Sunday, December 8, 2013

Pengalaman Bersalin Kali Pertama - Part 1

Salam, ramai di kalangan blogger selain nk kongsi cerita, blog juga dijadikan catatan untuk merekod kenangan dan pengalaman supaya boleh dikenang especially blog xfemes macam aku ni. Tujuan catatan kali ni lebih untuk simpan kenangan. Bila dah tua nanti boleh la anak cucu baca, tak gitu? ehh. hehe. Sebulan dah berlalu, ni pun ada yang tak beberapa nak ingat dah ni, banyak kot urat putus masa bersalin hari tu. 
Aku telah selamat bersalin di Kedah Medical Center Alor Setar Kedah  pada 28 Oktober 2013, husband harap sangat baby keluar lebih awal sebab nak sama birth date dengan dia 24hb, tapi Tuhan dah tentukan dia lahir 28hb. hehe. Aku bersalin secara pembedahan, czer. Yes. Emergency operation selepas 2 kali induce, 2 hari, tiada bukaan, ya, tak terbuka langsung. Sakit contraction memang rasa, tapi nak buat macamana, kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Dah rezeki aku bersalin secara czer, xpalah, janji dua2 selamat. Sepanjang tempoh mengandung dan setiap kali checkup, kesihatan aku dan baby memang baik, xda kencing manis or darah tinggi. semua ok la. Petua untuk mudah bersalin semua aku try, baca suroh Maryam, Suroh Yusuff, Suroh Lukman, minum air kelapa muda, air selusoh. Aku redho. Alhamdulillah selamat semuanya.
Balik kepada tajuk asal, aku masuk hospital pada 27hb, waktu kat tempat register masuk bilik single dah penuh, bilik vip pun xda yang available. Tapi booking jugak bilik single mana la tahu ada rezeki lepas bersalin boleh terus tukar bilik, inipun atas cadangan mil. So aku ambik bilik berdua. Lepas register, tunggu sekejap n then ada nurse lelaki iring aku, husband n pil ke labour room. Waktu ni husband dah pegang barang2 siap2. Aku tak dibawak ke ward, sebaliknya ke labour room terus. Baring atas katil bersalin tu untuk doktor check. Buat CTG baby. Doktor datang dan masukkan ubat untuk induce, plan asal doktor nak buat CTG lg selepas sejam di induce, tapi time tu dah nak magrib, cancel untuk buat CTG lepas kul 8. So aku dibawa balik ke ward aku untuk first time. Time ni mil n fil aku balik rumah dulu. Husband aku suruh pergi makan dulu n solat. Dinner aku pilih koew teow tomyam insteed of western stlye malam tu sebab bila aku tanya budak yang datang dia tak taw western jenis apa, dia just cakap ayam. Malas ambik risiko takut tak sedap aku pilih yang biasa makan je. Tepat jam 8 malam nurse datang ambik aku untuk pergi labour room buat CTG. Masuk labour room aku bawak henpon ok. hehe. Time nurse datang ambik aku ni, husband aku xbalik pun lagi dari solat dan makan. Tapi aku dah bgtau tadi tentang aku akan masuk semula ke labour room. Kat Labour room ni buat CTG selama sejam, lepas tu aku dibawa ke bilik semula, tapi time ni xbalik ke bilik sebelum ni sebab aku dah dipindahkan ke bilik single kerana dah ada yang discharge n aku dapat la bilik single yang di booking tu. Tips kepada sesiapa yang berhajat nak bersalin di KMC dan nak bilik single, bilik single selalu ja penuh, walau bilik apa sekalipun yang korang dapat, booking siap2 jenis bilik yang korang nak sebab  bila ada patient yang discharge korang akan dapat dulu. Kena ikut que.
Sampai bilik baru, husband aku dah ada tunggu kat situ siap dengan barang-barang dah diangkut dari bilik sebelum ini. Ok, nak cerita sikit bilik double tu, ada patient berumur dalam bilik tu, aku tak kisah andai tak dapat bilik single, tapi bila bilik berdua nie kena la pandai respect each other, family dan pelawat pun jangan la sampai menggangu orang sebelah kan, ni tak bilik air aku pun xboleh nak masuk bila cucu2nya pakat dok mandi dalam tu, tv yang kita tengah tengok pun boleh dengan selamba diorang pusingkan ke arah diorang ja, husband aku tengah tengok berita pi tukar chanel lain. Buat bising macam dalam rumah sendiri. Adoi, nasib la sejam ja dalam tu. Hormati la hak orang lain jugak. Kesedaran sivik kena ada dalam diri kita.
Balik kepada cerita tadi, walaupun aku dah dimasukkan ubat induce, aku ngan husband sempat berposing2 ambik pic. hehe, kenangan dengan perut memboyot. Tak lama lepas tu parents aku dengan parents in law aku pun sampai. Masing2 bawak bekalan untuk aku, mil aku bawak kurma. Mak aku dengan buah kurma air zamzam, milo n 3in1 untuk husband, katanya nak berjaga malam kan. hehe. Diorang tunggu sampai tengah malam, aku xbersalin lagi. So tido dulu. Husband aku tido lagi sedap dari aku atas sofa tu. hehe
Penatnya nak cerita, cakap mulut cepatla. Ni nak tengok baby. Aku sambung part 2 nanti ok. Nah tengok la pic nie dulu. K, Bye.




1 comment:




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails