Tuesday, October 23, 2012

You

Salam, Mr.A datang lagi weekend lepas. Kali ni aku bersunggung-sunggug pujuk dia untuk ke Jalan TAR bagi mencari dan survey barang untuk bekas hantaran. So 1st time kami pergi kesini n malangnya aku xnampak pun kedai yang dimaksudkan oleh kawan-kawan ku itu. Akhirnya aku window shopping je kat situ. Masuk Sogo cuci mata dan kami jumpa leather jacket Bonia yang ada 50% discount. Harga asal adalah RM1600++ tak salah aku. Lepas discount pun masih mahal RM800 ++. huhu... Mr.A berkenan sgt dengan jacket tu. Actually mencari sesuatu untuk hantaran Mr.A,  tapi tidak urgent sangat sebab hantaran yang akan dihantar kepada pihak lelaki akan ditempah je kalau aku sibuk sangat. But i really hope my sisters boleh tolong gubah sendiri sebab diorang buat lebih cantik dari yang pernah ditempah oleh keluarga ku sebelum ini, malah idea juga sangat fresh....dan sudah semestinya cost akan dapat dikurangkan dengan banyak. hehe.

Keesokkan hari selepas membuat medical checkup (again and again) bagi modul OBS dan polis yang bakal aku tempuhi mulai minggu hadapan, bakal mother in law bawak aku ke puchong ke kedai barang-barang gubahan hantaran. Kesian kat aku dan Mr.A yang tak jumpa kedai yang dicari di Jalan TAR. hehe. TQ Aunty :-)  Tapi kat sini aku just survey dan tidak beli apa-apa sebab tak tahu apa yang nak dibeli. Lepas tu minum petang ngan family Mr.A kat Secret Recipe IOI Mall. Yang lain semua ambik kek kecuali aku ngan Mr.A. Kami pilih seafood roll (lupa nama betol dia). Walaupun aku xmakan kek disitu, aku tetap tapau untuk bawak balik hostel, boleh? lemak bertambah la.. hehe. Entah macamana aku dok bersembang ngan adik perempuan Mr.A  ttg cerita hantu,  aunty pun bukak cerita. Kisah seram masa aunty di hostel zaman sekolah menengah di Sekolah Tun Fatimah Johor (STF) dahulu kala. Punya la rancak kami semua bersembang tentang hantu lupa yang pastu aku nak balik hostel. Kat tempat aku dh beberapa cerita xsedap didengari, menambahkan seram je. Mintak jauh le benda2 xelok semua tu.

Today is Mr.A Birthday,

Dear My fiance, Happy Birthday to you. I wish all the best for you. I'm counting days to be yours and you will be mine. May Allah S.W.T bless us forever.
Manusia biasa tidak ada yang sempurna semuanya. Kamu tahu saya tidak sempurna dan saya tahu kamu pun tak sempurna. Kita belajar dan terus belajar untuk menjadi sempurna, itulah impian saya. Semoga kita menjadi manusia beriman dan diterima Allah s.w.t Yang Maha Kuasa.


1 comment:

  1. hi kita pun b2b from kedah,tp stay kat putrajaya jgk :)
    senang2 jenguk ler blog kami..blh bertukar idea & pendapat
    http://cikgogreen.blogspot.com/

    ReplyDelete




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails