Thursday, October 4, 2012

Draf Checklist

Salam, nie senarai awal keperluan majlis ku, lebih kurang checklist. Aah cam byk ja... H, i need ur favour.

Majlis Nikah

Baju nikah
tudung
veil
makeup
kasut

Resepsi

Baju
tudung
veil
makeup
accesories

Majlis Bertandang/sambut menantu

Baju
tudung
veil
kasut
accesories
makeup

Pelamin
Kad Kawen
makanan
canopy
doorgift
senarai jemputan
photographer
bunga telur
kuih muih
buah
bekas hantaran


Selang Masa

Salam, sudah lama tidak berpeluang untuk menulis di sini bukan kerana malas atau tiada mood, tetapi kekangan masa. Kursus selama 28 minggu ini memang memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi sokongan dan toleransi dari keluarga dan pasangan masing-masing. Bagi mereka yang sudah berkeluarga dan ada anak mmg ianya adalah satu pengorbanan yang sangat besar. Ibarat hidup seperti sekolah berasrama penuh, malah aktiviti yang dilaksanakan sangat padat dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang sangat tinggi. Tapi faedah yang diperolehi juga adalah sangat besar bagi sesiapa yang berfikiran positif.

Tarikh 16 September 2012, akan dikenang bukan sahaja sebagai Hari Malaysia, tetapi sebagai tarikh dimana seorang sahabat kami terkorban dalam aktiviti sewaktu merentasi sungai di Pahang semasa menjalani modul tentera. Peristiwa yang berlaku di depan mata aku sendiri itu meninggalkan kesan pada diriku dan rakan yang lain. Sangat sedih dan trauma. Aku xakan mengulas lebih panjang berkenaan peristiwa tersebut kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang masih dijalankan dan juga bagi menghormati permintaan pihak atasan, rakan yang lain dan lebih penting menghormati keluarga arwah. Pada rakan-rakan lain yang mengambil berat, jangan bimbang kerana kami semua sudah kembali pulih seperti biasa dan aktiviti mengikut jadual telah berjalan seperti biasa. Aku mohon, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwahyarham Aldy Hasmi Abu Hassan dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. Semoga keluarga arwah tabah menerima dugaan ini. Semoga isteri dan 2 orang anak kembar arwah yang masih kecil itu dipermudahkan urusan mereka dan semoga mereka dipelihara dan dilindungi oleh Allah s.w.t. Betapa sedihnya kami sebagai rakan arwah, sedih lagi keluarga beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Cerita sebelum aku ke modul tentera......

Enggagement Day of Whiteapple01....

Alhamdulillah, pada Syawal ketiga yang lepas sebuah majlis pertunangan telah diadakan dirumahku. Mr.A dah ada tunang. Majlis ini dipilih tarikh pada hari raya sebab waktu ini sahaja aku ada masa dan kami dibenarkan balik ke kampung, iaitu sejurus sebelum aku ke Modul tentera di Pahang. Aku rasa kali ini aku betul-betul diduga dengan kesibukan yang tahapnya sangat tingi. Selain perlu membuat persiapan untuk majlis pertunangan dan persediaan majlis perkahwinan yang tinggal beberapa bulan lagi, aku juga perlu memberikan komitmen yang tinggi di sepanjang kursus ini hingga hujung tahun. Selang bebearapa hari/minggu selepas aku tamat kursus hujung tahun nanti, aku akan berkahwin pula. Ya Allah permudahkan lah urusan aku dunia dan akhirat. aminnnn......

Aku harap assignment akan berkurangan memasuki penggal kedua ini, supaya aku boleh curi masa buat\persiapan kawen. Aku xbuat apa-apa langsung pun lagi. arrghhh tensi lor. Lepas nie akan aku akan share gambar di majlis pertunangn dan cerita disebalik persiapannya. THANK YOU SO MUCH to my dear sisters, brothers n mom n daddy yang tolong semuanya haritu dan akan datang. Love you all so much.....

stay tune





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails