Wednesday, February 5, 2014

Pengalaman Bersalin Kali Pertama - Part 2

Salam, sambungan dari entry  ini selepas hampir 2 bulan dalam draf, cepat2 nak settlekan entry ni sebelum dah tak ingat sepenuhnya.

Day 2

Pagi-pagi lagi nurse datang untuk check aku, diberi ubat lawas, selepas tak sampai 5 minit 2 biji ubat disumbat, aku terus ke toilet. Tak ingat waktu ni ada cucuk or tak. huh..kesan terputus urat atau aku yang dah tua ni. Lepas aku siap membersihkan diri nurse datang untuk bawak aku ke labour room menggunakan kerusi roda. Sampai ja delivery suite, dekat kaunter nurse2 semua tanya aku samada aku dah sakit nk bersalin, yelah orang expect aku akan bersalin tengah malam sebab dah dimasukkan ubat. Tapi aku jawab belum lagi, xrasa sakit pun lagi. hehe. Delivery suite ni ada beberapa bilik kecil yang aku boleh panggil labour room. Dekat sini aku dibaringkan atas katil semalam, tunggu nak push saja. Sekali lagi dibuat CTG untuk tengok jantung baby dan contraction progress aku. Baju ditukar, pakai baju hospital, baju ala nak masuk operation room. Ko kena buang semua, dan pakai hanya baju hospital ni.Tangan cucuk untuk masukkan air dan ubat. Dipasangkan gelang tag pada pergelengan tangan, No.20. Nanti baby lahir pun akan pakai tag no yang sama ^_^

Selepas itu doktor aku iaitu Dr.Zuraini, pakar sakit puan yang femes kat utara (tak ramai pakar sakit puan orang perempuan) datang untuk check aku lagi termasuk check bukaan. Orang lain aku tak tahu, tapi bagi aku memang SAKIT rupanya walaupun hanya untuk check bukaan. Sakit la, dah tak ada bukaan lagi. 1cm pun belum buka. Kalau kau kata pengalaman kau 'eh, xsakit lah', mungkin yang kau punya dah ada bukaan, sebab tu tak sakit.

Peralatan CTG dipasang untuk memantau contraction aku dan jantung baby. Air dimasukkan ke dalam badan, beserta ubat induce (untuk membuka laluan dalam erti kata lain 'paksa') Sakit rupanya contraction ni ye. Di atas katil aku dah mengiring kiri kanan, ya Allah kalau senggugut tu dh sakit guling2 atas katil sampai keluar air mata, sakit contraction ni lebih la, yang pernah alaminya ja yang faham. Dipendekkan cerita, aku melahirkan zuriat buat suamiku melalui emergency operation. Serious aku macam dah tak brapa ingat dah, yang aku ingat sikit2 ialah suami dipanggil untuk sign document2 tertentu sambil katil aku kena tolak masuk OT. Aku pun kena sign, tp dah x serupa sign sebenar jela time tu. tgk balik kompem hudoh sign aku tu. Aku takut sebenarnya time tu, sebab tak pernah terfikir pun kena bedah. Kegagalan untuk bius separuh badan, aku totally dipengsankan sepanjang operation. Sedih tau.

Aku hanya dapat tgk baby aku pada hari kedua. Tuhan ja yang faham. Serious aku rasa org disekeliling aku xfaham hati dan perasaan aku time tu. Tempoh berpantang untuk dua minggu pertama adalah satu cabaran dan dugaan yg sgt berat aku rasa. Bukan sebab berpantang tu, tapi sebab susahnya aku nak dapat bf baby aku sendiri. Nak dapatkan bonding antara aku dan baby. Nasib masih ada iman di dada, kalau tak sebakul maki hamun terkeluar kot. EH, dh merepek ni.

Pada pandangan aku, KMC adalah sebuah tempat yang bagus jugak untuk bersalin, doktor n nurse baik2 belaka. Penjagaan pun elok. Tapi....tapi kan, yang aku tak berkenan adalah ibu dan baby tak dapat duduk dalam bilik ward yang sama. Baby diletakkan di nursery baby. Kalau nak menyusu kau kena turun tingkat bawah, baby mmg tidak akan dibawa ke bilik ibu langsung, kita boleh ambik baby pun bila time discharge saja. Untuk yang bersalin normal ok la kan, nurse or husband boleh tolong tolakkan, Tapi yang kena operate ni aku xberkenan. Nak mengiring pun sakit, camna nak turun bawah walaupun guna wheel chair. Dalam nursery pulak, hanya ibu dan ayah baby yang boleh masuk n pegang baby. Nenek atok semua sila tgk dari cermin saja ok. Mungkin salah satu sebab kenapa KMC buat macam ni adalah untuk menjaga baby supaya berada dalam persekitaran bilik nursery yang bersih dan selamat. Tapi, u olls boleh cari alternatif lain. Nak bersalin next time nanti aku akan fikir balik untuk bersalin kali kedua kat sini. Aku sanggup xbest yang lain asalkan baby ada dengan aku.

Kos bersalin. Aku rasa ramai yang tertanya-tanya kos bersalin kat sini. Samalah macam aku dulu, meng'gugel' gak pengalaman orang lain yang bersalin kat sini dan ongkos yang perlu disediakan. Aku faham dan i will let u know about Kos bersalin di Kedah Medical Center Alor Setar. Kos bersalin secara normal di KMC mengikut pengalaman adik ipar aku yang bersalin 2 bulan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2013 adalah lebih kurang RM3,600 +-. Adik ipar aku masuk pagi hari dan discharge petang keesokkannya (2 hari 1 malam) , bilik single. Kos bersalin aku pulak adalah lebih kurang 3 kali ganda kos adik ipar aku. kira la sendiri. Bilik single jugakkan aku pun. Kos aku mahal dari biasa adalah sebab aku stay pun sampai 4 hari 3 malam n emergency operation pulak tu. Tapi bagi yang mmg dah tahu ada risiko kena bedah dan mmg plan untuk dibedah, kosnya adalah sekitar RM5000-RM8000. Boleh pergi tanya KMC sendiri. Terkedu jugakla aku n husband, sebab bajet around RM5K, tengok-tengok 5 digit. huhu, It's ok, yang penting semua selamat kata husband aku. Satu lagi nasihat aku, pastikan korang ada cash ye. Sebab kadang2 sistem untuk credit card diorang down. Husband aku mmg dah simpan siap2 cash in hand 5k, nasib ada lagi cash dalam atm kami berdua. kalau tak, mau cuci pinggan kat sana. haha. Plan asal aku saja  nak guna credit card sebab nak dapatkan point. Lepas tu bayar terus la kan supaya tak dikenakan interest. Tips dari blog member satu sekolah dan satu universiti ngan aku http://faizhamsidi.wordpress.com/ . Korang sila la browse blog ni dan baca, byk info berguna since dia pun mmg kerja n dh jadi expert dalam bidang ni. Anak2 dia pun alahai kiut miut. Sila pergi baca n follow.

Walaupun byk lagi aku nak sharing sepanjang duduk di KMC, mood aku sudah ke laut la. kalau nak tgu versi penuh mau 2 tahun lagi baru publish. Nanti la ek, kayuh pelan2 sudah. Aku tak lari kemana pun. Sekarang keterujaan nak stori pasal my doter n cooking passion

No comments:

Post a Comment




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails