Friday, December 23, 2011

12 Jam Yang Mencemaskan.

Entry dikarang ketika mood tengah bosan sementara menantikan satu panggilan telefon yang penting. Tajuk entry tak boleh blah kan. Haha. Maka teruskan pembacaan anda.

Waktu sedang asyik menonton satu rancangan di television semalam (malam jumaat), tiba2 blackout dan loceng amaran kebakaran berbunyi xhenti selama beberapa jam di apartmen kediaman ku ini. Perasaan pada mulanya terkejut sampai aku jadi bosan dan marah. Lama betol la deringan amaran tu berbunyi. Aku keluar jugak jenguk2 kot tingkap dan pintu. Tak dak la pulak latihan ke apa ke. Jiran aku tu bgtau selalu jugak loceng tu bunyi petang2 time balik keja. Kenapa aku xtahu yang loceng amaran kebakaran tu selalu berbunyi? Nak dikatakan balik keja lambat sangat tak la pulak. Sampai rumah time magrib atau selepas magrib ja selalunya. Tidak la dua tiga hari ni aku balik lambat sangat. Memang tak penah dengar.

Last-last aku ambik keputusan kol jelah TNB Careline 15454 untuk buat report. Yela, kalau takda siapa yang bertindak esok pagi aku jugak yang susah nak pergi keja coz baju dan tudung memang tak iron lagi. Time aku kol tu ada gak operator tu tanya seluruh blok ke blackout, hmm, aku mmg xpasti la seluruh ke separuh ke. Aku malas la nak jadi pak guard malam2 nak round semua tempat. Aku jawab aku xpasti adakah semua blackout. Lima minit pastu nampak no opis area Putrajaya call, TNB Putrajaya la agaknya. Soalan sama diulang tanya kat aku, dan aku jawab xpasti. Org TNB tu suruh aku call maintanance dulu, katanya kalau the whole block baru bawah selenggaraan TNB, kalau tidak tanggungjawab itu dibawah selenggaraan pihak service maintanance apartmen. Aku bgatau operator tu aku xdak no service apartmen. Dia suruh aku pegi tengok dalam lif, katanya ada no kat situ. Hello cik abang or pakcik, jam dah nak dekat kul 1 pagi semalam, (malam jumaat lak tu) lagi mau suruh aku jenjalan cari no tel? sorang-sorang? hahaha, memang tidak la. Torchlight or lilin pn aku cari tak jumpa. Hanya mengharapkan cahaya dari sumber bateri laptop dan henfon ja.

Kalau ye pun aku ada torchlight, aku tetap tak akan pergi cari no tel tu sorang-sorang masuk lif ok, kalau lif tu tertutup dan saya terperangkap di dalam siapa nak bertanggungjawab? sebenaq nya aku takut benda len sama. huhu. Aku ada tanya siapa lagi buat aduan/report kat TNB Careline ni area2 umah aku? Dia kata aku sorang je. OOOOO... Pelik juga, orang lain tak kisah ke ada letrik ke tak ek? Operator tu kata akan kol balik aku dalam masa 10 minit lagi selepas aku dapatkan no tel tu. Aku pesan kat dia, "Encik tak payah la kol saya lagi, melainkan saya yang kol encik ok" DEAL. Tak kuasa dah aku time pagi2 buta nak berkawad cari no tel lak. Yang ak geram satu lagi, apartmen kuaters aku nie dah ada pondok pak guard n of coz la ada guard2 jugak kan...., diorang wat pe ha??? Aku komplen nanti kot. Xoxo

Malam tidur x bukak kipas pun xde hal. Nasib musim-musim hujan nie sejuk je. Alhamdulillah, aku bangun pagi esok elektrik dah ada. Boleh bersiap lawa-lawa ke pejabat seperti biasa. hahaha.

Nak dijadikan cerita, pagi Jumaat tengah sedap bekerja loceng amaran kebakaran kat opis berbunyi...pulak...Nak tak nak semua wajib la turun dan selamatkan diri. Semua termasuk yang sedang bermeeting ka, jumpa menteri ka, bersembang ka, makan ka, taip surat ka, sapu sampah ka, semua lah wajib turun dan selamatkan diri masin-masing konon2 nya la.

Dalam masa tak sampai 12 jam aku kena dengar loceng amaran kebakaran ni. Perfect. Rumah dan Pejabat. Lepas nie, nak simpan elok2 semua no telefon yang penting2 dan senang dicari bila nak guna. Nak beli torchlight, lilin dan mancis. Yang nie pun mak ayah dah pesan banyak kali pasal tochlight ngan lilin nie, diorang pesan letak tempat senang cari dan capai. So next time dengar la cakap ibubapa ye adik-adik. Sekian.

Thanks to Mr.A yang selalu jadi penyelesai masalah aku. TQ bagi no TNB Careline tu ok. Berjasa untuk seluruh penghuni apartmen.

Thursday, December 22, 2011

Nur Az-Zahra Amanda Is Turning 1 Year Old

Alhamdulillah, puteri comel sudah berusia setahun pada bulan Disember ini. Senang nak ingat birthday dia, masuk je tahun baru Islam, genap lah setahun lagi. Sangat cerdik dan cergas. Alhamdulillah, aunty doakan Zara sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Jadi anak yang solehah, dan semoga menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Aunty sayang Zara!

cik kak penyibuk cuba nak capai belon.


Rasa nak gigit je pipi ngan tangan tu.
Nur Al-Zahra bersama ibunya iaitu kakak ku tersayang. Terima Kasih mama zara sebab bawak balik chocolate yg byk untuk kami semua, tapi aunty dapat sikit je. huahuahua.

Sukan+Ria Explorace With Friends At Taman Botani Putrajaya


Salam, tajuk diatas saja ditulis untuk menggambarkan perasaan TT (read:tuan tanah) ketika bersuka ria bersama teman-teman dalam game 2 minggu lepas. Amboih lambatnya entry diupdatekan, xpa asal jadi kenangan.

Pada mulanya hasrat nak join explorace nie terencat lepas aku tgk antara game yang tersenarai di satu checkpoint adalah 'makanan pelik'. Damm, aku nie fobia sikit ngan makanan-makanan pelik nie. Pecal Lele kesukaan seseorang (MR.A) pun aku dah kategorikan sebagai makanan eksotik, nie pulak kalau nak makan mata itek half raw! itu baru mata itek , kalau dia suruh makan macam dalam rancangan 'Fear Factor' kang! Haha, memang tak la kan. Jangan Harap aku akan sentuh. Kadang-kadang feling-feling diva anak mak Datin ada gak.

Selepas dipujuk oleh Sha, barulah aku n KB berubah fikiran. Sha janji dia yg akan menjamah dan menjamu selera segala makanan pelik-pelik tu, xpun kita tak payah makan. Masuk nie kan just for fun. Ok, persetujuan dicapai dan yuran penyertaan RM50 dibayar. Bangun pagi seawal jam 5.30 untuk bersiap, kononnya game nak start awal. Ok fine. Tapi xdenyer nak start awal kan. Cam biasala. Sha and KB nie mmg dua orang sahabat yang sungguh berdisiplin. Kalau aku sorang, jawabnya lagi 15 min kul 7 pagi je la aku bangun.Sha mmg pekerja contoh, kalau tak takkan dia dapat APC . Hehe. FYI, group kamilah yang bertama sekali sampai dan tercegat kat taman tu. Lenkali biar aku lak yg jadi urussetia, siapa lambat denda, STS ok.Hahaha

Dari mula lagi aku tak menaruh harapan untuk menang pun, masuk just nak enjoy. Tapi dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya semangat semakin membara. Aisehh. Ditambah ketua kumpulan adalah bekas komander. hahah. Laluan senang tapi jauh ada  xmau guna, bukit bukau juga aku panjang bersama Sha n KB. Lawak la ingat balik. Aku yang bagi idea tu plak. haha. Habis bertanah pakaian. Fun, fun, fun .Fair.

Ada beberapa perkara yang boleh ambil iktibar and learn new things. That's good enough for me. So target tercapai untuk aktiviti kali nie. Fun, burn some calories, enjoy with my friends, meets some of them that u rarely see n i menang cabutan BERTUAH! hahah.

Pemenang utama adalah group dianggotai kaum Adam, semua pemenang  kot lelaki kalau xsalah aku. Mana terlawan dengan kudrat kami kaum Hawa. Alasan je tu, hehe, padahal penat xmau lari2 dah diasaat akhir. Game kali nie habis dalam tengahari. Ok la, separuh hari lagi boleh berehat. Sebelum tahu siapa yg menang beskal tu, ada gak sembang-sembang camana nak bawak balik kalau dapat. haha. Last-last xdapat. Kui..kui..

Thanks so much to Sha n KB diatas kerjasama dalam kumpulan.Maaf juga atas segala kelemahan dan kekurangan I. ^_^  Love u guys!


hadiah idaman kalbu ada 3, beskal, oven dan buku 'A Doctor In House'

Tuan Tanah tiada dalam gambar. Sahabat2 yg fokus.

Bertuah badan dapat 'tupperware' free. Alhamdulillah



.

Thursday, December 1, 2011

Selamat Bertunang Ayu,

Salam, this is a short entry for my friend. 
Congratulation ok Ayu.
Ayu cakap entry post aku nie berguna untuk anak cucu dia nanti 
kalau-kalau gambaq bertunang hilang, 
boleh suruh cucu-cucu dia gogle blog aku ja. Hehehe.




Tuesday, November 29, 2011

Dari Pengulas Yang Tidak Expert.

A Few days back...

Salam, terdetik nak buat entry nie lepas keciiwa Malaysia kalah ngan Bahrain Ahad lepas. Ku sampai sanggup xjoin family ke wedding anak kawan parents kat DF malam tu padahal beria-ia parents aku ajak join. Sorry uncle, anak uncle yg len kawen saya pasti attend. 

Kembali soal kekalahan Harimau Malaya (atau Harimau Muda? yang penting Malaysia jugak kan) ku agak keciiwa, siapa tak keciiwa kan? Dari mendahului 2-0 sehingga saat-saat terakhir kena benam ngan 3 gol dalam masa 6 minit ja! minit last-last pulak tu. Wei macam mimpi je, sekelip mata! Adik aku siap boleh buat lawak suruh aku gogle Bahrain news esoknya kot-kot keluar kat berita diorang dengan tajuk "10 players, 3 gols in 6 minutes ". Itu rezeki dari Allah s.w.t untuk mereka. Sama la macam kita, apa-apa pun Tuhan boleh bagi dan ambik balik dalam sekelip mata.

Nak ulas lebih-lebih xmau la, i'm not dat expert. Tapi pujian haruslah jugak kuberikan sbb permainan kira oriat la dari awal game, cuma tang hujung-hujung lepas byk player bertukar ganti. Nazmi punya gol cantik di mata aku. Gol kedua Malaysia dari pemain pertahanan?!. Bagus-bagus. Selebihnya aku tak reti nak komen sebab aku sendiri xbrapa nak tegar dan terer sgt dgn bola sepak nie. Walaupun agak kecewa (siapa tak kan??) dengan kekalahan ini, tapi aku tetap sokong Harimau Malaya selamanya! Teruskan sokongan anda kepada team pasukan bola sepak Malaysia ok ! kali ini kita xde rezeki menang, InsyaAllah next time make sure try sebaik mungkin ok ^_^.  Tunggu Harimau Vs Samurai pada 22hb February 2012.

Kisah apek lak, aku xpeduli dengan siapa dia mahu bercinta atau bermain cinta. Yang penting jaga gawang gol elok-elok sudah, bola jangan bolos. Satu lagi, ini bukan untuk apek ja, untuk semua. Kalau dah famous dan menjadi public figure tu, jagalah imej dan perangai elok-elok, ini kerana, mungkin ramai yang jadikan kita contoh. Berikanlah contoh yang baik dan terbaik, respect dari masyarakat pasti menyusul. Prestasi bagus, perangai pun cantik, mmg ummmphh lah!

Sekian.
Dari Pengulas Yang Tidak Expert.


Lepas habis game trus aku tweet apek.




Wednesday, November 23, 2011

Tujukan Khas Buat

Rindu pada mereka.

Cucu Bongsu setakat November 2011.

Putera Sulong & Puteri Tengah





Saturday, November 19, 2011

Hidup Kita, Kita Yang Pilih.

Salam, hi.

I'm writing this entry special for a friend of mine, and her name is Ayu. Hai Ayu, if you are reading this, i would like to say that Wardah and I miss u so much. Since u're left the office forever as the staff, there is no more 'tiga sekawan'. No more ........

Keadaan tidaklah se 'fun' dulu, walaupun ku tahu akulah yang paling 'tidak fun' compare to both of you. I know the song, but i did't care who's the singer rite??  hahaha. What's d kinda boring friend i'm rite ? Walaupun bagitu, itulah aku. Boleh? hehe

Ayu, i wish all the best for you. Seorang yang sanggup dan berani untuk mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai pegawai di dalam skim perkhidmatan yang org kata the most elite scheme in the goverment sector demi kepuasan dan kehendak jiwa mu. Ku tahu bukanlah satu keputusan yang mudah bagimu. Sebagai kawan, ku fahami keinginan itu. Good Luck  ok . Selamat Bertunang jugak on this 26 November. Upload and email me ur pic banyak-banyak ok ^_^. Pilih negara yang jauh-jauh sikit. Aku nak  tumpang bermain salji. Nak kutip dan petik buah epal dan anggur sama-sama.


pic from gogle

pic from gogle



Tak kisah dimana or apa pekerjaan kita, elite or not bukan bersandarkan gaji, berapa dah tangga gaji kau, or gelaran jawatan, tapi apa yang dapat kita sumbangkan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain serta keiklasan dan kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Biarlah orang tak nampak, biarlah orang tidak puji or they did't know how much we put effort on it, tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui. 

Untuk diriku yang masih tidak banyak ilmu, tidak cekap lagi, tidak terer, dan baru setahun jagung. dan saya yang tidak pandai mengampu. oh sifat ini ku minta dijauhi Saya masih berusaha dan sedang berusaha untuk segala-galanya. Yes, I'm trying. I wanna gain more knowledge and experiance. Sudah semestinya!

Ya Allah, jauhilah aku dari sifat-sifat yang melalaikan dan riak. Sifat dengki, mengumpat dan fitnah. Berikanlah aku rezeki yang halal bersama rahmat dan keberkataan Mu. Jauhilah aku dari manusia yang mengancam keselamatan jasmani dan rohani diriku di dunia dan akhirat. Aku tidak mahu berada dekat dengan mereka. Ringankanlah tubuhku untuk melaksanakan ibadah Mu. Semoga aku sentiasa mengingati Mu dan takut pada balasan-balasan di akhirat kelak.



Nota Untuk Diriku & Sesiapa Yang Membaca:

- Jangan menabur fitnah kerana fitnah itu ibarat dosa membunuh. Jangan membuat cerita yag tidak benar. Jangan suka bergosip kerana gosip pasti akan adanya umpatan, perempuan banyak dineraka kelak kerana dosa-dosa yang tidak kita sedari, mengumpat dan mengata. Walaupun sering kita buat lawak tentang dosa kering, ingatlah yang dosa itu tetap tercatat di buku amalan kita.

- Jaga Solat.

- Rajinkan lagi diri buat kerja.

 Saya mahu lebih positif setiap hari. InsyaAllah. Doakan saya.

Terima Kasih

Thursday, November 10, 2011

Berpilow Talk, Dulu Dan Sekarang.

Setelah mengambil cuti selama 2 hari sempena Raya Haji nie, rasa sedih dan pilu menyelubungi diri ketika bertolak balik ke Putrajaya. Perasaan itu masih sama rasanya macam nak balik bercuti dari rumah ke asrama sekolah zaman dulu-dulu. Huhh, cam budak2 kan aku nie.  mom said: camna nak kawen nie...

Asalnya aku nak batalkan je cuti hari nie dan kembali bekerja. Pagi kemarin bos kol, lantas teruslah fikiran aku menerawang teringatkan macam2 perkara. Nie yang rasa nak balik cepat2 ke opis. Tgh fikiran dok nak bersiap-siap "pack" barang nak balik, baru perasan ada mcm2 perkara perlu disettle kan dulu. Kalau nak balik on the day..kesian la pulak dekat keluarga, dah la aku nie antara yang paling jarang ambik cuti, nak balik pun kena ambil kira bajet untuk petrol, tol, dan maintenance keta. Haruslah ku kena berkira-kira sebab semua kos itu ditanggung sendiri, kalau rumah setakat 2-3 jam aku x kisah sgt..nie. Prince - N.K Daerah B yang jauh tu tau tak!??.  tambah aku lak yang drive..lagi la lama nak sampai kan..pulus pulak, xdak ratusan xbleh balik ok.  Keletihan badan nak drive pun kena la ambik kira sbb aku sorang ja dalam keta tu. So kalau setakat cuti sehari ja, buat membazir dan buang karan ja la. (bebelan untuk diri sendiri + emo).

Raja Aidiladha kali ini tidak berjumpa pun dengan Mr.A. Ucapan melalui henpon dan FB ja. Mr.A sibuk tolong sembelih lembu dan melapah daging korban. *_* .Baguih la tu kan. Kena blajaq-blajaq. Esok-esok bila dah ada keluarga mertua kena la jadi Kampung Boy. selain dari panggilan boy ja.Takpa la Mr.A, kita jumpa sebulan lebih lagi la time orang balik Haji pulak. dah raya haji xjumpa   -_-

Perenggan keempat, baru nak masuk tajuk utama. HUHH. Waktu-waktu camni, aku nak bersembang aka pillow talk dengan best friends pun dah xboleh. Byk best friends dah kawen. MOST OF THEM. Kang kalau aku kol kena lessing lak dengan laki diorang. Weh, sungguh terasa bezanya pillow talk dulu dan sekarang. 

Rite now i need to talk with somebody.

SOB.SOB.










Tuesday, November 1, 2011

Ceritera Hari Bahagia My Best Buddy ^_^

 

9 Oktober 2011 - 91011
Congratulation To My Best Buddy
Wardah n husband
I Wish Both Of You Will Be Happy Forever
With Many Kids Boys and Girls
May Our Friendship Remains Forever
Aminnnn..

layanz the picas..
























"Tuan Tanah" as background. hehe      












p/s: To wardah, i'm so sori coz could't attend to ur akadnikah ceremony. i sampai ngam2 u baru selesai akadnikah. Tolong maapkan temanmu as u know coz i'm really busy on the 3days before ur bigday. U know y right. Khamis n jumaat tanpa tidur almost 48 hours before PM announced the Budget 2012. hari sabtu lak i bertugas for budget proof reading with 4 others. so..so..so.. saya pengsan selepas itu....itu pun nasib saya perkasakan diri bangun jugak. thanks to ayu yg tolong drive. kalau harap i yg drive mmg masuk longkang la. watever... love u and may our friendship remains forever ok. aku doakan ko dapat anak2 byk2, n meh tuan tanah nak pesan lagi nie, iklas... kalau rasa nak marah selawat byk2,  sabar byk2, somaga menjadi isteri solehah dan dikurniakan anak2 yg soleh. to apip, jaga wardah baik2, sabar byk2, xmao dgr hal yg bukan2. family first ok. ceh, aku lak nasihat byk2. mau apit ngan wardah ketuk pala aku kang. watever.. i wish all the best for both of you. doakan aku plak selamat ke dpa n balik dengan selamat pastu kawen. hehe.

Wednesday, October 19, 2011




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails