Wednesday, April 23, 2014

Wifey & Mother + Work

Salam

Impian nak buat schedule entry nampaknya tidak membuahkan hasil setelah dua minggu berlalu. So sorry. Aku ni baru balik dari korsos hujung mgu lepas, so, sehari ja la aku coti mingguu lepas. Ingat nak ambik cuti sambung bagi jadi dua hari sebab nak manja2 dengan suami dan Hanania, tapi ada keja lak. So tak jadi la bercuti. Member seopis dengan aku bergerak sehari awal untuk ke kursus. Aku dan member sorang lagi nak gerak pagi2. Penat badan kejung selepas 6 jam dalam kereta terus masuk bilik kursus. Pukul 11 malam baru kursus for that day tamat. Padan muka, badan  otak penat pun sama. Member yang gerak sehari awal kata "tu la..orang dah cakap p awai, takla letih". Ni perasmian dah separuh jalan, aku baru terkedek2 masuk, nasib tak kena seDas. haha. Takpa penat demi anak. Kurus selama 3 hari. Lepas habis kurus terus bertolak balik dan sampai dah tengah malam. Hujung minggu tak semestinya lagi menjanjikan cuti buat aku. It's ok, i'm fine.

Alhamdulillah masih ada kerja, kalau takdak kerja lagi pening kot. Negara masih memerlukan aku. Cewah, ayat x tahannn... hehehe. Pity my dear baby. I'm so sorry sayang. Mama janji baby dan abah adalah paling utama dalam hidup mama sekarang. Family First. Kesejahteraan keluarga, negara pun bahagia kan. Tak gitu? hihi. Alhamdulillah, my baby  macam faham ja, dan aku rasa sangat lega bila setiap kali dia nampak aku, dia akan tersenyum lebar dan mendepakan tangannya sebagai isyarat untuk ambil dan dukong dia. Bijak sungguh baby yang baru 5 bulan ni. I'm a happy mother my dear. Pagi tadi dia bangun awal, lepas aku cium2 dia, n cakap mama dah nak pergi kerja, dia macam faham dan buat muka sedih. N then i said to her thats i'm going to be at home earlier. n she's smile back to me. Macam faham sangat. Ya Allah, tabahkanlah hati aku.

Aku selalu menggunakan tips untuk bercakap dengan anak ketika dia tidur. Tips ni aku pernah baca & banyak orang sharing tips yang sama. Thanks kepada mereka yang suka tulis tips. Sharing is really caring. Thank you guys! Big hug for you all. Bercakap dengan anak ketika dia lali (antara sedar dan lena), satu proses yang berkesan aku rasa. Berdoa dalam nada suara yang rendah dan perlahan. Sama seperti ketika kita berdoa dalam solat. Minta anak kita jadi baik, dan berdoa kepada Allah s.w.t. Dia dengar. Bila aku buat macam tu, Hanania bagi respond, macam dia dengar dan faham apa yang aku cakap kat dia walaupun masa tu dia tengah tidor. Terima kasih Allah. Nanti kita sharing banyak tips lagi okey. Walaupun ilmu saya masih lagi sikit dan mungkin ramai yang dah tahu tentang tips ni semua, tapi aku berbesar hati nak kongsi jugak, because i care for you ( ^_^ )

Kalaulah ada pilihan yang lain, aku rasa ramai ibu-ibu dan para isteri lebih suka bersama keluarga. Dalam erti kata lain, menjadi suri rumah sepenuh masa. Aku faham yang suri rumah jugak banyak kerja dan penat, tapi siapa dapat menafikan yang penat menjadi suri rumah mungkin lebih bahagia kerana anak-anak membesar di depan mata sendiri, dengan tangan sendiri yang mengasuh dan mendidik. Kepada mereka yang memegang status suri rumah, berbahagialah anda. Angkat tangan yang sependapat dengan aku! Aku bangga mak aku seorang suri rumah, dia berjaya mendidik aku dan adik beradik yang lain dengan cara sendiri dengan penuh kasih sayang dan perhatian. 

Zaman sekarang, kebanyakkan wanita bekerja, peredaran zaman & juga kerana tuntutan kehidupan. Menjadi seorang isteri dan ibu bekerjaya bukan bermakna kita terlepas dalam proses mendidik anak dan hal keluarga yang lain. Cuma, bagaimana cara kita menguruskan kerja dan keluarga dalam masa yang sama. Pada wanita yang mempunyai ilmu dan kepakaran, sumbangan untuk negera juga adalah satu kebajikan. Nanti kau komplen pulak kenapa kerajaan tak hasilkan doktor perempuan, nak bersalin pun susah dan segan dengan doktor lelaki dan blablablabla.  Takpa, just go with it. As long as we can handle, InsyaAllah. Usaha, doa dan tawakkal. Semoga Allah s.w.t permudahkan kita semua dalam urusanNya. 

Aku tengok ramai kawan-kawan perempuan aku yang bekerja dan kerjanya pun bukan calang-calang, kau sebut ja kerja apa, yang hebat semua ada. Doctor, pensyarah, cikgu, engineer, architect, accountant, pakar IT, goverment officer, chef, businesswomen, model n blablabla . Sebut ja, mesti ada yang terselit punya. Cewah nak tumpang bangga ngan hampa semua boleh dak?  Anak dah masuk dua tiga orang. Boleh urus keluarga, macam ok ja, macam comel jer. Hihi . So, do your best and pray for the rest. InsyaAllah. 

Aku baru dimaklumkan hujung minggu ni aku kena outstation lagi. Ok,  nak angkut hubby and baby sama. Biar penat hujung minggu ni asal suami dan anak depan mata. Cewah. (^_^)  Dua minggu lepas husband aku meeting kat Penang, 3 hari dua malam. Dah  nama pun hujung minggu, memang dia bawak aku n our doter sekali la. Puas la aku main cak-cak dengan Hanania dalam bilik hotel sementara nak tunggu dia habis meeting. Lepas tu, husband memenuhi permintaan aku nak ke Homedec 2014 di Penang. Tak sabar aku nak stori mori tentang Homedec Penang ni. Husband xkacau aku malam ni, aku buat entry ok  ^_^.



posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails