Salam, saya sekarang berada di Daerah Kecil Lenggong Perak bagi Modul Kajian Lapangan + menjadi anak angkat bagi sebuah keluarga yang sungguh baik hati di sini selama 2 minggu. Hari ini merupakan hari kedua terakhir di sini. Lenggong adalah sebuah daerah kecil yang cantik kerana kehijauan alam dan tasik yang sangat indah. Ketika menaip entry ini, saya sedang berehat di Masjid Nurhidayah @ Kg. Temellong kerana team saya telah menganjurkan satu program komuniti untuk masyarakat di sini. Saya beruntung kerana mempunyai sahabat-sahabat yang bukan sahaja baik malah yang datangnya dari pelbagai tempat yang berlainan kementerian, jabatan dan agensi ni, banyak perkara menjadi mudah kerana masing-masing ada kebolehan tersendiri. Yang penting kerjasama dan saling menerima kekurangan dan kelebihan dalam kumpulan.
Rasa nak cerita banyak sangat sepanjang tempoh 2minggu berada disini, tetapi masa tidak mengizinkan dan saya harus berangkat buat kerja lain. Opss setiap hari mandi air bukit yang sangat sejuk... hehe. KBYE.
Ni gambar hari ini
No comments:
Post a Comment