Kesibukan dan kekangan masa sangat membatasi aktiviti ku dalam menguruskan perkara berkaitan perkahwinan. Hubungan jarak jauh (walaupun hanya Utara n KL) antara aku dan tunang juga adalah faktor persiapan perlu dibuat sekiranya ada masa mengizinkan. Hujung minggu yang lepas, Mr.A telah bersusah payah datang ke sini untuk shopping bersama membeli barang-barang hantaran. Kalau ikutkan hatiku, nak tunggu sale hujung tahun nanti, tapi family Mr.A perlukan barang hantaran awal sebab nak hantar untuk tempahan dan insan yg nak mengubah bekas hantarn tersebut akan sibuk pada bulan Disember n Januari kerana bakal menguruskan perkara berkaitan persiapan majlis ulangtahun Keputeraan Yang Dipertuan Agong. So kami pun memulakan langkah pada hari sabtu dan ahad yang lalu. Mr.A bergerak ke sini selepas waktu kerja dari utara dan sampai melawat ku di hostel dan bawak sesikat pisang dan juga nasi lemak yang dibeli di R&R, nak tergelak pun ada tapi aku suka sebab pisang tu boleh buat breakfast selama seminggu ok. hehe. Sabtu pagi selepas ku selesai sesi bergambar untuk majalah, dia datang menjemput ku di hostel, sebelum pergi shopping aku balik ke Shah Alam dulu untuk salin pakaian dan meminta H tersayang tolong basuh baju. hehehe.... untung ada H dalam hidup, nanti I belanja u banyak2 ok :-)
Counter makeup & perfume mmg lenggang. Aku test mcm2 bau sampai Mr.A dah pening. Itula, suruh lagi aku yang pilih, maka akan ku try sampai puas hati. Akhirnya dia pilih jugak satu set perfume untuk dirinya sendiri, bimbang aku bakal menyusahkan semua pekerja kat situ kot. hehe. Nasib yang dia pilih tu mmg aku suka. Kat sini kami berjaya membeli tiga set barangan, 2 set untuk diriku, satu set untuk dia. Rezeki aku hari tu, lepas dah membeli 3 barang set perfume n makeup, seorang salesman berjaya memujuk Mr.A membeli satu set perfume untuk dibuat pakai hari2. hehe, set tu untuk tunang Mr.A...aku ler tu...hehe. Pada mulanya aku tak nak sebab dah berhabis banyak kat situ, tapi Mr.A nak beli jugak. Maka aku ambik jela. Thank you sayang! So i got 3 set of perfume & makeup dan ditaja sepenuhnya oleh tunang tersayang :-) Alhamdulillah. Jimat aku, boleh la bayar duit baju dress no1 yang perlu ditempah untuk dipakai pada malam KSN nanti bernilai RM1,500 tidak termasuk duit-duit lain yang perlu dibayar dan dibelanjakan sepanjang berkursus selama 28 minggu ni. Kalau tak, kopak beg duit dan bank ku.
Perjalanan diteruskan ke Jakel. Aku memilih kain... mestila lama.....
Mr.A kata esok datang lain sebab jakel sampai dah nak tutup, tinggal 7 minit je sebelum kul 9 malam. Sampai je kat rumah kakak ku, aku terus masak sambal tumis sebab Mr.A nak makan masakan dari air tangan ku. Kalau ikut hati mmg penat, tapi penat lagi dia yang drive jauh untuk kesini. Apala sangat masak yang sikit tu dengan pengorbanan dia datang ke sini semata-mata nak jumpa n shopping barang sama-sama dengan aku. Pada yang tertanya-tanya aku duduk dimana, sebenarnya rumah ku mmg di quaters Putrajaya, tapi sepanjang dah 4 bulan aku berkursus ni, setiap kali hujung minggu yg diberi pelepasan aku akan pulang di rumah kakak ku di Shah Alam. Kereta n segala keperluan yang seadanya mmg telah ku letakkan disitu. Keesokan hari Mr.A bawak aku ke Jakel semula, dan dengan tidak membuang masa aku terus je pilih kain mana, satu untuk aku, satu untuk dia. Kain ni pun untuk dibuat hantaran. Terima kasih sekali lagi ye Mr.A :-)
Selepas singgah di Subway, terus ke Plaza Alam Sentral Shah Alam bagi mencari henpon. Yang nie bukan untuk hantaran, tapi untuk menggantikan sementara henpon blackberry aku yang asyik buat hal. Mulanya nak beli henpon biasa yang boleh buat kol n sms ja. Dia tanya aku nak yg mana, aku tak berani nak pilih yang mana-mana pun. Aku suruh dia yang buat pilihan, last dia minta salesman tu keluarkan henpon dari model yang sama tapi colour berlainan. Serius aku tanya dia, segan nak menyusahkan dia lagi, tapi dia minta aku pilih jugak, maka ku pilih warna putih la kan. hehe. So gajet memang tiada sebagai barang hantaran sebab henpon dan tab yang Mr.A beli telah aku gunakan. Aku x kisahpun xdak gajet, yg penting keperluan semua ada. Terima kasih sekali lagi Mr.A. Sebenarnya dia yang x bagi barang dah guna buat hantaran, dan satu lagi barang yang dia xbagi buat hantaran adalah kasut. So aku ikut jela. But no offense to others yang buat. Semua ada hak masing-masing untuk pilih. Lain orang.... lain caranya. Selepas kemas barang, dia terus menghantar aku kembali ke hostel. Dengan berat hati dia drop ku dan meneruskan perjalanan pulang ke utara......bye-bye. Will count the day u will come here again....
salam....bila nuris bertunang..xckp pon
ReplyDeletesalam...b2b from kedah dtg melawat..saya dh folo kamoo...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSy mengambil tempahan menjahit manik,membuat veil pengantin dan menyewakan veil..
jemput singgah http://washura.blogspot.com