Monday, August 23, 2010

Kenangan dan Kesyukuran

Sempena bulan Ramadhan kali ini, aku telah mengubah sedikit jadual waktu pejabat ku (office hour). Kalau kebiasaannya aku memilih untuk WP3, iaitu waktu office masuk kul 8.30 a.m dan balik kul 5.30 p.m. tapi sempena puasa ini aku memilih WP2, masuk 8 a.m dan balik kul 5 p.m. Yes, office hour di Putrajaya ini ada 3 waktu. Iaitu WP1,WP2, dan WP3.

WP1 = 7.30 a.m - 4.30 a.m
WP2 = 8.00 a.m - 5.00 a.m
WP3 = 8.30 a.m - 5.30 a.m

Nampak macam best je kan?
mentaliti sesetengah orang = keja gomen leh balik awal. No way GUYS!

WHY? nama je boleh balik jam 5.30 p.m, tapi hakikatnya, 5.30 tu ada yang baru nak start meeting. Sebab waktu 8 jam bekerja sememangnya tidak cukup disini, yup diopis ini memamng tidak cukup. Kadang2 rasa macam nak teranjang ja orang yang cakap "eleh keja gomen bukannya sibuk pun"...seb bek org tu xkena terajang ngan aku kan..OPPPSSS...SORI2 DIBULAN MULIA INI TIDAK BAIK BERKATA BEGITU WAHAI TEMAN-TEMAN.

HAHAHA. FULL STOP.NOKTAH. kembali kenormalan bersiaran. Berbalik kepada jadual tadi. 3 waktu bekerja itu dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dalam Putrajaya ini. Tetapi ada juga sesetengan tempat yang tidak boleh memilah waktu sendiri kerana telah ditetapkan oleh pejabat masing2. Saya berstori disini adalah berkenaan saya sendiri, dan saya tidak bertanggungjawab di atas2 apa2 kemudaratan dari tulisan ini. untuk maklumat lanjut boleh semak dengan tempat yang sepatutnya. Hehehe, ok biasanya saya memilih untuk masuk waktu yang paling lambat sekali kerana kalau saya pilih masuk awal pun, tetap kena balik lambat, so baik memilih yang menguntungkan diri sendiri sedikitkan? Tapi bersempena Ramadhan ini, semua pihak berbaik hati untuk mengurangkan kesibukan lepas office hour. Ye la, sehebat manapun kamu, selagi kamu seorang insan normal yang masih ingat mati dan ingin mengutip pahala, inilah waktunya. Semua orang pada bulan ini bergegas untuk cepat sampai ke rumah dan berbuka bersama keluarga serta menunaikan solat terawih. Begitu juga saya, walaupun belum berkahwin, inilah waktu yang ditunggu untuk melunaskan keiginan masuk ke dapur main masak2.hehe. walaupun lauk x la sehebat mana. Tetapi keiginan itu tetap wujud.

Waktu dok mengodek pc ini, tiba2 saya terjumpa gambar office lama saya. Ya office yang pertama sekali saya jejaki setelah menamatkan pengajian di Universiti. Tersenyum sorang2 ingatkan kenangan dulu. Langkah pertama memulakan karier saya sebagai junior accountant. Saya rasa sangat bersyukur kerana rezeki saya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. belum saya convocation lagi saya telah menerima beberapa tawaran kerja sehingga pening nak pilih waktu tu. Dan rasa kesyukuran sekali lagi bertandang dalam hidup ini setelah menerima kerja di pejabat ini. Sedar tidak sedar, ini adalah tahun ke dua saya berpuasa di sini. My mom selalu kata yang saya ini murah rezeki. Terima kasih mak, kata-kata mu adalah doa yang dimakbulkan. I love u n miss u so much..xsabar nak balik kampung ! :)



5 comments:

  1. sticky mode..
    buat entry cm biasa..
    pastu publish..pastu edit.
    Masa edit, g kt Post Option, tukat tarikh kepada tarikh depan2..cth 9 Sept ka..
    So, jd laa sticky mode smpi 9 Sept..
    klu dah, try buat entry lg pastu,
    bila publish, klu entry baru tu duk BAWAH ntry sticky mode, maknanya jadi laa tu!

    ReplyDelete
  2. erm,nk wat strikethrough lak..
    taip cm biasa dulu..
    kan ada tab COMPOSE ngan EDIT HTML..
    dah siap taip, g kt EDIT HTML tu..
    g kt perkataan y konon2 nk di delete..
    contoh.. buat gini.. contoh
    Kena apit tau dengan Ok..pastu cek kt preview, jd x..

    ReplyDelete
  3. isk..xleh nk wat..dia jd menda len..kena cerita kt tempat len..kt cni bila buat dia detect kod tu

    ReplyDelete
  4. ok, tq banyak2 lea, xpe aku try sendiri. :)

    ReplyDelete




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails