Monday, December 20, 2010

Masakan Pertama Ku.

Iya, buat kali pertamanya dalam hidup saya. Saya telah memasak untuk seseorang. Bukan maknanya saya xpernah masak sebelum ini, cuma ianya adalalah kali pertama dalam hidup, saya masak dengan tujuan untuk dihidangkan dan dijamah oleh seseorang yang menjadi bahan dalam buku nota kening ;p .Walaupun saya pernah masak bersama teman-teman seuniversiti serumah (oh, rindunya korang semua) dan pernah dirasai oleh member berlainan jantina seperti cucur bawang, karipap bawak nek ketapi, cucur ikan bilas, kebanyakkan darinya saya adalah pembantu chef sahaja. Yang betol-betol saya jadi tukang masak utama boleh dikira dengan jari kaki dan tangan sahaja. hehehe. 

Semalam dengan rasminya dan buat pertama kalinya saya telah memasak for a guy which now has his own place in my buku nota. Hahaha, jgn la ketawa. Ini pengaku jujur dari saya, saya mmg xpernah masak apa-apa untuknya hatta sepinggan maggi kari pun sebelum ini. Iya betol. Sbb walaupun saya kenal dengan dia dari tahun lepas lagi, kami berhubung jarak jauh. Tiada dating-dating ye. Cuma semalam dia telah dtg kesini untuk friendly match football dengan para juniornya (termasuk la beberapa org member batch saya sendiri). hahaha. KALAH 7-4.Adakah masakan saya yg dijamah dengan banyak olehnya menganggu perut dia untuk menyepak bola? HAHAHA....ok-ok, mari kita lihat..... apakah menu pertama saya untuknya?

1. Sambal Ikan Lakeside With Onion.
2. Sotong Goreng Kunyit Bercili.
3. Sayur Campur Bersama Cendawan Segar.
4. Telur Dadar Kekuningan Bercili.
5. Nasi Putih.
6. Air Sirap Rose Sejuk.

(semangat masak sebab dah ada peti ais baru dan masuk rumah baru)

Ok tak menu itu? Ok ler kan untuk budak yg xterer macam saya nie kan?kan? hehe. Tapi lagi best bila masakan saya dipuji sedap. :) walaupun bagi saya biasa saya. Tapi dah dia kata sedap n kena dengan selera. Kakak n adik saya pun kata ok, n Abg ipar saya pun xdak complain. So saya concludekan sebagai ok la. :)

1 comment:




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails