Biarkan rasa rindu itu berlalu
Meskipun ianya pernah berlabuh
Perasaan itu bagaikan angin
Yang datang tanpa dipinta
Yang pergi tanpa dapat dihalang
Jangan ditunggu ianya kembali
Kerana masa telah menghalangi
Yang pergi tidak mungkin menoleh lagi
Yang pergi juga tidak mungkin kembali lagi
Jangan ditangisi kehilangan itu
Kerana manusia dan perasaan itu hanyalah sementara
Dipinjamkan Allah atas kehendakNya
Luasnya Rahmat Dari Yang Maha Satu
Pandanglah pada nikmatnya yang lebih luas
Maka disitu kamu akan menginsafinya.
Mensyukuri atas setiap yang dipinjamkan.
DariNya ia datang
KepadaNya juga ia akan kembali.
No comments:
Post a Comment