Tuesday, December 27, 2011

Kisah Mereka Untuk Renungan Kita

Salam,

Perasaan simpati menyelubungi diri ketika mendengar dan dimaklumkan perkhabaran dan musibah yang menimpa rakan-rakan disekeliling. Walaupun tidak mengenal secara dekat dan rapat, dan ada diantaranya hanya kenal nama dan muka kerana bekerja di tempat yang sama sama, namun bagi kita manusia biasa cukup untuk terasa simpati dan sedih. Kisah kali ini berkenan suami yang telah kehilangan isteri dalam proses melahirkan anak pertama mereka 2 hari yang lalu. Mengikut kata seorang pegawai atasan yang sama-sama bertugas dengan ku untuk menguruskan perkara tertentu dalam pengumuman Bajet 2012, anak kecil yang baru dilahirkan tersebut masih berada dalam keadaan kritikal. Pada yang baca entry ini, sama-samalah kita doakan kesahjeteraan dan ketenagan buat arwahyarham si isteri yang telah menemui Ilahi. Moga mendapat pahala Syahidah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Buat sikecil tersebut didoakan supaya diberikan yang terbaik buatnya. Semuanya adalah ketentuan Ilahi. Buat yang masih tinggal, semoga tabah dan menerima dugaan ini dengan redha.

Lebih kurang 3 minggu yang lalu,  seorang sahabat Mr.A, yang bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah IPT telah meninggal dunia akibat kemalangan kereta. Juga telah meningalkan suami yang baru sahaja 2 bulan lebih dikahwini. Masih dalam mood honeymoon. Ketika inai masih ada dijari, ajal datang menjemput. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat ketenangan. Salam takziah buat si suami dan seluruh keluarga. Semoga tabah. 

Buat renungan kita bersama, Takdir telah ditulis buat kita sebelum kita dilahirkan lagi, sejak di Lofmahfus/azali lagi. Bersediakan kita mengharunginya? Tabahkan kita. Bersediakan diri ku.....

2 comments:

  1. ya Allah... kesian pada anak yg masih kecik kan..tapi ajal maut ditangan Allah..tak dapat nak bayangkan perasaan si suami..[semoga roh si isteri berada di kalangan orang2 beriman]
    yang baru 2 bulan kawen tu pon same..kalau sy yg duduk kat tempat tu..macamane saye nak hadapi situasi tu..:(

    ReplyDelete
  2. itlah takdir, kita kena redha. InsyaAllah, saya doakan aty selamat bersalin dan dapat baby yang comel ye. InsyaAllah ^_^

    ReplyDelete




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails