Tuesday, June 3, 2014

Rezeki Anak





Hanya Pada Mu Ya Allah aku bersyukur atas rezeki ini. Terima Kasih atas doa my parents n family. This is for them. Yang membesarkan aku dengan baik dan penuh kasih sayang. I'm Happy to see both of you happy with my career achievements.

Namun debaran tetap bergetar dalam hati ini, semoga dipermudahkan segala urusan dan tidak bertukar jabatan. Semoga rezeki ke gred yang lebih tinggi ini menimbulkan keazaman yang lebih kental dan semangat untuk berkhidmad dengan lebih berdedikasi. 

Mendengar ucapan dari Tan Sri KSN menimbulkan semangat baru, terutamnya nak tambah ilmu dan sambung segulung lagi sarjana di genggaman. 

Alhamdulillah, rezeki  ini adalah rezeki anak. 
Dalam masa yang sama nak lapor diri 16 Jun nanti, suami aku berdebar, takut aku berpindah. 
InyaAllah sayang, semoga Allah permudahkan segalanya. 

Amin

^_^





jom g lunch !

Tuesday, May 27, 2014

APA YANG MENARIK DI HOMEDEC 2014 PENANG

Salam, hi u olls ^_^

Seperti yang dijanjikan, akan ku up kan entry pasal homedec penang ni. Nak post entry selalu pun dah xbyk masa yang aku ada. Tapi takpa, azam aku untuk up byk2 entry tahun ni akan akan usahakan. Ok, berbalik pada cerita asal, kami (iaitu aku, husband and my baby) ke Homedec ni selepas laki aku selesaikan kerja dan meeting dia. Mula-mula sampai kat area ni, memang susah gila nak dapat parking, aku rasa macam ada kot 10 kali laki aku pusing. Tapi aku kata kat husband aku supaya bersabar, mana tau walaupun lambat kita dpt parking, nanti dapat tempat yang elok. Yes, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Kali yang entah keberapa, pekerja dia angkat kon oren tu suruh kereta kami masuk dalam basement. Padahal tempat tu memang diorang dah tutup pon. Allah nak bagi mudah, kami dapat tempat parking yang sangat selesa, tak payah berpanas especially aku bawak baby, dan dekat sangat dengan lif. Memang rezeki kami.

Tujuan aku ke Homedec Penang ni, bukanlah nak beli barang pun, tapi lebih kepada keterujaan aku nak survey apa yang patut aku beli, deco rumah dan sebagainya bila rumah aku siap nanti. Contohnya perabut, kitchen cabinet, cat, grill dan yang seangkatan dengannya. Oh ya, entry aku yang sebelum ni tentang show house haritu, aku dah beli salah satu darinya. heee ^_^ . Nanti ada kesempatan aku stori pasal rumah tu ye. Jom tengok gambar!






Kami dapat parking kat basement. Parking Free dan dekat dengan lif. Happy ok sebab xpayah menapak jauh2 sambil dukong cik bambam yang montel ditengah panas.



Inilah model saya. Abah dan baby















Bila tengok segala jenis bedsheet ni, alahai geramnya, rasa nak sangat beli. Tapi pujuk hati supaya bersabar, sale sentiasa ada okeh. Lagipun set bedsheet yang aku beli sebelum ni ada lagi 2 set tak pakai, yang orang hadiah kawen pun ada lagi 2 set tak bukak. Jadi jangan membazir ye. hihi




Semua barang untuk keperluan rumah disini. Cakap je apa yang korang nak. Bantal, katil, barangn elektrik, pintu dan tingkap, kitchen kabinet, dapur, carpet, cat, wallpaper, cermin, grill, semua ada...asalkan pulus mau ada oke.



Plug suis jenis ni macam satu benda baru, new technologi. Aku macam suka ja. Suka jala, xcakap nak beli pun.


























Pelbagai jenis pintu dan kunci




Perabot, katil, meja makan pun banyak. Suka la tengok. 




Mr. Husband suka meja makan jenis ni. Senang boleh pusing2 ambik lauk. hihi
Teringat time aku kecik2 dulu, Rumah datuk aku pun pakai meja macam ni. So design ni evergreen la kot aku rasa. But not bad, memang praktikal. Aku pun suka.






Besi penyangkut seperti di atas memang salah satu keinginan aku. Praktikal, jimat ruang dan harga mampu milik.



Macam-macam teknologi sekarang, pintu dan tingkap kaca jenis ni dikatakan tidak dapat dicerobohi perempok pencuri penceroboh dengan ciri keselamatan yang terjamin.













Best kalau dapat kitchen kabinet yang kat dalam dia boleh simpan dan buat ala2 macam peti ais. jimat space







FOTILE
Inilah jenama dan jenis dapur idaman aku!!!
Suka sangat setelah aku buat serba sedikit search tentang dapur termasuk hoob, hood dan oven. Kalau mampu nk yang ni ye encik suami ku tersayang. Cakap nak makan apa, akan ku masakan. 
^_^













Mula-mula ingat nak p makan kat Padang Kota ja, kesian kat baby Hanania, mana yang sempat jelah sayang, Aku dah menggigil kelaparan time ni. Baru tau macam nilah bila ada anak kecil. hihi. I'm a happy mother and wife. Love abah n baby always
^_^









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails