Thursday, September 26, 2013

Pindah

Salam

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa yang tidak putus akhirnya aku selamat berpindah ke tempat baru, tempat tinggal baru, office baru. Isnin dua minggu lepas aku lapor diri, walaupun dah dapat bertukar@lapor diri ke Jabatan baru bermula 1 Ogos yang lepas di Ibu Pejabat Putrajaya. Tapi xla semudah yang disangka bila dapat bertukar ke Jabatan baru kali ni, aku tetap perlu berada di HQ untuk round setiap division sebelum balik ke negeri. Kaki aku bengkak terok sebab dok turun naik tangga coz xdapat pass lagi..sampai mak guard yg dok jaga tu tiap2 hari dok kata..larat ka lg nak naik tangg..huhu, nak buat camna nak xnak kena panjat la jugak..takkan nak suruh org dukong kot..hehe, xpa... ujian ja semua tu Tuhan bagi dulu sebelum dia bagi senang. Minggu last aku kat HQ aku dh xduduk rumah aku, aku ulang-alik dari rumah kakak aku kat SA, sakit urat xpayah ckp la setiap hari, nek tangga n parking keta jun jauh di tempat org awam..hari2.. nasib ada org dok tolong urut..hehe..tq dear sis..luv u so much! sempat adik aku snap pic kaki aku yg bengkak, siap letak kaki dia sebelah untuk snap pic tu. mcm xsanggup nak upload kat blog ni. Xpa nanti aku nak simpan tunjuk kat anak aku bila dia besaq nanti. Inilah pengorbanan ibu dia time mengandung. hehe.. cam poyo je

Pindah rumah adalah sangat memenatkan...rumah aku kat PJ tu mmg la seorang ja penghuni...nampak cam sikit ja brg...tapi lori xmuat yg 5 tan punya. Rasa sikit tapi kalau dh setiap bilik ada barang...hmm bila dikumpul macam bertiga ja...itu pun beg baju2 aku semua mmg husband dah dok angkut ulang-alik setiap hujung minggu dia datang. Sampai menangis aku kemas brg2 nak pindah ni, yela balik opis dh sangat penat, tapi kalau aku sendiri yang xbuat, sapa lg yg nak tolong kan. Aku pun heran apa yg byk sgt. Xpa la, apa2 pun semua tu dah lepas dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, Syukur.

Bila dah duduk HQ kat negeri nie, bos kata xpala aku dok ibu negeri dulu sehingga selamat bersalin...maknanya xcomfirm la lagi aku kena jaga daerah mana kan?? Ya Allah mintak dipermudahkan segalanya. Nasib baik aku dok kat hq nie sampai bersalin, kalau x macamana nak bersalin nanti... dh la aku checkup kat KMC (Kedah Medical Center Alor Setar), kalau kena jaga daerah yang 2 jam baru nak sampai alor setar?? huhu... mmg dari awal mengandung setiap bulan balik check kat sini..mmg dh booking nak bersalin kat cni dan husband mmg nak aku bersalin tempat yang sama dia dilahirkan. Dah la aku xbuka buku merah klinik kesihatan tu, takut la pulak...bukan xnak buka buku kat klinik kesihatan tapi...ada cerita disebaliknya..huhu. Dua kali aku try pergi awal2 mengandung tu, dah tetiap kali tulah ada aral melintang, kereta aku xleh start time nak pergi. So xkan aku nak mintak kat bos time tu pergi lagi dengan alasan yang sama kan? Jangan ingat kerja gomen ni senang nak kuar, bos aku sgt la tegas..bagi org2 yang pernah bekerja seangkatan ja tau camna...ada anak sakit pun ssh nak dpt coti...walaupun setengah hari..kesian kawan aku time tu...takpa la ada la hikmah kat mana2 tu... bila dah biasa kerja susah, pergi tempat lain boleh survive....InsyaAllah... Bila aku cerita ni xdela bermakna terok bos aku or tempat aku dulu tu, setiap bos, majikan manapun mesti ada pro n kon dia... kurang kat sini lebih kat situ, lebih kat sini kurang kat situ...manusia biasa mana ada sempurna... pandai2 la untuk ko sesuaikan diri berfikiran positif supaya leh terus hidup n success. Aku pun xtak lagi nasib aku camna kat tempat baru ni, semoga dipermudahkan urusanku dunia akhirat.

Nak pindah haritu rasa sedih n sayu sangat, kawan2, ofismate, bos, semua tu adalah sebahagian dari hidup dan akan aku simpan sebagai kenangan aku. Semua suka duka tu akan jadi memori hidup. Yang pahit tinggalkan jauh di belakang, yang indah bawa bersama. Thanks to all my friends, officemates n bosess...

Ada korja nak buat, nanti sambung lagi.

Bye 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails