Salam, saya sedang menikmati ais krim yg lazat ini, perisa milo+susu anlene. Ais Krim ini adalah hasil buatan tangan saya untuk bersahur pada pagi tadi sebenarnya, minuman panas susu chocolate la konon, tapi dah terjadi ais krim sebab tak terbangun pagi tadi. Alkisah , semalam malas nak diner, sbb baru petangnya menikmati cucur sedap hasil air tangan kakak ku sebelum pulang ke Putrajaya. Siap kakak aku bekal makan atas keta lagi. huhu. Kenapa bawak bekal? Pada mulanya aku nak balik lambat lagi, tapi langit yang gelap gelita memintaku agar bergerak lebih cepat sbb aku kurang selesa (fobia sebenaqnya) bawak keta dalam hujan lebat. Tidak mahu sejarah lama berulang. Silau la. So cucur yang baru digoreng pun xsempat sangat dinikmati. Hasilnya, sos cili bersama cucur panas menjadi bekal aku petang semalam. Amboih, panjang lebar sungguh aku dok karang perenggan nie, asal cerita ais krim dah tukaq pulak jadi cerita cucuq panaih.
Ok-ok, continue.
Semalam aku malas nak diner sebab dah kenyang dengan cucuq kakak aku. Aih, cerita cucuq lagi. Ishhhhh. Maka aku niat nak makan waktu bersahur jela, lagipun Mr.A janji nak kejutkan aku bangun sahur coz dia kata nak bagun kul 5.00 pagi bersiap dari rumah parents trus ke tempat kerja. So semalam aku bancuh la milo campoq susu anlene letak kat dalam peti ais. Sedap oo sahur ayaq sejuk. Hehe.
Ok, Mr.A kejutkan aku, tapi kul 6.30 pagi ler...bukan kul 5.00 pagi. Sahur angin jala aku. Dia kol aku sewaktu tengah drive menuju ke tempat kerja. Alasannya, sori sayang i terbangun kul 5 lebih dah tadi. Ok, maapmu diterima. Salah aku la sebab xkunci jam sendiri. "By, len kali gerak jala kul bape pun u bangun, i mesti bangun" huhu. Eh, jgn salah paham ye, bukannya hari2 Mr.A kejutkan aku, aku yg selalu kol untuk kejutkan dia, walaupun Mr.A ni agak liat nak bangun. Kadang2 ja aku mintak dia kejutkan aku kalau aku xyakin untuk bagun sendiri untuk hal2 tertentu. Tapi yang pasti, Mr.A lebih liat nak bangun kalau dikejutkan dengan menalipon. Dulu2, kalau dia tidur dirumah ibubapanya, aku sehingga terpaksa kol aunty untuk mintak tolong kejutkan Mr.A. Alahai sayang, kan i dah pesan, nak mudah bagun tidur kena niat dalam hati esok nak bangun kul brapa sampil tepuk-tepuk bantal tidur tu, jgn lupa baca doa at least kalau ngantuk sangat pun baca la Bismillah supaya tidur tidak diganggu syaitan. Heee, pandai aku nasihatkan Mr.A kan, aku pun kadang-kadang tak terbangun gak. hehe.
Kembali pada kisah ais krim milo+anlene.
Bancuhan perisa milo dan susu anlene itu telah ku letakkan di tempat sejuk beku, ku mmg dah aim nak menikmati bancuhan itu sebagai ais krim. So lepas berbuka tadi aku menikmati ais krim tersebut. Hehe, ok pe, daripada aku beli ais krim yang penuh berlemak krim dari jenama-jenama terkenal. So dalam ais krim buatan sendiri ini, aku dapat kalsium untuk tulang. ^_^
Sebelum lupa, bagi female atau perempuan atau wanita, tulang kita efective untuk mennyerap kalsium sehingga usia 30an. So mari lah kita menjaga tulang sementara masih ada ample time ini. kuikuikui ;p ( Fakta yang pernah ku baca, tapi sudah lupa dimana, silalah gogle ek ) Saya mmg minum susu dari zaman muda remaja ^_^. sekarang hati ja yang masih remaja :P
Aku berbuka puasa tadi dengan masak dikedai saja, tak sempat dan dah tak larat ekoran meeting yg habis lambat. Kul 6 lebih tadi pas habih meeting pun aku masih terhegeh-hegeh di opis menyiapkan perkara untuk meeting lain esok. Hisshh asyik meeting ja, bila keja len nak buat nie. Waktu nak balik tadi, bos ku masuk bilik serahkan satu lagi fail, dia pun puasa. Satu perkara yang agak ku kagum dengan bos ku ini, wanita pertengahan 30an, balik opis lambat, Solat magrib pun kat opis, tapi masih mampu masak nasik tomato untuk suami dan anak-anaknya. Terer oo dia masak, siap ofer nak ajar ak masak kat umah dia lagi. Macamana la dia boleh cope dengan segalanya ek, fikir-fikir balik, org yang xmenyungut dan tabah serta komited mesti akan berjaya dalam hidup mereka kan? Patutla awal 30an pun panggat dah gred 52. Sikit lagi JUSA weih. Untung laki bos aku Boleh kah ku begitu? InsyaAllah ^_^. Bukan pangkat yang dikejar tapi keredhaan.....
By, doakan i jadi isteri yang solehah tau nanti. Tapi kita kawen pas i habis kursus dulu ek, kehkeh, i tak mau kawen lagi sekarang sebab DPA punya pasal la....
serius aku pon sgt kagum dgn wanita berkerjaya yg dh penat keja kat opis, balik umah terus sambung memasak plak utk family..aku lak?hmmm..
ReplyDeleteaku lagi la syue...huhuhu
ReplyDelete