Friday, December 23, 2011

12 Jam Yang Mencemaskan.

Entry dikarang ketika mood tengah bosan sementara menantikan satu panggilan telefon yang penting. Tajuk entry tak boleh blah kan. Haha. Maka teruskan pembacaan anda.

Waktu sedang asyik menonton satu rancangan di television semalam (malam jumaat), tiba2 blackout dan loceng amaran kebakaran berbunyi xhenti selama beberapa jam di apartmen kediaman ku ini. Perasaan pada mulanya terkejut sampai aku jadi bosan dan marah. Lama betol la deringan amaran tu berbunyi. Aku keluar jugak jenguk2 kot tingkap dan pintu. Tak dak la pulak latihan ke apa ke. Jiran aku tu bgtau selalu jugak loceng tu bunyi petang2 time balik keja. Kenapa aku xtahu yang loceng amaran kebakaran tu selalu berbunyi? Nak dikatakan balik keja lambat sangat tak la pulak. Sampai rumah time magrib atau selepas magrib ja selalunya. Tidak la dua tiga hari ni aku balik lambat sangat. Memang tak penah dengar.

Last-last aku ambik keputusan kol jelah TNB Careline 15454 untuk buat report. Yela, kalau takda siapa yang bertindak esok pagi aku jugak yang susah nak pergi keja coz baju dan tudung memang tak iron lagi. Time aku kol tu ada gak operator tu tanya seluruh blok ke blackout, hmm, aku mmg xpasti la seluruh ke separuh ke. Aku malas la nak jadi pak guard malam2 nak round semua tempat. Aku jawab aku xpasti adakah semua blackout. Lima minit pastu nampak no opis area Putrajaya call, TNB Putrajaya la agaknya. Soalan sama diulang tanya kat aku, dan aku jawab xpasti. Org TNB tu suruh aku call maintanance dulu, katanya kalau the whole block baru bawah selenggaraan TNB, kalau tidak tanggungjawab itu dibawah selenggaraan pihak service maintanance apartmen. Aku bgatau operator tu aku xdak no service apartmen. Dia suruh aku pegi tengok dalam lif, katanya ada no kat situ. Hello cik abang or pakcik, jam dah nak dekat kul 1 pagi semalam, (malam jumaat lak tu) lagi mau suruh aku jenjalan cari no tel? sorang-sorang? hahaha, memang tidak la. Torchlight or lilin pn aku cari tak jumpa. Hanya mengharapkan cahaya dari sumber bateri laptop dan henfon ja.

Kalau ye pun aku ada torchlight, aku tetap tak akan pergi cari no tel tu sorang-sorang masuk lif ok, kalau lif tu tertutup dan saya terperangkap di dalam siapa nak bertanggungjawab? sebenaq nya aku takut benda len sama. huhu. Aku ada tanya siapa lagi buat aduan/report kat TNB Careline ni area2 umah aku? Dia kata aku sorang je. OOOOO... Pelik juga, orang lain tak kisah ke ada letrik ke tak ek? Operator tu kata akan kol balik aku dalam masa 10 minit lagi selepas aku dapatkan no tel tu. Aku pesan kat dia, "Encik tak payah la kol saya lagi, melainkan saya yang kol encik ok" DEAL. Tak kuasa dah aku time pagi2 buta nak berkawad cari no tel lak. Yang ak geram satu lagi, apartmen kuaters aku nie dah ada pondok pak guard n of coz la ada guard2 jugak kan...., diorang wat pe ha??? Aku komplen nanti kot. Xoxo

Malam tidur x bukak kipas pun xde hal. Nasib musim-musim hujan nie sejuk je. Alhamdulillah, aku bangun pagi esok elektrik dah ada. Boleh bersiap lawa-lawa ke pejabat seperti biasa. hahaha.

Nak dijadikan cerita, pagi Jumaat tengah sedap bekerja loceng amaran kebakaran kat opis berbunyi...pulak...Nak tak nak semua wajib la turun dan selamatkan diri. Semua termasuk yang sedang bermeeting ka, jumpa menteri ka, bersembang ka, makan ka, taip surat ka, sapu sampah ka, semua lah wajib turun dan selamatkan diri masin-masing konon2 nya la.

Dalam masa tak sampai 12 jam aku kena dengar loceng amaran kebakaran ni. Perfect. Rumah dan Pejabat. Lepas nie, nak simpan elok2 semua no telefon yang penting2 dan senang dicari bila nak guna. Nak beli torchlight, lilin dan mancis. Yang nie pun mak ayah dah pesan banyak kali pasal tochlight ngan lilin nie, diorang pesan letak tempat senang cari dan capai. So next time dengar la cakap ibubapa ye adik-adik. Sekian.

Thanks to Mr.A yang selalu jadi penyelesai masalah aku. TQ bagi no TNB Careline tu ok. Berjasa untuk seluruh penghuni apartmen.

2 comments:




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails