Thursday, October 4, 2012

Draf Checklist

Salam, nie senarai awal keperluan majlis ku, lebih kurang checklist. Aah cam byk ja... H, i need ur favour.

Majlis Nikah

Baju nikah
tudung
veil
makeup
kasut

Resepsi

Baju
tudung
veil
makeup
accesories

Majlis Bertandang/sambut menantu

Baju
tudung
veil
kasut
accesories
makeup

Pelamin
Kad Kawen
makanan
canopy
doorgift
senarai jemputan
photographer
bunga telur
kuih muih
buah
bekas hantaran


Selang Masa

Salam, sudah lama tidak berpeluang untuk menulis di sini bukan kerana malas atau tiada mood, tetapi kekangan masa. Kursus selama 28 minggu ini memang memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi sokongan dan toleransi dari keluarga dan pasangan masing-masing. Bagi mereka yang sudah berkeluarga dan ada anak mmg ianya adalah satu pengorbanan yang sangat besar. Ibarat hidup seperti sekolah berasrama penuh, malah aktiviti yang dilaksanakan sangat padat dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang sangat tinggi. Tapi faedah yang diperolehi juga adalah sangat besar bagi sesiapa yang berfikiran positif.

Tarikh 16 September 2012, akan dikenang bukan sahaja sebagai Hari Malaysia, tetapi sebagai tarikh dimana seorang sahabat kami terkorban dalam aktiviti sewaktu merentasi sungai di Pahang semasa menjalani modul tentera. Peristiwa yang berlaku di depan mata aku sendiri itu meninggalkan kesan pada diriku dan rakan yang lain. Sangat sedih dan trauma. Aku xakan mengulas lebih panjang berkenaan peristiwa tersebut kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang masih dijalankan dan juga bagi menghormati permintaan pihak atasan, rakan yang lain dan lebih penting menghormati keluarga arwah. Pada rakan-rakan lain yang mengambil berat, jangan bimbang kerana kami semua sudah kembali pulih seperti biasa dan aktiviti mengikut jadual telah berjalan seperti biasa. Aku mohon, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwahyarham Aldy Hasmi Abu Hassan dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. Semoga keluarga arwah tabah menerima dugaan ini. Semoga isteri dan 2 orang anak kembar arwah yang masih kecil itu dipermudahkan urusan mereka dan semoga mereka dipelihara dan dilindungi oleh Allah s.w.t. Betapa sedihnya kami sebagai rakan arwah, sedih lagi keluarga beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Cerita sebelum aku ke modul tentera......

Enggagement Day of Whiteapple01....

Alhamdulillah, pada Syawal ketiga yang lepas sebuah majlis pertunangan telah diadakan dirumahku. Mr.A dah ada tunang. Majlis ini dipilih tarikh pada hari raya sebab waktu ini sahaja aku ada masa dan kami dibenarkan balik ke kampung, iaitu sejurus sebelum aku ke Modul tentera di Pahang. Aku rasa kali ini aku betul-betul diduga dengan kesibukan yang tahapnya sangat tingi. Selain perlu membuat persiapan untuk majlis pertunangan dan persediaan majlis perkahwinan yang tinggal beberapa bulan lagi, aku juga perlu memberikan komitmen yang tinggi di sepanjang kursus ini hingga hujung tahun. Selang bebearapa hari/minggu selepas aku tamat kursus hujung tahun nanti, aku akan berkahwin pula. Ya Allah permudahkan lah urusan aku dunia dan akhirat. aminnnn......

Aku harap assignment akan berkurangan memasuki penggal kedua ini, supaya aku boleh curi masa buat\persiapan kawen. Aku xbuat apa-apa langsung pun lagi. arrghhh tensi lor. Lepas nie akan aku akan share gambar di majlis pertunangn dan cerita disebalik persiapannya. THANK YOU SO MUCH to my dear sisters, brothers n mom n daddy yang tolong semuanya haritu dan akan datang. Love you all so much.....

stay tune


Saturday, August 4, 2012

Mr.A

Dear Mr.A

Only you by.

Monday, July 23, 2012

Beginning of the........

Salam Ramadhan. Ahad 22 Julai 2012. Aku dan semua kawan-kawan Sidang A berpindah hostel dari INTAN Wilayah   Tengah ke INTAN Bukit Kiara.  Walaupun penat berulang-alik kerana menginap di tempat yang berlainan dengan tempat kuliah dan segala aktviti yang lain, tapi kami semua rasa best ja coz we are very united. Aku rasa macam nak menangis ja waktu nk balik hari jumaat hari tu. Tapi kami jumpa balik ahad ni. Alhamdulillah rasa best sebab dapat roomate yang sama. Walaupun baru ja kenal dengan dia dalam DPA ni, tapi rasa macam dah lama. Yana memang sempoi. Macam-macam cerita di kongsi bersama.  Time aku sakit  aapun banyak kawan-kawan tolong, beautiful friendship, lelaki dan perempuan, sama-sama ambil berat, tiada  gender bias.

Harapan semoga persahabatan ini will last forever, men and women. Serius i love you all. Yes, i fall in love again ! Macam pelik perasaan ini. Hmm, rasa cam nak tulis novel. Ahh macam budak-budak. Biarkan perasann indah itu menakluki hati. Tiada guna dinafikan hati-hati yang sedang mekar.  Cinta itu anugerah tuhan.

Love is  Cinta



My story just begin.....









p/s:  Mr.A, cinta itu anugerah.

Monday, July 9, 2012

Hati

Ada sesetengah perkara yang lebih baik didiamkan saja,
l ebih baik disimpan dalam hati saja lebih baik ditelan saja
lebih baik ditanggung sendiri
biar hati sendiri yang tanggung ras
a itu walaupun untuk beribu tahun
kalau itulah yang terbaik buat semua pihak

ada insan yang bertuah seumur hidupnya
ada insan yang dipandang bertuah
dan ada insan yang perlu memberikan tuahnya demi insan lain
pengorbanan yang tidak penah berpenhujung.

Tuesday, June 5, 2012

Isnin Terakhir

Salam, ini adalah post yang kedua Jun ini. Isnin terakhir buat saya telah pun berlalu  kurang 2 jam yang lalu. Masa terlalu pantas berlalu. Hanya beberapa jam yang tinggal  untuk menikmati saat saat terakhir di rumah ini.

Hari sabtu malam baru sampai rumah, setelah meredah jam di lebuhraya. Bangun awal pagi ahad sibuk menolong orang dirumah dengan pelbagai perkara. Isnin berjalan sakan (yg lebih kepada penat, dan sakit hati) . Aktiviti selasa adalah pergi photocopy salinan sijil-sijil berenti sekolah, sijil lahir, gambar passport 20 keping, beg document.

Macam xbest la entry ni. Saya masih baru belajar menggunakan hadiah baru ini. Mr.A thanks you for this gift.

Ok , nak tido dah. Good Night to you.



Friday, June 1, 2012

Jangan Haru-Biru

Apa yang haru, apa yang biru.

Salam, terlepas satu hari untuk updated blog nie pada bulan Mei. Takpe, bulan Jun ini akan diusahakan sekurang-kurangnya dua post sebelum masuk ke pintu pagar sambung mengaji itew.

I have (wajib) to complete my course (mandatori untuk semua oficer yang sama skim perkhidmatan macam saya) bermula 11 Jun hingga 21 Disember tahun ini. Pelbagai keperluan dan persediaan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh yang terhad ini sebelum melapor diri. Itu satu perkara.

Perkara kedua, perancangan untuk move one more step in personal life. Pening jugak nak fikir dan mengurusankan kedua-dua perkara ini dalam masa yang sama. Course dah dapat tarikh, beberapa perkara yang perlu dibuat dah siap, tinggal separuh sahaja. So sekarang sedang memikirkan perkara yang kedua itu. Banyak yang perlu dibuat. Tarikh . Pening . Semoga semuanya menjadi baik, teratur dan dipermudahkan.

Will updated again . Sekarang masa untuk berkemas dan balik kampung. BALIK KAMPUNG. Ini perkara yang tak serabut dan harubiru sebab balik kampung adalah satu keterujaan buat saya. Rumahku syurgaku . Gembira dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Perkara lain, tolong doakan saya ye.

Monday, April 30, 2012

Menanti

Salam, semakin hari semakin jarang berkesempatan untuk menulis di sini. Ada sebabnya dan sering kali alasan diberi adalah sama saja. Tiada Masa dan mood . Disebabkan saya telah berazam untuk menulis sekurang-kurangnya satu entry setiap bulan, maka saya adakan juga masa dan mood untuk menulis bagi memenuhi azam tersebut memandangkan esok dah masuk bulan baru. Jadi, pada 30hb April hari ini, saya nak ceritakan satu hal yang berkait rapat dengan kehidupan saya dalam tempoh 6 bulan sehingga hujung tahun ini.

Saya sedang menanti surat panggilan untuk mengikuti kursus selama 6 bulan sekurang-kurangnya, semoga tidaklah jadi 7 atau 8 bulan seperti batch sebelum ini, atau pun zaman big bos dulu2 selama setahun.(hopefully will not more than 6 months, i hope it'll be lesser -ok day dream only). Khabar terbaru yang didengari, mungkin kena lapor diri dalam waktu terdekat, jadi semua rakan-rakan seperjuangan sekarang sedang pasrah dan redha menanti. Ok guys, you will not see me again at least until end of this year. Mengambil kira nasihat dari orang yang terdahulu . Layan je, mental kena kuat. Sabar. Lagipun cepat pergi cepat balik. Demi sesuap nasik + ke gred yang lebih tinggi   InsyaAllah semoga perkara ini membawa kebaikkan dan semoga diriku sentiasa positive. Thanks to my seniors yang memberikan info-info dan juga kata2 yang sedikit sebanyak menenangkan hati.









Tuesday, March 20, 2012

Sarang Labah-Labah Ke Tong Sampah

Salam tou ols.

Nampaknya labah-labah telah mula membina kerangka rumahnya kat blog nie. Sebelum terus bersawang, baik dibersihkan sikit blog nie dengan mengupdate blog dengan entry ala kadar. Haha. Sori sebab dah lama dan jarang update blog pada follower blog nie. Mungkin blog nie hanya blog picisan dan hanya beberapa insan je yg follow, tapi saya tetap hargai u ols ^_^

Alasan yang selalu tuan tanah coretkan kat sini, saya tiada masa dan mood untuk menulis. Kalau la ikutkan perasaan dan situasi, pasti dah berdozen entry di postkan dekat sini. Ok, jom tuan tanah start update sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Hehe.

Tahun ni, tahun 2012 akan jadi salah satu tahun yang paling sibuk, memenatkan dan mungkin juga kekalutan atau keserabutan. Salah satu sebabnya adalah kerana kerjaya. Tahun ini sangat penting untuk tuan tanah melangkah setapak lagi dalam kemajuan kerjaya. InsyaAllah. Semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya. Tahun ini juga sekiranya masa mengizinkan dan apa yang dirancangkan untuk kemajuan kerjaya saya selesai, saya merancang untuk melangkah setapak lagi dalam fasa kehidupan. InsyaAllah. Terima kasih Mr.A sebab anda sabar menanti. Terima kasih juga kepada keluarga Mr.A sebab sabar menanti. Terima Kasih juga buat teman-teman dan keluarga saya yang tersayang sebab sentiasa bersabar dengan saya. I love u ols. 

Love,
bye-bye kepada labah-labah (^_^)





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails