Tuesday, December 27, 2011

Kisah Mereka Untuk Renungan Kita

Salam,

Perasaan simpati menyelubungi diri ketika mendengar dan dimaklumkan perkhabaran dan musibah yang menimpa rakan-rakan disekeliling. Walaupun tidak mengenal secara dekat dan rapat, dan ada diantaranya hanya kenal nama dan muka kerana bekerja di tempat yang sama sama, namun bagi kita manusia biasa cukup untuk terasa simpati dan sedih. Kisah kali ini berkenan suami yang telah kehilangan isteri dalam proses melahirkan anak pertama mereka 2 hari yang lalu. Mengikut kata seorang pegawai atasan yang sama-sama bertugas dengan ku untuk menguruskan perkara tertentu dalam pengumuman Bajet 2012, anak kecil yang baru dilahirkan tersebut masih berada dalam keadaan kritikal. Pada yang baca entry ini, sama-samalah kita doakan kesahjeteraan dan ketenagan buat arwahyarham si isteri yang telah menemui Ilahi. Moga mendapat pahala Syahidah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Buat sikecil tersebut didoakan supaya diberikan yang terbaik buatnya. Semuanya adalah ketentuan Ilahi. Buat yang masih tinggal, semoga tabah dan menerima dugaan ini dengan redha.

Lebih kurang 3 minggu yang lalu,  seorang sahabat Mr.A, yang bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah IPT telah meninggal dunia akibat kemalangan kereta. Juga telah meningalkan suami yang baru sahaja 2 bulan lebih dikahwini. Masih dalam mood honeymoon. Ketika inai masih ada dijari, ajal datang menjemput. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat ketenangan. Salam takziah buat si suami dan seluruh keluarga. Semoga tabah. 

Buat renungan kita bersama, Takdir telah ditulis buat kita sebelum kita dilahirkan lagi, sejak di Lofmahfus/azali lagi. Bersediakan kita mengharunginya? Tabahkan kita. Bersediakan diri ku.....

Sunday, December 25, 2011

Kisah Garam Belacan & I-Phone 4s.

Pada suatu ketika di Hari Raya Aidilfitri

Cik    : Assalamualaikum, hai buat apa, byk kali kol kenapa u xjawab?

Encik : Walaikumsalam, sori tengah busy nie layan tetamu.
           Tadi xjawab sebab tengah dok buat garam  belacan.
           Ramai saudara mara berkumpul kat rumah nie.
           So, pakat2 nak menyicah dengan garam belacan.

Cik    : You ka yang buat ? Pandai ka ?

Encik : Mesti la pandai. resepi asli i nie tau tak.
           Orang semua kata sedap i buat.
           Mama ngan Abah i pn kata sedap tau.
           Licin hingga menjilat jari ooo.
           Kalau buat meniaga nie,
           boleh tutup kilang kuah rojak 'Mak Bee' nie.
           Haha

Cik   : Yaka. Betoi ka, cam xcaya ja. haha.
           Ish..tapi terliur jugak nie. Lapaq dan-dan... huhu
           Nanti u mai cni,
           i nak se 'tupperware' garam belacan air tangan u tau!
           haha

Encik : InsyaAllah.

(dialog sebenar panjang berjela dan diringkas kan sebab penat nak taip panjang-panjang. Malas)

Dan nak dijadikan cerita, Cik tadi telah menceritakan perihal garam belacan buatan Encik tersebut kepada kakak2 dan adik2 nya. Maka kesemua mereka telah terliuq lapaq nak menyicah buah jambu, betik dan mempelam dengan garam belacam buatan Encik tadi. hahahahah.



Dialog ke-2 selepas musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.

Encik  : Hujung tahun nie i rasa cam nak beli 4s la. Kita pakai sama-sama k.

Cik     : Kalau u belanja nak la, hahah.

Encik  : Memang la, takkan i nak suruh u keluarkan duit sendiri pulak.

Cik     : Henpon u rosak ka apa? kalau dah rosak ok la nak beli baru.
            U beli untuk u jelah. I dah ada BBerry nie.
            Rasa cam membazir pulak nak pakai sampai 2 henpon.
            Malas la nak pakai byk2 henfon.
            BB nie pun bukannya i fully utilise sgt lagi pn.
            Kalau pakai I-Phone ja, rugi tang BBM group.
            Byk kwn2 dalam tu.
            Adik beradik I semua pakai BB, nanti ssh lak nak
            kongsi cerita ngan gambar byk2. BBM kan freeeee.
            hehehee. U pakai la BB gak.
            Tahun depan nak kuar lagi henfon baru. I nak yang tu.
            hehehehhehe

Encik  : I tak minat Blackberry.
            Dah tu kalau u tak mau 4s, u nak apa?

(Walaupun Cik suka cakap panjang berjela, Encik mmg manusia yang jenis xbyk cakap)

Cik    :  I nak garam belacan air tangan u.
            Hari tu kan janji kata nak buat dan bagi kat i.

Encik : Ok, InsyaAllah.

(dialog sebenar panjang berjela dan diringkas kan sebab penat nak taip panjang-panjang. Malas)


Peristiwa @ Dialog ke-3.

Sewaktu Cik menelefon Encik tadi nak bertanya jadi datang ke x ke KL untuk bertemu selepas hampir 2 months +++++  xjumpa. Encik tadi jawab YES. Sound Backgrond bunyi blender seperti sedang mengisar sesuatu. Dalam hati Cik, dia dapat agak apa yang Encik tadi sedang buat. Saja tak mau tanya sebab nak bagi Encik tadi rasa keterujanya tak hilang untuk suprisekan Cik.

Maka, pada petang semalam, Encik telah datang membawa bersama bekalan seplastik buah-buahan yang terdiri dari buah jambu batu, jambu air dan mempelam@ mangga bersama se 'tupperware' resepi air tangannya yang mengharukan aku. Garam Belacan.

Terima Kasih bayak-banyak Mr.A. Memang betul la, garam belacan tu sedap. Serious! ^_^
Nanti kita bukak kilang ek. Hehehe.

Mimpi Yang Meninggalkan Kesan Dihati Ku

Salam, terasa laju jejari  ini nak menulis di pagi hari. Terbangun pagi ni terasa kelopak mata macam tebal je. Airmata mencurah didalam tidur agaknya. Mimpi yang sedih, mungkin...., sehingga terasa bila bangun hatiku masih sedih. Macam real. Tapi mimpi tu hanya mimpi dan memang bukan kenyataan.

Pernah tak kamu mengalami mimpi yang berjaya membuatkan kamu menyedari isi hati kamu apa sebenarnya. Mereka-mereka yang berada disekeliling kamu. Mimpi yang mengubah rasa dihati. Entahla, mainan tidur saja. Pernah mendengar, mimpi yang tak baik jangan diceritakan, berdoa supaya dijauhkan benda yang tak elok. Tapi  mimpi kali ini sukar untuk dikategori adakah baik atau buruk. Mimpi seolah-oleh menyuruh aku untuk menyelami perasaan sendiri.

Takpalah, mungkin benar2 hanya mainan tidur dan tak mahu pikir. Tak mahu didalam dilema. Mintak dijauhkan perkara-perkara dan  unsur-unsur negatif.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails