Thursday, December 23, 2010

Keindahan Ciptaan Allah S.W.T



Pandangan dari jendela kamar beradu ku. 
Sangat cantik melihat mentari terbenam di ufuk barat
Subhanallah, aku sungguh kagum dan insaf
Dialah Tuhan Semesta Alam.

Diberikan lagi aku peluang untuk terus melihat
Menghirup udara ini dan melaksanakan kewajipanku
Bagaimana dengan amal ku
Bagaimana kalau mentari muncul bertentangan arah
Ketika itu pintu taubat telah tertutup.
Penyesalan yang tiada gunanya lagi

Ya Allah Ya Tuhanku
Selamatkanlah aku, kedua ibubapaku, keluarga dan keturunan ku
penyampai ilmu, dan mereka yang berada disekelilingku
dari siksa dunia dan akhirat
Rahmati dan Berkatilah hidup kami
Semoga mendapat kebahagian
Dunia dan akhirat.

Buku.



Nampak tak gambar di atas? isikan ruangan bergaris dengan jawapan yang tepat. Ini adalah satu penyelesaian masalah. kenyit sikit mata. Gurau je ok. hehe. Mesti ada yang ingat saya ni seorang  yang rajin pergi membeli buku berhard cover dan menjadi bahan bacaan. ok jgn terpedaya. Kalau bukan kerana ianya satu tugasan wajib, maka jgn harap saya sesuka hati nak pergi beli buku nie kat MPH dan membacanya dengan bersungguh-sungguh bersengkang mata setiap malam dan siap buat conclusion/summary cam zaman belajar dulu. Anda ingat saya rajin sangat ke? Walaupun saya mmg suka membaca, tapi kalau benda tu formal macam nie, mmg saya xbrapa suka. tapi kalau jalan free2 ke mph mmg buku mcm nie aku suka asalkan aku sendiri yang rasa NAK.Oh sori, saya bukanlah tergolong dalam kategori pelajar rajin tahap gaban ye. Kalau rajin dah lama jadi Doctor. Sebab xbrapa nak rajin la boleh jadi Accountant dan ditawarkan carrier yang menarik di United Kingdom sebelum aku terperangkap disini berangan tak hengat.  hahaha. Ok, just kidding again? Nampaknya saya sudah hampir terkeluar tajuk lagi nie. Tu la, karang entry dulu sebelum fikir tajuk kan?kan? itulah cik sufia gelaran yg diberi oleh sesetengah insan, suka berangan, berangan saja sudah boleh buat aku gumbira tersengeh-sengeh.

Kembali kepada tajuk utama, saya sebenarnya nak berterima kasih kepada seseorang yang telah berkongsi pandangannya berkenaan dengan buku ini. Perbincangan kita telah memberikan saya keyakinan untuk menyiapkan tyugasan wajib ini dengan lebih efficient dan telah mempelbagaikan sudut pandangan saya. Nanti saya belanja kamu ye. Thanks H so much. Yang lebih menyenangkan hati, saya sudah menghantar tugasan tersebut 2 hari lebih awal dari dateline. Itu sudah cukup buat saya rasa selesai satu tanggungjawab sebagai pekerja makan gaji... ja pun. Aku Insan Kerdil... tetiba la pulak kan, nak buat sadis kat sini. maklumla, blog macam diary luah perasaan la kan. apa lagi....





Wednesday, December 22, 2010

Malu

Malu dan iman berjalan beriringan. 
Jika salah satu ditinggalkan
Maka kedua-duanya akan hilang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud:
"Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."


Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)

Cuma berwarna hitam dan putih

hatiku berbahagi ketika event ini berlangsung. gembira atau sebaliknya.



Dalam dewan ketika aku sampai pada waktu ini, sebahagian besarnya penuh dengan wajah2 yang ceria. Mereka senyum padaku, dan ada yang aku balas.Aku berdoa agar aku akan bahagia dengan jalan yang aku pilih secara terpaksa atau dipaksa orang lain Ya Allah, adakah ini jalan yang terbaik untuk aku. Berilah aku petunjuk. Adakah aku akan berjumpa dengan apa yang aku cari. Satu kepuasan yang hakiki dalam cabang ini.

Monday, December 20, 2010

Masakan Pertama Ku.

Iya, buat kali pertamanya dalam hidup saya. Saya telah memasak untuk seseorang. Bukan maknanya saya xpernah masak sebelum ini, cuma ianya adalalah kali pertama dalam hidup, saya masak dengan tujuan untuk dihidangkan dan dijamah oleh seseorang yang menjadi bahan dalam buku nota kening ;p .Walaupun saya pernah masak bersama teman-teman seuniversiti serumah (oh, rindunya korang semua) dan pernah dirasai oleh member berlainan jantina seperti cucur bawang, karipap bawak nek ketapi, cucur ikan bilas, kebanyakkan darinya saya adalah pembantu chef sahaja. Yang betol-betol saya jadi tukang masak utama boleh dikira dengan jari kaki dan tangan sahaja. hehehe. 

Semalam dengan rasminya dan buat pertama kalinya saya telah memasak for a guy which now has his own place in my buku nota. Hahaha, jgn la ketawa. Ini pengaku jujur dari saya, saya mmg xpernah masak apa-apa untuknya hatta sepinggan maggi kari pun sebelum ini. Iya betol. Sbb walaupun saya kenal dengan dia dari tahun lepas lagi, kami berhubung jarak jauh. Tiada dating-dating ye. Cuma semalam dia telah dtg kesini untuk friendly match football dengan para juniornya (termasuk la beberapa org member batch saya sendiri). hahaha. KALAH 7-4.Adakah masakan saya yg dijamah dengan banyak olehnya menganggu perut dia untuk menyepak bola? HAHAHA....ok-ok, mari kita lihat..... apakah menu pertama saya untuknya?

1. Sambal Ikan Lakeside With Onion.
2. Sotong Goreng Kunyit Bercili.
3. Sayur Campur Bersama Cendawan Segar.
4. Telur Dadar Kekuningan Bercili.
5. Nasi Putih.
6. Air Sirap Rose Sejuk.

(semangat masak sebab dah ada peti ais baru dan masuk rumah baru)

Ok tak menu itu? Ok ler kan untuk budak yg xterer macam saya nie kan?kan? hehe. Tapi lagi best bila masakan saya dipuji sedap. :) walaupun bagi saya biasa saya. Tapi dah dia kata sedap n kena dengan selera. Kakak n adik saya pun kata ok, n Abg ipar saya pun xdak complain. So saya concludekan sebagai ok la. :)

Sunday, December 19, 2010

Kisah Peti Ais Aku.

Salam,while this entry post is typed, i'm actually waiting for someone. Yeah..someone who is tukang dilivery apek or mamat in which i don't know hensem or berkedut seribu garis, muda or tua. Tapi itu semua tidak menjadi persoalan. Sekarang persoalannya, bila nak sampai nie. Kerana masa dok menunggu ini telah mengganggu plan aku dihujung minggu ini. yes, saturday event. Peti ais baru ohh, bila nak sampai nie, dari berskirt pendek aku dah tukar ke seluar jeans bert-shirt bertudung siap selepas mendapat panggilan 2 jam lalu bahawa mereka odw nak hantar peti ais itu. aduh, len kali kalau lagi 10minit nak sampai baru bagitau la. nie wat aku tertunggu-tunggu. asyik-asyik "ye lima minit lagi sampai" dah 3 jam dah nie oiii. Kalau ikut time yg diorg print kat aku semalam dah melebihi waktu nie. Kalau pizza lambat dapat jugak coupon free, ne kalau peti ais lambat dpt apa?? kalau dapat TV PLASMA 42 INCH lambat sejam lagi pun xpa.! Tapi itu hanyalah angan-angan kosong bak buih-buih diangkasa yg akan meletup! Adoi nie buat aku nak nek darah lagi nie. Pas satu..satu.. Dari kisah Giant Seri Kembangan nya salesman menipu aku sampai la kemarin aku g beli kat Seng Heng Alamanda Putrajaya. Wahai hatiku, tabahlah, sabarlah, kerana sabar itu separuh dari iman...cuba menenangkan hati sendiri :) ok mari kita berfikiran dan bertanggapan positif. Supaya hujung minggu adalah hari tanpa kekalutan or tekanan seperti diopis ok. Semoga lepas nie boleh buat ice-cream Malaysia banyak-banyak sumbat dalam peti ais untuk dimakan bagi menyejukkan badan yg tengah panas ini.

Ok, sebelum terlupa, mai sini nak cerita kisah peti ais minggu lalu yg xsampai2. Disebabkan saya baru berpindah rumah yang kosong tanpa sebarang perabut kecuali kabinet dapur, maka sudah pasti saya perlu membeli kelengkapan seadanya untuk hidup.  Barang-barang lain telah disponsor oleh seorang Datin dan Dato' yang agak baik hati sebab kesian melihat saya yang hidup sebatang kara di daerah ini. cewah, bunyi cam novel lak..hahah. Disebabkan Giant Seri Kembangan yang baru dibuka itu boleh dikatakan xjauh manapun dgn Prince, saya telah pergi kesitu dengan niat untuk survey2 saja. Tapi keinginan untuk survey itu telah bertukar menjadi belian on the dot lumpsum amount...Sebab si salesman telah berjaya membuatkan saya terbeli dgn harapan dan kata2 yg memberangsangkan bahawa stok is available in stor, energy efficiency, dan juga isipadu 198 liter..that offer in only for that day, apa lagi saya trus la beli sbb dia kata petang tu jugak nak hantar peti ais saya. Siap dengan kata-kata supaya saya boleh la pergi membeli barang-barang basah untuk disimpan dalam peti ais baru yg bakal tiba dipintu rumah saya petang itu juga. Ok, sebelum saya membuat transaction pembelian itu, saya telah memgambil langkah yg sewajarnya dengan bertanya betul-betul berkenaan stock availability n the delivery charges, selain mengambil gambar model peti ais yang di displaykan serta gambar mengatakan 'free dilivery within 30 kilometres'.

Dengan hati yang berbunga-bunga sebab nak dapat peti ais baru, maka saya, adik saya serta anak-anak buah saya telah berpesta membeli barang-barang dapur yg boleh disimpan dalam freze baru itu. Ikan, ayam, udang, sotong, ice-cream, yogourt dan lain-lain. Tungu punya tunggu, sampai malam xsampai. janji nak hantar siang sampai malam belum sampai-sampai without a single call to explain why my order is not arrived yet. Saya pulak yang call berkali-kali tanya why xsampai2 lagi sbb bimbangkan barang-barang basah yang dibeli tadi. nasib baik saya kol mak saya petg itu n dengan nasihat pakar, maka saya dan adik saya telah siang semuanya dan letak garam kunyit dulu. So while my sister is dok pesiang semua tu. i keep calling them. lepas sorang sorang lak yg ckp lain. dah macam apa dah. Mula2 ckp ya my freze in on the way to my house. bila dah lama sgt xsampai2 lagi, saya kol lagi. n this time they told me that my peti ais is xdak stock! damm! Lpas saya dah ngamuk2, (yela aku dah bayar full amount!) n then the salesman kol, ckp stock tu ada lak, cuma xelok, ada rosak sikit, sebab tu xjadi hantar.lpas tu kata dia dah dpt stok baru n then lpas tu dia kata hari ini xboleh hantar, aku time tu rasa nak marah gila dah, dia kata esok xleh hantar sbb xdak lori la, xdak driver la. hey, i dont care about that. that i ur business, n i dont want to hear anymore alasan. ckp hari isnin mgu dpan baru leh hantar. saya time tu xnak dengar any alasan dah. n cakap, saya bagi peluang kat diorg sampai pagi esok je. dah la semua barg basah saya dah beli. kalau saya xkol, maka xda sesiapa lah yg akan bgtau saya berkenaan perkara ini kan?? apa lagi esoknya say pegi nak tuntut balik duit saya. kalau xdak stok xpayah la jual. bgtau awal2, aku boleh la beli kat tempat lain.menyusahkan betol. rupanya lpas saya pergi nak tuntut balik duit saya, budak salesman tu xdak, bercuti, n stok baru yg dia ckp dah ada tu sebenarnya xdak. coz manager dia sendiri ckp mmg xdak stok. So kalau saya bagi peluang esoknya (isnin seperti yg dijanjikan) lagi, maka alasan apa pulak yg nak diceritakan or dikarutkan dikarangkan lagi. eii xtahannya aku. Lepas diorg xboleh bagi balik cash, walaupun saya nak cash. diorg janji bagi kredit term 3 hari. n for ur information, sampai hari ni, saya punya credit term dah lebih dari 7 hari tapi xdpt2 lagi. Kredit term or benda2 nie sekejap ja kalau diorg nak buat.

I'm so dissapointed. Giant is one of my favourite mall to shopping barang-barang dapur. Tambahan pulak Giant kan keluaran Malaysia.Saya dan keluarga boleh dikatakan menyokong barang-barang buatan or keluaran Malaysia. Bila benda nie berlaku, hati saya pun dah rasa sebal. Yela, saya xsalahkan semua, mungkin salesman tu sorg je yg salah. Tapi bila melibatkan pemulangan semula duit saya, perkara ini dilengahkan dan tidak seperti yang dijanjikan. Walaupun dah lebih dari tiga hari saya still bagi peluang. Tapi bilanya nak selesai perkara ni. "Costomer is always right", i wanna to use my right. Saya harap lepas nie diorang dapat meningkatkan pengurusan diorang, especially things like customer service nie, latih elok2 salesman diorg, perbaiki pengurusan, terutamanya pembayaran balik duit customer. jgn la memburukkan nama  giant disebabkan perkara-perkara seperti ini yang sepatutnya boleh diuruskan secara lebih efficient. Jgn la kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. I hope giant will be more efficient n improve on their manegerial n customer service.

Updated

Peti ais saya sudah sampai semalam. yey! lagi besar dari yg saya nak beli kat 'G' tu, 258 liter.
FYI- entry nie saya start tulis hari sabtu waktu menunggu peti ais baru( beli kat SengHeng ) , n then tersimpan dalam draft , n disudahkan pagi ini.

-Ok nak kol bank tny. daa







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails