Monday, January 3, 2011

Good Bye 2010 & Welcome 2011 - (1432 Hijrah)

Salam, selamat tinggal 2010 yang penuh dengan kenangan dan keterujaan serta asam garam kehidupan. Tahniah Harimau Malaya champion for AFF Suzuki Cup :) , Welcome 2011, semoga hidup ini lebih bahagia dan dilimpahi rahmat dari-Nya. Moga dijauhkan dari kesulitan dan kesedihan. Semoga dijauhkan yang durja dan dilaknat itu. Ya Allah Ya Tuhan Ku, berkatilah hidupku,kedua ibubapaku, keluargaku serta mereka yang berada disekeliling ku. Amin.... : )

Azam di tahun baru? hehe, setiap kali masuk new year, kebanyakkan orang akan cakap bab azam dan tekad. Yang tahun lepas dah capai belum? korang camna lak? Hohoho.. saya? Tahun lepas punya azam. Serious, saya tahun lepas tiada azam. Boleh terima tak, saya tak ada azam tahun lepas. Beberapa faktor kesibukan diri, kerja serta nak menstabilkan emosi telah membuatkan saya agak lupa untuk apa yang nak dicapai tahun 2010. Serious, untuk 2010 saya tiada azam yang major. Banyak perkara atau peristiwa yang menyebabkan saya tidak fokus langsung untuk menetapkan satu target yang besar untuk 2010. Mungkin kekangan yang dihadapi sepanjang tahun lepas telah melupakan tentang kebiasaan azam besar yang nak dilaksanakan. Walaupun begitu, my life goes very well for 2010. Saya dah pindah rumah, in which i really hope to have a better place n cozy, have my own privacy, my own kitchen, :) saya sudah melaksanakan azam kecil saya . I cook everyday : ) . Telah mula membeli sedikit demi sedikit aset yang tidak seberapa mungkin :)

So for 2011, what's my target? yuhuuu... saya nak slim, opps bukan kurus kering, tapi memiliki jiwa dan badan yang lebih sihat, akal yang lebih berisi ilmu bermanfaat. Healty life style. Selain persediaan untuk ke DPA. Saya nak kembali pergi beriadah, kurangkan kesibukan dan balik lambat dari opis. Kalau aku sakit ada diorang kisah ? haa??Nak pergi swimming since my new house so near to the swimming pool. Tahun 2010 hanya boleh dikira brapakali saja saya pergi berenang, tu yang badan dah macam belon. Ada la yang berjanji asyik nak pergi, tapi mcm alasan pulak yang diberi, thats  YOU  make my life miserable , YOU know that hahh !!!. Tidak mahu mana2 insan memanupulasi diri serta fikiran saya. If you want to stay with me, follow Me, bukannya aku yang kena tunggu KO.  Aku yang sangat degil dalam diam. Yang sangat ego dalam diam, stop. 

Itu bab riadah serta kawalan emosi, bab lain, saya InsyaAllah mahu memperbaiki diri dari sudut kerohanian, target untuk tahun ini dan masa depan, saya nak memperbanyakkan berpuasa sunat. Puasa ganti jgn cakapla, itukan memang wajib, InsyaAllah dalam seminggu nak berpuasa sekurang-kurangnya dua atau tiga hari. Sunat Dhuha. InsyaAllah.Bukan riak mahu menghebohkan amalan, lagipun blog ni siapala yang baca sangat pun. Tapi lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya, ia menjadi "alarm" untuk saya. Saya mahu menjadi anak yang solehah, malah lebih baik dari sebelum ini, adik dan kakak yang lebih baik, kawan yang lebih "social" iaitu lebih kerap "berfoya-foya" dengan kawan2 lama dan baru. Ok maksudnya, saya mahu menjadi lebih prihatin dan kembali mesra bersama kawan-kawan yang sebelum ini  kurang bertemu. dan sudah semestinya, saya mahu lebih berjaya dan cemerlang dalam kerjaya. Saya mahu menambahkan ilmu sebanyak mungkin, seterusnya i can afford to serve the nation n people :) Cewah, banyaknya harapan. Ok bagi saya harapan dan impian adalah bagus kerana ianya bertindak sebagai ajen atau pemangkin kepada kejayaan. So this is me, and i'm back to the track. InsyaAllah.

One more things, plans for 2011, i wanna go for holiday, far far away. hehehehe. Bukan 2011 ja, malah untuk masa yang akan datang, saya mahu berjalan lebih jauh. Jauh perjalanan , luas pandangan. Tak gitu. I wish i could go  travel  in and outside this country. InsyaAllah.

Relationship with him? I pray for the best for both of us. Yes as we always know, all is in HIS hand. Ajal, maut, jodoh dan rezeki, malah segala-galanya di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang, dan sudah semestinya saya merancang dan berusaha untuk yang terbaik. InsyaAllah, saya sentiasa mendoakan yang terbaik juga buat si dia. Moga Allah S.W.T memberikan yang terbaik buat kita berdua. Semoga kasih sayang ini mendapat redha dari Nya.




6 comments:

  1. kembang tanda bahagia.hehe
    kak, hadiah cmne? ;)

    ReplyDelete
  2. pos jela pkh. i sent my address to ur email ok.

    ReplyDelete
  3. inyallah, everythings will be great n go smoothly. I'll pray the best for you.
    Amin.........

    ReplyDelete
  4. moge2 impian terlaksana ye kak ;)

    ReplyDelete
  5. Thanks so much for your wishes. May all of us will be blessed 2011 n forever :)

    ReplyDelete
  6. Nampak cute ja n xda beza pom!hehe
    Nuris,aku doakan semua yang dihajati akan tercapai..dan sentiasa berada di bawah lindungan Rahmat- Nya..Amin..

    ReplyDelete




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails