Monday, March 17, 2014

First Outstation

Cerita bulan lepas. First outstation after my maternity leave. Broken my heart. My precious 'terpaksa' daku tinggalkan bersama my mom n dad disebabkan tuntutan kerja. Kalau ikut hati rasa nak berenti terus dan focus untuk jaga anak saja. Tapi apakan daya, dan bagi memujuk hati terpaksa dan memaksa hati untuk menyukai apa jua yang harus dilalui bagi menjalankan tugas, kerana ianya juga adalah satu tanggungjawab dan amanah. 

Kali ni nasib berpihak kepada aku kerana tempatnya tidaklah sejauh mana, yang lain terpaksa travel jauh kali ni. Penang, here's we go.

Bayview Hotel, Georgetown















 Husband aku kata macamana nak beli katil saiz king sedangkan 
yang ada pun aku kecilkan. Alasan




  Ruang kerja ini sungguh praktikal untuk aku gunakan.


 TV yang sentiasa aku on. Biar bunyi bising sikit





 Hari siang yang mendamaikan. 


 Terima kasih penganjur kerana menyediakan tempat yang selesa. Jimat duit opis daku. 
Silakan lah menjemput saya lagi dan selalu-selalulah ^_^






Mr. Husband yang hantar kali ni dan dia ku paksa teman aku tidur untuk malam pertama. Pagi-pagi lepas nsubuh dia trus pergi kerja. Malam kedua terpaksa la aku tidor berseorangan,  paling aku tak suka ialah ada iklan cerita seram atau hantu. Kenapa ek, setiap kali aku dok sorang mesti ada iklan yang tidak berguna macam ni. I cuba juga menyibukkan diri membuat apa yang perlu, buku-buku dan segala nota aku keluarka dan letak secara berselerak atas katil, seolah-olah space yang ada cukup untuk aku sorang ja tido. Baca doa banyak2, pastu start membaca sampai la aku terlelap.

Jadual kali ini adalah sangat padat. Start pukul 8 pagi dan aku hanya boleh berehat masuk ke bilik selepas jam hampir 11 malam. Yes ada tea break, lunch and dinner. Tapi aku tak sempat snap apa2 pic pun time ni coz perlu bergegas to be always on time. Thank you organizer, jemputlah saya lagi ye. 






Wednesday, March 5, 2014

Wordless Wednesday





miss u my little angel


posted from Bloggeroid

Show House & Rumah Idaman

Salam,

Bulan lepas aku pergi tengok show house. Tengok-tengok dulu cuci mata. Hihi. Baru ada masa dan kelapangan lepas bersalin. Sebelum ni time balik kesini aku tengah sarat, so tahleh panjat dah tangga tinggi-tinggi. Lepas habis pantang nie pun aku panjat tangga show house ni pelan-pelan ja.


Tepi rumah


Living hall

pandangan dari atas tangga

ruang makan dan ruang tamu

tangga





master bedroom



Show house ni Semi-D 2.5 storey. Bawah satu bilik, tinggat ke dua ada 2 bilik, tingkat ke 3 master bedroom dan ruang keluarga. Sorry lupa nak snap pic dapur dan yang lain2. hehe. Tanya kat pak guard yang jaga, rumah ni reganya  RM600k ++. Ok aku takat tengok jelah. Cuci mata pun best gak. Kalau nak beli pun semua unit dah habis kata pakcik ni. Bukan dalam budget estimation aku sampai harga lebih setengah juta. 2.5 tingkat? Aku kalau boleh taknak rumah banyak tangga, tua esok takut tak larat panjat. Rumah parents aku tu pun tak larat nak mengemas. Aku nak rumah yang lagi kecik dari rumah parents aku. Sumpah aku tak rajin macam diorang. Small n simple is ok for me asalkan bersih, kemas dan teratur. Tapi design rumah macam ni aku suka, aku tak nak perabut or hiasan yang sarat, tambah pulak rumah ala2 baliness, taktau la kot2 esok tua aku jadi berkenan pulak. Aku just nak yang modern n simple ja. Yang penting senang nak mengemas, mop lantai, sapu sampah. Paling penting harganya mestilah dibawah kemampuan, allocation untuk rumah mestilah tak melebihi suku gaji atau 1/4 ja. haha. Susahkan nak jumpa rumah cantik dan murah. Nak cantik tapi kedekut. Bukan kedekut, tapi financial controller. Mr.hubby pening dah ngan aku. haha. Terima kasih sayang sebab layankan je wife you. ^_^ 


Tuesday, March 4, 2014

Holiday Trip :: CNY2014

Salam

Ini adalah entry yang telah terabai dalam draf, baru perasan. So layan jelah ^_^

Sempena cuti Chinese New Year 2014 haritu, aku  telah bercuti ke Pahang, Gambang Water Park. Ini merupakan percutian pertama Hanania. My little princess sangat baik sepanjang perjalanan ke sana. Memang sah la anak aku ni suka naik kereta, senang je tidor. Kalau tak tido pun asyik nak tengok luar. Percutian kali ni bersama family kakak kakak ku. 3 little family. Small family gathering, dari utara, barat dan timur kami bertemu di sini. Holiday kali ni selama 3 hari 2 malam.


Pandangan dari atas bilik: Gambang Water Park:


She's so happy


Our little Family


3 Princess are happy to meet each other  



Selfie

Katil besar, suka sangat




Setiap bilik ada tv












 Everyone's enjoying this holiday trip. Alhamdulillah semuanya ok, berjalan lancar walaupun jam dekat genting sempah. Bilik, hotel semuanya bersih dan teratur, i'm satisfied. Best dan seronok dapat berkumpul macam ni. Gambar main air takde kat aku. Tapi yang tak best adalah orang yang terlalu ramai. Hazab sangat beratur 3 jam semata-mata nak beli tiket. Kesian kat abg ipar aku sampai kaki sakit. Makanan yang asal xdibenarkan bawak masuk, boleh masuk time nie sebab pekerja dia pun dah xkuasa nak check. Siap dengan selamba bawak bakul 2 3 bijik bakul raga isi makanan. Kami yang xbawak apa2 terpaksa la membeli. Hazab satu lagi sebab makanan nak kena beratur panjang dan xcukup. Nasib aku belasah beli ja apa yang ada. Cukup la untuk kami semua. Aku xnak dah g holiday time cuti macam ni. Overall we are happy with this holiday, small family garthering. Until we meet again.




Friday, February 28, 2014

27 February





Roses from my mom garden


I wish to be a good wife & mother like her. You are the the most caring, loving, kind person that i ever meet. You put no limits on my dreams or anything else I wish to do. You have always put in your last with love and my whole life is not enough time for me to repay you. . Your little girl is growing up but your baby girl will always remain deep inside me.  I love you forever mom. Please pray n doa for me.

Thursday, February 27, 2014

Truly Deeply




My Baby Syayang 
She's my angle 

Tuesday, February 11, 2014

Dress For Sale


Dress For Sale
Saiz M & S
email: blissblossom@yahoo.com









D.P.A Convocation PICC Putrajaya


Location: PICC Putrajaya
Date      : 07 January 2014

Salam,

Awal bulan lepas, majlis convocation aku. Walaupun rasa macam ragu-ragu untuk travel jauh sbb tengah berpantang, aku gagahkan jugak diri. Benda ni sekali ja seumur hidup dan rindu nak jumpa kawan-kawan. Ada orang tanya aku kenapa sekali ja seumur hidup, sebabnya aku rasa takkan ada yang nak pergi untuk kali kedua. Cukup lah sekali ja hazabnya. Tapi lepas setahun lebih berlalu, pengalaman yang pada ketika itu rasa hazab bila dikenang jadi satu kebanggaan, bittersweet memories in life n carrier. Aku bukanlah sport women or jenis kaki hiking, broga pun x sempat naik (walaupun dh berkali dirancang bersama member) nah tiba2 ko dipaksa naik Gunung Ledang. Wajib no alasan2 okey. Bagus jugak, kalau tak sampai mati la aku xkan panjat mana-mana gunung or bukit. Start pendakian jam 12 tengah malam, hanya mengharapkan torchlight member, kasut sukan biasa dengan tracksuit dan baju lengan panjang nipis. Baju yang sama beberapa jam lalu yang telah merentas desa beberapa km dan berenang dalam tasik, tidur atas pasir lombong dan berakit dalam paya dan bertempur dalam lumpur. Badan mmg dah lemah, ingatkan bala dah habis, nah bala sebenar baru sampai bila sedar sampai kaki Gunung Ledang. Kalau mengharapkan keupayaan fizikal mmg dah lama mati. Yang membolehkan aku meneruskan pendakian hanyalah semangat, yes semangat dan ketahanan mental menolak tubuh kau meneruskan pendakian. Ada member yang putus ligamen dan macam2 lagi. Semua tu hanyalah penderaan dalam 4 hari pertama, dan bayangkan selama 28 minggu dengan pelbagai bentuk latihan dan ujian. Haha, xsudah pengalaman kalau nak tulis kat sini. Tak kuasa aku. I'm proud to completed my course. Deepeeaaa, walaupun tak suka, tapi byk memberi ilmu, pengajaran dan pengalaman yang tak mungkin dapat dibeli. PRICELESS!!

Kami sekeluarga (me, husband, doter n in laws) bergerak dari utara tanah air ke Putrajaya awal pagi. Mula-mula risau jugak nak bawak my baby travel, baru ja umur brapa hari n aku pun belum kuat, Alhamdulillah my baby ok n suka berjalan rupanya. Memang tak meragam langsung sepanjang perjalanan. Cuma aku sakit sikit sebab pakai heels 2 hari. Kalaulah aku mintak kebenaran untuk pakai flat ja, mungkin xsakit. Kami stay kat Hotel Puspanitapuri Persint 10, rate kawan husband dapat la RM180 pernight. Kami stay  3 hari 2 malam. Memandang aku masih cuti bersalin, maka jimat la cuti aku. Husband bayar awal sebelum pergi lagi without my consent. Zaman dulu RM100 pernight kalau tak silap member ada bagitau. Takpalah, not bad bilik dia. Sunyi n damai.  Next time kalau ada event or meeting yang perlu aku attend lagi , aku akan try Everly Hotel , just next to Alamanda. Senang nak makan, shopping n dapatkan teksi incase aku tak pergi dengan kereta sendiri. Paling penting rate dia tak la mahal, yang mana aku rasa lebih berbaloi dari tempat aku duduk ni. Tapi takpalah, support persatuan kan, walaupun aku belom jadi member. Hehe.

Happy jumpa member semua walaupun ada gak yang xsempat borak sebab ramai sgt coz konvo kali nie combine skali ngan batch junior. Member bekas seopis ngan aku pun aku xnampak. huhu. Harapnya bila dia nikah nanti dengan seseorang yang terkenal dia jemput la aku. Tak sabar nak tengok baju dia nanti. Mesti meriah macam baju RCW. Hoho, terover lak aku. Parents aku xdapat pergi konvo aku kali ni walaupun aku nak sangat. Aku tak kisah sangat sebab aku faham kesibukan parents aku dan ada hal yang lebih penting. Kalau saja2 tak datang mmg aku merajuk, haha. Biasa la aku kan anak bapak..Yang penting, certificate dah dalam tangan. Doa restu mereka sentiasa ada dengan aku. I love my mom n daddy. Thanks a lot to my parents in laws, sejak dah pencen ni senang ajak diorang jalan, best gak ada orang tua ngan kita, tambah bila bawak baby. Diorang lebih arif n the best part my parents in laws ni supporting. Aku ada masa berdating ngan husband berdua giteww.

:: Hotel Puspanitapuri Persint 10 ::

Bilik n toilet ok, bersih n selesa. sunyi damai ja.


:: Raptai & Konvo ::

*Ada banyak lagi pic ngan member kesayangan semua tapi xboleh
diupload pulak whatever i love u olls #hasnah dayah n d gang#
*special guess my schoolmate Madihah. tqvm syayang kamu
:: Familia ::



Wednesday, February 5, 2014

Pengalaman Bersalin Kali Pertama - Part 2

Salam, sambungan dari entry  ini selepas hampir 2 bulan dalam draf, cepat2 nak settlekan entry ni sebelum dah tak ingat sepenuhnya.

Day 2

Pagi-pagi lagi nurse datang untuk check aku, diberi ubat lawas, selepas tak sampai 5 minit 2 biji ubat disumbat, aku terus ke toilet. Tak ingat waktu ni ada cucuk or tak. huh..kesan terputus urat atau aku yang dah tua ni. Lepas aku siap membersihkan diri nurse datang untuk bawak aku ke labour room menggunakan kerusi roda. Sampai ja delivery suite, dekat kaunter nurse2 semua tanya aku samada aku dah sakit nk bersalin, yelah orang expect aku akan bersalin tengah malam sebab dah dimasukkan ubat. Tapi aku jawab belum lagi, xrasa sakit pun lagi. hehe. Delivery suite ni ada beberapa bilik kecil yang aku boleh panggil labour room. Dekat sini aku dibaringkan atas katil semalam, tunggu nak push saja. Sekali lagi dibuat CTG untuk tengok jantung baby dan contraction progress aku. Baju ditukar, pakai baju hospital, baju ala nak masuk operation room. Ko kena buang semua, dan pakai hanya baju hospital ni.Tangan cucuk untuk masukkan air dan ubat. Dipasangkan gelang tag pada pergelengan tangan, No.20. Nanti baby lahir pun akan pakai tag no yang sama ^_^

Selepas itu doktor aku iaitu Dr.Zuraini, pakar sakit puan yang femes kat utara (tak ramai pakar sakit puan orang perempuan) datang untuk check aku lagi termasuk check bukaan. Orang lain aku tak tahu, tapi bagi aku memang SAKIT rupanya walaupun hanya untuk check bukaan. Sakit la, dah tak ada bukaan lagi. 1cm pun belum buka. Kalau kau kata pengalaman kau 'eh, xsakit lah', mungkin yang kau punya dah ada bukaan, sebab tu tak sakit.

Peralatan CTG dipasang untuk memantau contraction aku dan jantung baby. Air dimasukkan ke dalam badan, beserta ubat induce (untuk membuka laluan dalam erti kata lain 'paksa') Sakit rupanya contraction ni ye. Di atas katil aku dah mengiring kiri kanan, ya Allah kalau senggugut tu dh sakit guling2 atas katil sampai keluar air mata, sakit contraction ni lebih la, yang pernah alaminya ja yang faham. Dipendekkan cerita, aku melahirkan zuriat buat suamiku melalui emergency operation. Serious aku macam dah tak brapa ingat dah, yang aku ingat sikit2 ialah suami dipanggil untuk sign document2 tertentu sambil katil aku kena tolak masuk OT. Aku pun kena sign, tp dah x serupa sign sebenar jela time tu. tgk balik kompem hudoh sign aku tu. Aku takut sebenarnya time tu, sebab tak pernah terfikir pun kena bedah. Kegagalan untuk bius separuh badan, aku totally dipengsankan sepanjang operation. Sedih tau.

Aku hanya dapat tgk baby aku pada hari kedua. Tuhan ja yang faham. Serious aku rasa org disekeliling aku xfaham hati dan perasaan aku time tu. Tempoh berpantang untuk dua minggu pertama adalah satu cabaran dan dugaan yg sgt berat aku rasa. Bukan sebab berpantang tu, tapi sebab susahnya aku nak dapat bf baby aku sendiri. Nak dapatkan bonding antara aku dan baby. Nasib masih ada iman di dada, kalau tak sebakul maki hamun terkeluar kot. EH, dh merepek ni.

Pada pandangan aku, KMC adalah sebuah tempat yang bagus jugak untuk bersalin, doktor n nurse baik2 belaka. Penjagaan pun elok. Tapi....tapi kan, yang aku tak berkenan adalah ibu dan baby tak dapat duduk dalam bilik ward yang sama. Baby diletakkan di nursery baby. Kalau nak menyusu kau kena turun tingkat bawah, baby mmg tidak akan dibawa ke bilik ibu langsung, kita boleh ambik baby pun bila time discharge saja. Untuk yang bersalin normal ok la kan, nurse or husband boleh tolong tolakkan, Tapi yang kena operate ni aku xberkenan. Nak mengiring pun sakit, camna nak turun bawah walaupun guna wheel chair. Dalam nursery pulak, hanya ibu dan ayah baby yang boleh masuk n pegang baby. Nenek atok semua sila tgk dari cermin saja ok. Mungkin salah satu sebab kenapa KMC buat macam ni adalah untuk menjaga baby supaya berada dalam persekitaran bilik nursery yang bersih dan selamat. Tapi, u olls boleh cari alternatif lain. Nak bersalin next time nanti aku akan fikir balik untuk bersalin kali kedua kat sini. Aku sanggup xbest yang lain asalkan baby ada dengan aku.

Kos bersalin. Aku rasa ramai yang tertanya-tanya kos bersalin kat sini. Samalah macam aku dulu, meng'gugel' gak pengalaman orang lain yang bersalin kat sini dan ongkos yang perlu disediakan. Aku faham dan i will let u know about Kos bersalin di Kedah Medical Center Alor Setar. Kos bersalin secara normal di KMC mengikut pengalaman adik ipar aku yang bersalin 2 bulan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2013 adalah lebih kurang RM3,600 +-. Adik ipar aku masuk pagi hari dan discharge petang keesokkannya (2 hari 1 malam) , bilik single. Kos bersalin aku pulak adalah lebih kurang 3 kali ganda kos adik ipar aku. kira la sendiri. Bilik single jugakkan aku pun. Kos aku mahal dari biasa adalah sebab aku stay pun sampai 4 hari 3 malam n emergency operation pulak tu. Tapi bagi yang mmg dah tahu ada risiko kena bedah dan mmg plan untuk dibedah, kosnya adalah sekitar RM5000-RM8000. Boleh pergi tanya KMC sendiri. Terkedu jugakla aku n husband, sebab bajet around RM5K, tengok-tengok 5 digit. huhu, It's ok, yang penting semua selamat kata husband aku. Satu lagi nasihat aku, pastikan korang ada cash ye. Sebab kadang2 sistem untuk credit card diorang down. Husband aku mmg dah simpan siap2 cash in hand 5k, nasib ada lagi cash dalam atm kami berdua. kalau tak, mau cuci pinggan kat sana. haha. Plan asal aku saja  nak guna credit card sebab nak dapatkan point. Lepas tu bayar terus la kan supaya tak dikenakan interest. Tips dari blog member satu sekolah dan satu universiti ngan aku http://faizhamsidi.wordpress.com/ . Korang sila la browse blog ni dan baca, byk info berguna since dia pun mmg kerja n dh jadi expert dalam bidang ni. Anak2 dia pun alahai kiut miut. Sila pergi baca n follow.

Walaupun byk lagi aku nak sharing sepanjang duduk di KMC, mood aku sudah ke laut la. kalau nak tgu versi penuh mau 2 tahun lagi baru publish. Nanti la ek, kayuh pelan2 sudah. Aku tak lari kemana pun. Sekarang keterujaan nak stori pasal my doter n cooking passion

Sunday, January 19, 2014

Hi 2014

Salam 2014

Wah, pejam celik dah separuh Januari 
Hati nak tulis banyak entry baru
Tapi tak menyompek la eden
Aku xtau la, kalau dulu aku kata busy, sekarang ??
More respect to all mummies out there!
Baru dua bulan lebih berstatus mak orang
Bertambah sayang aku kpd mak aku
Baru sikit rasa penat jerih seorang ibu
Belum campur bab2 lain lagi
Ya Allah, Tempatkanlah ibuku di syurga tertinggi
MOM I LOVE YOU MORE!

tag: i dont need to mention my mom on FB because she have no FB account.
Dont mention that you love your love ones only on FB, call, meet, talk n hug them to show your loves.
Appreciate them in the way they feel it!




My doter, my little angel, my bundle of joy already 2 months








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails