Tetiba rasa nak post nie.
aku nak g ikut mber opis pam tayar pancit dia
mengagahkan diri juga dia bawak keta pagi tadi dari Kajang sampai opis
nasib xda pa2, war oh war, jom aku teman.
aku dok depan
yu dok blakang
hehehehe
Friday, March 18, 2011
Thursday, March 17, 2011
Catatan untuk ingatan ku semata-mata.
Salam, agak jarang diriku nak buat entry n updated kat blog nie. Kali ini pun entry ini buat kenangan or just as my review untuk masa-masa akan datang.
Syukur Alhamdulillah dengan peluang untuk hidup lebih lama. Semoga sepanjang usia dunia yang dikurniakan Allah S.W.T ini akan kuisi dengan kebaikan dunia dan bekalan ke sana nanti. Aku rasa kerdil sgt dan takut pada semua dosa yang kusedar atau tidak sedar...Hadiah yang paling bermakna adalah kasih sayang dan rezeki yang tidak pernah putus. Semoga Tuhan merahmati diri ini dan keluarga serta insan-insan yang sentiasa berada disekeliling saya. Terima Kasih Allah.
Membeli hadiah istimewa buat diri sendiri hasil dari titik peluh sendiri adalah sangat bermakna. Yang penting puas dan senang hati. Tidak perlu dihebohkan kalau sekadar untuk menimbulkan rasa irihati dari orang lain. Kalau dah beli barang dalaman ratusan ringgit pun ada yang menjeling pada saya. Sudah pasti yang ribuan akan ku simpan rapi, kubeli bukan nak menunjuk. Terima kasih pada insan yang tidak putus-putus mendoakan kebahagian saya. Pada yang tidak senang hati atas kesenangan saya, juga terima kasih kerana berkebun untuk saya bagi bekalan disana. Teringat pada kata-kata seorang teman, "Jika kita tak pernah buat atau kita dok diam-diam pun ada org benci atau dengki kita menjadi perhatian, pasti kita ada keistimewaan sendiri yang tidak kita sedari". Biarlah Tuhan sahaja yang menjaga kita , selagi kita tidak melupakan Nya, Dia tidak akan pernah sibuk untuk kita". Jangan takut dan jangan kita lupa, Allah S.W.T itu sifatnya Maha Adil, Dia adalah perancang terbaik. Kamu lupakan bahawa kepercayaan dan keyakinan ini adalah termasuk dalam rukun imam seorang muslim. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu ... jauh sekali seorang alim atau ahli sufi, atau ustazah untuk menasihati ..namum, itulah apa yang aku pelajari dari mereka yang banyak ilmu. Dan aku percaya serta yakin dengan setiap apa yang aku pelajari. Yakinlah, Tuhan itu Maha Adil, jika tiada balasan disini, disana nanti pasti setiap dari kita akan mendapat balasannya, baik atau buruk. Pilihan ditangan kamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)