Thursday, November 10, 2011

Berpilow Talk, Dulu Dan Sekarang.

Setelah mengambil cuti selama 2 hari sempena Raya Haji nie, rasa sedih dan pilu menyelubungi diri ketika bertolak balik ke Putrajaya. Perasaan itu masih sama rasanya macam nak balik bercuti dari rumah ke asrama sekolah zaman dulu-dulu. Huhh, cam budak2 kan aku nie.  mom said: camna nak kawen nie...

Asalnya aku nak batalkan je cuti hari nie dan kembali bekerja. Pagi kemarin bos kol, lantas teruslah fikiran aku menerawang teringatkan macam2 perkara. Nie yang rasa nak balik cepat2 ke opis. Tgh fikiran dok nak bersiap-siap "pack" barang nak balik, baru perasan ada mcm2 perkara perlu disettle kan dulu. Kalau nak balik on the day..kesian la pulak dekat keluarga, dah la aku nie antara yang paling jarang ambik cuti, nak balik pun kena ambil kira bajet untuk petrol, tol, dan maintenance keta. Haruslah ku kena berkira-kira sebab semua kos itu ditanggung sendiri, kalau rumah setakat 2-3 jam aku x kisah sgt..nie. Prince - N.K Daerah B yang jauh tu tau tak!??.  tambah aku lak yang drive..lagi la lama nak sampai kan..pulus pulak, xdak ratusan xbleh balik ok.  Keletihan badan nak drive pun kena la ambik kira sbb aku sorang ja dalam keta tu. So kalau setakat cuti sehari ja, buat membazir dan buang karan ja la. (bebelan untuk diri sendiri + emo).

Raja Aidiladha kali ini tidak berjumpa pun dengan Mr.A. Ucapan melalui henpon dan FB ja. Mr.A sibuk tolong sembelih lembu dan melapah daging korban. *_* .Baguih la tu kan. Kena blajaq-blajaq. Esok-esok bila dah ada keluarga mertua kena la jadi Kampung Boy. selain dari panggilan boy ja.Takpa la Mr.A, kita jumpa sebulan lebih lagi la time orang balik Haji pulak. dah raya haji xjumpa   -_-

Perenggan keempat, baru nak masuk tajuk utama. HUHH. Waktu-waktu camni, aku nak bersembang aka pillow talk dengan best friends pun dah xboleh. Byk best friends dah kawen. MOST OF THEM. Kang kalau aku kol kena lessing lak dengan laki diorang. Weh, sungguh terasa bezanya pillow talk dulu dan sekarang. 

Rite now i need to talk with somebody.

SOB.SOB.










Tuesday, November 1, 2011

Ceritera Hari Bahagia My Best Buddy ^_^

 

9 Oktober 2011 - 91011
Congratulation To My Best Buddy
Wardah n husband
I Wish Both Of You Will Be Happy Forever
With Many Kids Boys and Girls
May Our Friendship Remains Forever
Aminnnn..

layanz the picas..
























"Tuan Tanah" as background. hehe      












p/s: To wardah, i'm so sori coz could't attend to ur akadnikah ceremony. i sampai ngam2 u baru selesai akadnikah. Tolong maapkan temanmu as u know coz i'm really busy on the 3days before ur bigday. U know y right. Khamis n jumaat tanpa tidur almost 48 hours before PM announced the Budget 2012. hari sabtu lak i bertugas for budget proof reading with 4 others. so..so..so.. saya pengsan selepas itu....itu pun nasib saya perkasakan diri bangun jugak. thanks to ayu yg tolong drive. kalau harap i yg drive mmg masuk longkang la. watever... love u and may our friendship remains forever ok. aku doakan ko dapat anak2 byk2, n meh tuan tanah nak pesan lagi nie, iklas... kalau rasa nak marah selawat byk2,  sabar byk2, somaga menjadi isteri solehah dan dikurniakan anak2 yg soleh. to apip, jaga wardah baik2, sabar byk2, xmao dgr hal yg bukan2. family first ok. ceh, aku lak nasihat byk2. mau apit ngan wardah ketuk pala aku kang. watever.. i wish all the best for both of you. doakan aku plak selamat ke dpa n balik dengan selamat pastu kawen. hehe.

Wednesday, October 19, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Gambaran Hari Kiamat...

Saya share post ini dari FB, peringatan untuk diri sendiri dan kepada yang lain....


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) ya...ng memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thursday, September 29, 2011

List three jobs you’d consider pursuing if money didn’t matter.

Dapat tagging dari kawan aku, Faiz.

Kalau ikutkan hati lebih dari tiga pun boleh. Biasala aku mmg teringin nak buat macam-macam. Dah orang kata tiga, maka tiga jelah dulu yang aku  bagitau mengikut mood dan horman ketika ini. hahah ^_^


1. Lecturer, byk benda aku nak membebel kat students buat masa nie.






2. Photographer



3. Backpakers, travell all over the world, n then blogging d experiance!
bukukan,   (^_^)

Beberapa Baris Ayat Dan Patah Perkataan.

Sekali sekala saya ok, kadang-kadang saya boleh tahan, tapi kalau selalu;

Saya tak suka perkara yang remeh-temeh
Saya tak suka bercakap perkara yang remeh-temeh
Saya tak suka perkara yang mengarut
Saya tak suka bercakap perkara yang mengarut

Saya tak suka buang masa ke atas perkara remeh-temeh dan mengarut

Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan atau masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

Selalunya?
xpernah masuk langsung ke dalam telinga mahupun ingatan ku.

Maaf, memang style aku begitu dari dulu.

Sekian.

Tuesday, September 27, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Harimau Vs Samurai

Dinner Time , Malas , Nak Yang Senang,
Harimau Vs Samurai
0-2

(ada kaitankah pic ini dengan game semalam? )







Sunday, September 18, 2011

Selesai sudah....

 Program Penilaian Professional (PPP)

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus akhirnya aku berjaya menyiapkan kertas cadangan dan juga membuat pembentangan di hadapan panel penilai. 

Walaupun banyak suka duka (cewah) untuk menghasilkan dan menyiapkan tugasan ini...sampai raya aku x pi mana la.... x pi mana pun penat gak melayan tetamu yang berduyun-duyun tiba... 

Nak citer lelebih tentang tugasan ini aku xmau la jadi lebih sudu dari kuah. Nak bercerita lanjut pun bimbang adakah perkara ini satu maklumat atau perkara yang tidak boleh dikongsi umum. Aku pun xpasti adakah PPP ini penganti kepada PTK. So tunggu jelah apa kata pihak JPA. Yang penting aku sudah selesai dan hanya perlu menghantar laporan susulan kepada pihak JPA. 

Alhamdulillah..... terasa satu beban buat masa terdekat ini sudah berkurang. Sekarang hanya nak tunggu bagi Bajet 2012 selesai, aku yang telah ditugaskan untuk perkara tertentu berharap semuanya akan berjalan lancar... InsyaAllah.... To all my junior aku ucapkan selamat ber 'PPP'  ok. GOOD LUCK ^_^

Luahan Hati : Panel Penilai best on the date, rasa tenang dan confident je aku buat presentation walaupun banyak soalan-soalan yang mencabar semunya sbb aku bertugas ditempat hot kot? yeke, uhuk atau mungkinkah sebelum ini aku dah kena hentam terok dengan very2 pihak atasan waktu wat presentation dulu? So semuanya jadi hikmat sebab kali ni aku lebih bersedia,berani dan confident  Terima Kasih Allah ... Syukur Alhamdulillah.

Setiap Kejadian ada hikmahnya. Kita berdoa dan berusaha yang terbaik. Selebihnya kita Tawakal. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja :)

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri MaaF Zahir Dan Batin..., to all muslimin dan muslimat walaupun lambat wish...hehe. Coz i'm bit bizies...InsyaAllah will update my blog with a few stories.. InsyaAllah.......



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails