Thursday, August 29, 2013
Kenangan Majlis Saudara & Keluarga
Sunday, July 28, 2013
Iftar & Mesin Jahit
![]() |
| ini semua food aku. Manggo juice nie kena order, sgt pekat dan pure sampai aku xleh habiskan. |
Thursday, July 11, 2013
Ramadhan 2013
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini.
Ramadhan hari pertama bersahur dan berbuka puasa seorang diri.
Sahur aku buat simple je, sambal telur, nasik putih, buah kurma & susu ... sorang je yang makan....
8.30 pagi pergi interview di JPM, lepas dapat short notice sehari sebelum...ada sinar disitu...
semoga dipermudah dan dipercepatkan segala urusan...amin..
Nak cepat2 balik menetap dan tinggal dengan suami..dan demi zuriat yang ada dalam rahimku sekarang.
Sebelah petang pergi bazar ramadhan...dan pitam kat situ...nasib member aku..lina ada..tqvm lina...
kalau tak... mau orang panggil ambulance kot...
aku rasa cam kuat je sebenarnya menggagahkan diri seperti yang selalu aku buat...
tapi rupanya tak sama tubuh biasa dengan tubuh orang mengandung ni....
kau rasa ok tapi sebenarnya tak ok, rasa kuat... tgk2 dah nampak bintang,
bunyi pun makin lama makin xdengar...pastu zassss
mungkin sebab aku penat round bazar ramadhan tu cari Nasi Kerabu Wan Atiq...
ni suggestion dr lina kata sedap..sbb tu gagah cari jugak... hehe..
ditambah cuaca yang sangat la panas...sebelah pagi menapak naik tangga plak tadi...mmg xda dh tenaga
Syukur semuanya baik2 ja selepas itu
Ramadhan hari kedua, hmm aku terlepas bersahur...tak sedar langsung...walaupun dah masak nasik siap2...
xda rezeki sahur pagi tadi nampaknya..mungkin jugak sbb terlalu penat sbb kejadian semalam
Husband dah kol dari kul 4.30 pagi sampai bateri hp dia kong aku xsedar..tp xnampak pun miskol kat hp...whatsapp byk gila..ngan msg..mustahil kalau kata dia xkol....
ataupun coverage celcom trok area rumah aku ni..tah la..
aku rasa hp aku ada masalah ni..mungkin mintak dibeli baru...
by, i xhempuk pun hp i.....sob..sob..u makin garang la..
husband marah sebenarnya aku xbangun...dari nada suara dia..
atau bimbang kejadian petang semalam berulang..
siap pesan kalau xlarat buka je puasa...
oleh itu... hari ni aku mengurangkan byk pergerakkan dalam opis ni..so ok ja...
walaupun makin lama makin xlarat sgt dah....biasa la puasa tanpa bersahur...mengandung lak...
xde benda yg perlu terkejut...normal ok...n aku kira baby aku pun kuat...
tp aku wajib kena sahur esok pagi..wajib...
esok aku nak on semua alarm setiap 10min dekat hp...laptop n nak on alarm kat tab.....
Ok aku akan update lagi...saat2 terakhir aku di Putrajaya ni...hehe...biarlah mimpi sampai ke bintang
Monday, June 17, 2013
Cabaran
dah lama x post entry baru lately....
im not in the mood
wlaupun ada ketika nak citer mcm2 kat cni
sungguh mencabar dugaan dan kesabaran
suami nun jauh di utara...
ingatkan cepat dpt bertukar
rupanya sukar.....
airmata dan hati ni hanya tuhan yg tahu
tabah dan terus bertabah
klu ada masalah, settle sendiri
kereta rosak, iktiar la sendiri
kalau xlarat, gagahkan jugak diri bangun dan buat kerja
xda nak manja2, fikiran kena positif selalu walaupun xlarat
muntah pening loya ditengah malam pagi petang
xlalu makan maka xmakan la
org disekeliling hanya boleh cakap, bagi pendapat berjela2, tp ckp cakap jela
betol2 ambik berat? hmmm
buat ati bertambah rungsing ada la
biasa la org....
klu org susah kita tolong, in sya Allah suatu hari nanti kita pula akan dtolong org lain
tqvm kepada dua org yang xdkenali kerana membantu semalam
bab2 kereta ni mmg saya xreti, ditambah dalam keadaan diri sekarang,
tuhan tu adil....
moga tuhan mudah dan murahkan rezeki kepada dua org tersebut... amin....
iklas doa dari saya untuk kamu berdua...
suami adalah kekasih dan kawan terbaik yg pernah wujud dalam hidup ini
walaupun jauh, dia sentiasa dihati
pendorong dan pemberi semangat terbaik.
i miss u so much......
Sunday, March 10, 2013
My Enggagement Day Part Two
Hantaran dari pihak lelaki:
Pembuka Adat - Sireh pinang
1. Chocholate
2. Manisan
3. Buah-buahan
4. Cookies
5. Jam tangan
6. Set wangian Victoria Secret
7. Sepersalinan kain
Hantaran balas dari pihak perempuan
Pembuka Adat - Tepak sireh
1. Buah-buahan
2. Halwa Manisan
3. Chocolate
4. Cake
5. Belt&wallet
6. Sling Bag
7. Kemeja
8. Sampin Songket
9. Jam Tangan
Majlis Pertunangan - My Enggagement Day
Salam,
I know, this entry was too late to publish. But I had been promised to some of you. A big hug and specials thanks to my sisters & family. I just put some effort on this special day because that course n assingment make me feel like a crazy busy women. Oh goshhhh.... luckly i'm not! My W.Planner make a lot effort to suit my dreams, with help from my sis, she managed to do it all. At this time I'm not able to think about my dress, tudung, hantaran or pelamin anymore. I did't hang up any kol if on that time i'm focusing on my task or maybe I'm scare of the 'love letter' from them. haha. kerja gila n menyesal sbb xpedulikan majlis sendiri. If only Doremon is real, i would want to ask for his help by lending me his stuff. hahah. lagi gilo! Atau mungkin aku xkan pilih tarikh yg dekat sgt dengan kegilaan waktu tu untuk buat majlis penting dalam hidup aku. Ok sebelum byk lagi membebel, nah silakan melihat dan jgn muntah sambil mengumpat, opsss.
I put a lot of effort to google all this picture from here n there in my lappy.
Disebabkan gambar2 ni xikut susunan story telling bila di upload, maka terpaksalah aku buat byk entry.
Part One
Tuesday, February 5, 2013
January 2013
Tuesday, January 1, 2013
Kisah Akhir 2012
DPA, kerana engkau aku yang kuat telah disinggahi penyakit lelah@asthma, keletihan yang teramat sewaktu bulan pertama berada di intengah tidak akan aku lupakan, sukan@physical tranning (PT) pagi2 buta sesudah sahur dan sukan di petang hari sewaktu bulan Ramadan 2012 yang digelar 'Tempur Badar' juga adalah satu pengalaman yang akan aku ingat sampai bila2. Otak hampir jammed memikirkan pelbagai tugasan yg perlu disempurnakan dalam keadaan tubuh yang dilanyak to the limit. Sideroll n crawling sebesar padang bola sepak di belakang DSG berkali-kali sampai aku muntah tapi kena sambung balik buat sideroll n crawling yang mana sebelah malam kami ada table etikat, balik kena menapak bukit dan tangga di intengah untuk mandi & basuh baju guna tangan dan bersiap untuk aktiviti esok. Sidang aku yang merempat untuk berehat di surau kerana tiada bilik, peraturan bag pack tak boleh digalas dan blazer tidak langsung dibenarkan dibuka ketika sejuk mahupun panas di bawah terik matahari. Berangkut barang setiap hari naik bas pagi2 buta dah bagun kul 4 lebih dan tido balik kul 1 pagi sewaktu diintengah. Hai all my Aspirasi friends, kita kuat, saya bangga dengan kamu semua. Maaf kwn2 sidang kain, bukan saya nak puji Aspirasi lebih2, kerana kamilah yang paling teruk menerima dugaan tapi kami berjaya menjadi yang terbaik kerana kami susah senang sama2. Teater Rosli Dhoby dan theater Zubeda in love n war adalah hasil susah payah setiap ahli sidang A. I'll miss our brotherhood n sisterhood. Modul2 akedemik....aku heran macamna aku boleh teruskan dan jawab exam. Modul tentera, ahli2 platun yg saya rindu, susah senang kita akan saya ingat...pengalaman satu2nya platun yang kena denda kawad menggunakan lutut di atas tar yang panas membahang...walaupun sekali...dan sekejap. Menembak menggunakan M-16 dan mendapat tembakan markah penuh untuk setiap tembakan tepat jarak jauh adalah satu pengalaman yang mengejutkan diri sendiri, xsangka aku ada skill terpendam, maaf kawan2 satu platun kaum adam yang telah dikalahkan oleh saya, gelak jahat. hahahahaah. Bangga jurulatih aku walaupun untuk keseluruhan ada yang lebih terer. PT setiap pagi dan petang oleh jurulatih jasmani tentera darat yang aku tgk muka pun dah gerun, dilanyak tengah padang, tapi aku ok ja. Ujian larian 5km berpakaian lengkap askar dan boot yang berat, tapi kami semua berjaya dan ok, xda seorang pun rebah. Mula2 pakai boot macam nak tercabut lutut, nak jalan pun macam seret ja boot tu..adoi sakitnya otot kaki, pinggang sampai satu badan. Tapi xda seorang pun yang mengalah. Itulah indah dalam perit. Alah isa tegal biasa. Kami semua ok walau pun terok, yes we ar fine n we ar strong. Satu detik hitam yang meruntum hati saya dan rakan2 setiap kali nama arwah disebut....hingga kini....memergian arwah depan mata, saya telah selesai membuat river crossing dan dalam keadaan pakaian yang masih basah sedang membetolkan kasut boot untuk aktiviti seterusnya...straight in the river in front of me.... i saw him..... R.I.P :( Alfatihah.
TQVM to each one of you, you know who ar u rite? tidak tertulis setiap nama2 sahabat saya disini...Sidang Aspirasi & Doonia, team2 untuk semua program yg saya terlibat menjadi ajk, bendahari n dll, team member kajian lapangan, kwn2 yg sekampung dengan saya waktu modul MKL @ Kg.Luat (1)...haha, kawan satu platun di modul tentera, polis bomba n modul OBS and all Astraians i will miss u ols. Maaf juga diatas segala kelakuan or keterlanjuran saya especially semasa bekerjasama dengan korang, mintak maap sesangat waktu saya jadi bendahari saya tau saya garang! hahaha. Semoga persahabat ini akan kekal, DPA adalah satu titik permulaan kita...semoga persahabat ini tiada akhirnya.
TQVM to my family & keluarga Mr.A juga yang sgt baik. especially to my mom, dad,adik lelaki tunggal saya, abg2 ipar saya, my lovely n cute dania daniel n zara and the most thanks to my lovely sisters yang menolong terlalu banyak untuk persiapan pertunangan dan perkahwinan saya. To Encik Tunang, terima kasih untuk segalannya. Terima kasih diatas segala pengorbanan u yang tidak terkira, i'm very sorry atas semua kelukaan hati dan kenaikkan darah @ temperature u akibat sengsara cemburu yang syaitan tiupkan di hati dan telinga u. You ar my only n only!!!!!! Terima kasih hati dan semangat kerana menjaga diri saya dan menjadi benteng tahap kesabaran yg sgt tinggi untuk berdepan dengan segalanya. Terima kasih Tuhan diatas segala yang telah Engkau berikan padaku. Syukur Alhamdulillah.
Kepada junior yang bakal ke DPA, setiap orang pengalamannya berbeza, kamu boleh baca dan dengar, namun jangan sesekali kamu jadikan sebagai kayu ukur atau bimbang dan takut. Laluilah pengalaman ini dengan fikiran dan hati terbuka, jalan akan lebih mudah untuk kamu. DPA dalam perit ada manisnya. Yang baik dijadikan petunjuk, yang xbest xelok kamu boleh baca tapi buang jauh2 ok. Saya bukanlah hebat, tapi saya buat n usaha sampai habis.....Kamu dan kamu dan kamu yang baca ni mesti boleh juga. Setiap apa yang terjadi dan bakal terjadi telah dirancang oleh perancang terbaik iaitu Allah s.w.t, susah hati tension penat, mohonlah ketenangan, ketabahan dan kesenangan dari Dia yang maha berkuasa. InsyaAllah.
DPA, sesungguhnya akan diingati setiap detik kesengsaraan dan ketabahan, namun tidak sesekali aku mahu menoleh lagi dan tidak ingin lagi aku kembali walau sesaat!
Sunday, December 16, 2012
Hoho
Semua borang &document urusan nikah saya xbuat satu pun lagi
3 pasang kasut yg masih belum dicari
kesemua baju nikah dan sanding saya masih belum fiting (semua ini tidak disewa, saya buat sendiri termasuk baju bersanding dua belah pihak)
doorgift baru cari untuk 1500 saja, lagi separuh masih belum cari -
barang hantaran - ada lagi xcari termasuk jam untuk dibuat suprise kepada encik tunang.





