Sunday, July 28, 2013

Iftar & Mesin Jahit


2 minggu lepas berbuka puasa bersama keluarga kat Marriot Putrajaya, (makanan yang aku try semua sedap! puas hati)  alang-alang dah ramai buat sekali la birthday celebration untuk lil princess si Nur Iman Dania. Hanya kek kecil comel untuk dia. Tapi apa yang buat si dara kecil ni sangat terkejut bila last sekali staff n live band datang nyayi kat dia...nampak sangat dia terkejut & tersipu-sipu malu. Hehe. Dah besar pun si dara kecil nie. Semoga dia menghargai apa yang mommy and daddy dia buat untuk dia. Auntie doakan yang terbaik buat adik, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Sehari sebelum tu, which 13th of July~ birthday dia dah sambut pun kat rumah nenek dia kat sini.  Banyak la dapat mainan, accesories buat gelang la ngan baju. So auntie bagi benda lain.
ini semua food aku. Manggo juice nie kena order, sgt pekat dan pure sampai aku xleh habiskan.

aku bukan antara penggemar daging kambing, tapi kat sini aku leh ckp mmg sedap. Aku suka bubur kacang, pun sedap. semua sedap belaka.

 

Auntie Is, auntie H and uncle Y belikan dia mesin jahit. Selain hadiah birthday,  ni jugak merupakan hadiah pencapaian cemerlang akademik dia n hadiah puasa + raya..hehe boleh x macam tu? Saja nak bagi motivasi sikit. hehe. Kami bertiga fikir daripada beli mainan baik beli sesuatu yang berfaedah. Mainan dah banyak sangat, buku2 pun dah banyak termasuk segala peralatan menulis, melukis dan mewarna. Idea ni dapat lepas tengok dia jahit sendiri baju anak patung dia, guna jarum ngan benang je, elok jugak la hasil jahitan tu untuk budak usia 8 tahun. So we all decide belikan je mesin jahit sebenar, kira nie mak dia pun boleh guna kalau setakat nak menjahit. Mana tau kot2 auntie pun nanti nak tumpang guna, menyelam sambil minum air, hehe. Xmahal pun mesin jahit nie, aku beli RM139.90 je, boleh la. Nanti sama2 belajar guna, auntie dah terer auntie pun nak beli mesin jahit untuk rumah sendiri. Actually aku mmg teringin nak ada satu mesin jahit nanti, macam2 boleh buat. Tapi mesin jahit yang lebih besar sikit n banyak function dari yang belikan untuk Dania la. Sesuai la untuk kegunaan mak2 org ni. Aku berangan nak buat macam2. Mesin jahit nie satu bentuk investment jugak tau. Ko tempah sepasang baju brapa? Langsir harga tempahan ikut kaki persegi kan? Kat situ pun dah boleh kira brapa. riban kot habis...Walaupun akan timbul soalan bila masa nak menjahit, masa yang ada pun xcukup. Hmm, fikiran biarlah positif, aku nak cuba jugak walaupun mungkin sekeping langsir aku ambik masa setahun nak siap. haha. Aku suka pakai shawl sekarang, apa kata aku buat ja shawl untuk diri sendiri. hehe, apa2 pun boleh cuba kan. Ada ja kawan2 yang boleh dijadikan contoh, macam kawan aku sampai ke pagi buat gaun anak. Walaupun aku mungkin xreti buat baju, benda lain aku leh buat kan. hehe. xreti boleh belajar. Tak ada masa, bagi la ada masa. Aku mmg suka berangan, tapi angan-angan aku selalu menjadi nyata  ^_^
gambar dari pakcik google







No comments:

Post a Comment




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails