, huhu (demi sesuap nasi)
Sekarang bosess bagi peluang aku buat kerja dalam ofis 
Sebab takut tgk perut aku yang besar ni
Last 2 weeks sabtu aku turun padang ngan team ofis 
Sampai kaki teramat bengkak dan sakit satu badan
hehe

Ok, nanti aku updated lagi
tengah ada mood n masa nak tulis blog. hehe
Malam ni ka??





Sunday, October 6, 2013

Milestone



Salam
3 October 2013
Lebih kurang sebulan lagi due date bersalin
Adakah normal start rasa contraction?
Aku dah mula rasa sikit-sikit
Masih drive sendiri ke office

2 hari lepas tayar pecah (bukan pancit) on the way ke office
Nasib pagi tu aku xbawak keta laju mcm selalu
kalau tak terjun sawah, nauzubillah...
Amalan membaca doa n zikir sebelum dan semasa drive telah menyelamatkan aku dengan izin Nya
Ikut hati aku boleh ja tukar sendiri tayar tu, tapi kesian kat baby dalam perut nanti dia penat, hehe

Nasib rumah PIL dekat, so FIL n BIL dtg membantu
Kol husband bgtau, dia dh selamat sampai Penang pagi tu (hari2 ulang alik kerja ke sana)
Kebetulan pagi tu, bos pun lalu di tempat yang sama, turun tgk keta aku
 Tp kesihatan dia xmengizinkan dia membantu aku
Dia bagitau nanti dia minta drive opis dtg tgk keta aku
FIL n BIL sampai, so adik tolong tukar tayar
Driver ofis pun tolong tengok 
Adik n abah bawak balik keta aku untuk g tukar tayar baru
Settle semua, kemarin aku drive macam biasa ja
Tapi bila dah sarat nie, sakit jugak perut aku, pinggang dan yang seangkatan
Ramai perempuan yang dah sarat still drive ke ofis
Aku tawakall ja
Nak juga ambik cuti bersalin awal n duduk rehat kat rumah
Tapi due date lambat lagi, nanti rugi pulak
Aku nak masa panjang bersama permata hati nanti ^_^
I Love You Baby

Dari segi persiapan barang-barang baby banyak yang dah beli dan dah disiapkan
Cuma tinggal sikit-sikit je lagi
Yang basic Alhamdulillah cukup semua
Yang besar macam baby stroller n baby car seat tu habis pantang pun boleh beli
Untuk travel bakul baby dah sedia 

Tak sampai pun sebulan lagi aku pindah ke sini
Tapi rasa dah lama, ngan orang2 opis pun cepat ja serasi
Aku dah siap buat kenduri belanja staf2 kat sini hujung minggu lepas
Semua nya sempoi ja, Terima Kasih Allah
Semoga silaturahim ini terus terjalin dengan baik

Minggu kedua aku disini husband pulak outstation ke Pantai Timur
Minggu depan outstation ke PD pulak
Memang sedih sebab rasa baru ja nak dapat duduk puas2 ngan husband
Dia pulak outstation, tapi kena positif la
Dia pun risau nak outstation bila aku dah sarat nie
Tapi dah kerja, demi sesuap nasi 
Takpelah, family semua ada kat sini jaga aku
Semoga dia selamat pergi dah balik

I'm gonna miss u sayang
Balik cepat2 tau, i takuttt










Riwayat tayar yang dah tamat


Ibu dan baby yang semakin sihat membesar ^_^







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails