Friday, August 27, 2010

Tidak Busuk dan Tidak Reput

Asalamualaikum, pada hari ini dibulan Ramadhan , dan sempena Nuzul Quran pada hari ini saya nak berkongsi sedikit info. Mungkin anda sudah biasa mendengar cerita ini. Tetapi saya tetap nak tulis juga disini.

Rasulullah S.A.W bersabda :Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT
dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kitadapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana
WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke
kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka didalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.


Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.


Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 'Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU
MINALZHAALIMIIN'

Thursday, August 26, 2010

Kamu

Hari makin cerah buat kamu
Saya gembira mendengar khabar itu buat kamu
Saya terharu dengan berita itu semalam
Saya tahu kamu memang boleh melakukannya
Kamu mempunyai kebolehan kamu sendiri
Saya pernah menyuarakan sebelum ini
Saya yakin kamu pasti berjaya
Binalah tapak ini dengan kukuh
Kamu bakal terbang dengan lebih tinggi
Terokailah ianya dengan lebih luas dan gigih
Yakinlah dengan Diri Sendiri
Yakinlah bahawa Allah S.W.T Maha Pemurah
Dia mendengar tiap doa kita.
Selamat berusaha dan berjaya
Itu doa saya buat kamu.
Semoga kita bertemu lagi
Iklas dari saya dengan kasih.

Wednesday, August 25, 2010

Gelora Dihati Saya II

Pagi ni saya berbual dengan seorang teman. Dia bertanyakan apakah yang sebenarnya saya mahukan dalam hidup saya. Saya diam sedetik. Pelbagai persoalan yang diajukan dan bermain dihati dan fikiran saya. Termenung. Saya tahu atau saya hanya pura-pura tidak tahu. Saya tidak tahu apa yang mahu difikirkan lagi. Adakah benar ikut kata hati dan fikiran. Benar, saya buntu.

Tuesday, August 24, 2010

Y- please read dis N3 ok.

Sedar tak sedar sudah masuk 2 minggu umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, jauh diperantauan..ecece..haha, xla jauh mana pun. Balik raya kalau jalan jem macam tahun lepas ada la dalam 9 jam je ^-^. JE?? penat la kalau sorang2 drive 9 jam macam tahun lepas. Walaupun keta auto penat la...penat..penat laaaa... Aish...kan best kalau adik lelaki aku yang sorang tu sanggup tunggu n balik dengan aku kali nie. TAPI sanggupkah dia menunggu aku sampai minggu nak raya... Apa kata aku hasut lecture dia suruh buat kuliah sampai sama tarikh aku start ambik cuti...hahaha...x beak la aku wat camtu....jahat cam setan...kihkihkih. Sapa la aku nak suruh lecture UIA wat camtu kan...huhu.

To my only0nlyone brother, kalau sanggup tunggu ur sweet sis nie n jadik driver balik raya nie. I gave u manyak2 duit raya. nak?? 5 kupang...kihkihkih ^_^.

dari
ur sis yang baru blajo makeup mate-mate.

^_^


Happy Birthday Y

semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu
may all ur dream comes true
be a real hero in family ok
i love u as my only brother.
take care.
cake birthday nanti tunggu raya je
i baked u cup cakes n caramel ok.

haa...study rajin2,


Monday, August 23, 2010

Kenangan dan Kesyukuran

Sempena bulan Ramadhan kali ini, aku telah mengubah sedikit jadual waktu pejabat ku (office hour). Kalau kebiasaannya aku memilih untuk WP3, iaitu waktu office masuk kul 8.30 a.m dan balik kul 5.30 p.m. tapi sempena puasa ini aku memilih WP2, masuk 8 a.m dan balik kul 5 p.m. Yes, office hour di Putrajaya ini ada 3 waktu. Iaitu WP1,WP2, dan WP3.

WP1 = 7.30 a.m - 4.30 a.m
WP2 = 8.00 a.m - 5.00 a.m
WP3 = 8.30 a.m - 5.30 a.m

Nampak macam best je kan?
mentaliti sesetengah orang = keja gomen leh balik awal. No way GUYS!

WHY? nama je boleh balik jam 5.30 p.m, tapi hakikatnya, 5.30 tu ada yang baru nak start meeting. Sebab waktu 8 jam bekerja sememangnya tidak cukup disini, yup diopis ini memamng tidak cukup. Kadang2 rasa macam nak teranjang ja orang yang cakap "eleh keja gomen bukannya sibuk pun"...seb bek org tu xkena terajang ngan aku kan..OPPPSSS...SORI2 DIBULAN MULIA INI TIDAK BAIK BERKATA BEGITU WAHAI TEMAN-TEMAN.

HAHAHA. FULL STOP.NOKTAH. kembali kenormalan bersiaran. Berbalik kepada jadual tadi. 3 waktu bekerja itu dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dalam Putrajaya ini. Tetapi ada juga sesetengan tempat yang tidak boleh memilah waktu sendiri kerana telah ditetapkan oleh pejabat masing2. Saya berstori disini adalah berkenaan saya sendiri, dan saya tidak bertanggungjawab di atas2 apa2 kemudaratan dari tulisan ini. untuk maklumat lanjut boleh semak dengan tempat yang sepatutnya. Hehehe, ok biasanya saya memilih untuk masuk waktu yang paling lambat sekali kerana kalau saya pilih masuk awal pun, tetap kena balik lambat, so baik memilih yang menguntungkan diri sendiri sedikitkan? Tapi bersempena Ramadhan ini, semua pihak berbaik hati untuk mengurangkan kesibukan lepas office hour. Ye la, sehebat manapun kamu, selagi kamu seorang insan normal yang masih ingat mati dan ingin mengutip pahala, inilah waktunya. Semua orang pada bulan ini bergegas untuk cepat sampai ke rumah dan berbuka bersama keluarga serta menunaikan solat terawih. Begitu juga saya, walaupun belum berkahwin, inilah waktu yang ditunggu untuk melunaskan keiginan masuk ke dapur main masak2.hehe. walaupun lauk x la sehebat mana. Tetapi keiginan itu tetap wujud.

Waktu dok mengodek pc ini, tiba2 saya terjumpa gambar office lama saya. Ya office yang pertama sekali saya jejaki setelah menamatkan pengajian di Universiti. Tersenyum sorang2 ingatkan kenangan dulu. Langkah pertama memulakan karier saya sebagai junior accountant. Saya rasa sangat bersyukur kerana rezeki saya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. belum saya convocation lagi saya telah menerima beberapa tawaran kerja sehingga pening nak pilih waktu tu. Dan rasa kesyukuran sekali lagi bertandang dalam hidup ini setelah menerima kerja di pejabat ini. Sedar tidak sedar, ini adalah tahun ke dua saya berpuasa di sini. My mom selalu kata yang saya ini murah rezeki. Terima kasih mak, kata-kata mu adalah doa yang dimakbulkan. I love u n miss u so much..xsabar nak balik kampung ! :)



Gelora Dihati Saya

Hidup ada pasang dan surutnya.Hidup ada pelbagai cerita.Ada yang manis dan bahagia, ada juga pahit dan seksanya.Setiap insan yang dilahirkan ada takdirnya sendiri.Bahagianya, dugaannya, jodohnya, ajalnya, sakitnya, cintanya, kejaayaannya, kesedihanya dan apa jua. Terpulang bagaimana dia ingin melakar corak hidupnya. Tapi kita hanya mampu berusahaan dan berdoa, seterusnya adalah urusan Yang Maha Kuasa.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails