Friday, August 26, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam. Semoga ibadah kita diterima oleh Nya dan mendapat keberkatan.

Thursday, August 18, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah


       Nama: Ms.Whiteapple
Hobi : Membaca


Sunday, August 14, 2011

Her day, Nur Iman Dania turn into 6 ^_^

On 13 July 2011, my niece NUR IMAN DANIA turn into 6 years old. Lets the picas do the story telling. Enjoiceeee.........
(dis is the late entry post.......)
i love dis garden


table for the guess












goodies bag for the kids

aunty is n the camera

dania birthday cake

daniel posing cam dia punya birthday...hahaha




Wednesday, August 10, 2011

Fikirlah dulu.

Salam, pelbagai ragam dan warna kehidupan yang kita lalui setiap hari. Terpulang kepada diri masing2 bagaimana untuk menguruskan setiap dugaan dan rintangan. Jangan mengambil jalan mudah dan singkat yang bakal mengundang risiko di kemudian harinya. 

Besar perbezaannya diantara "perjudian hidup" dan "pelaburan hidup". Ianya sama juga dengan perkara melibatkan "duit". Jangan cakap "investment" selagi kita tak pasti atau mengambil tahu apa yang kita buat. Sekiranya terlibat dalam sesuatu urusniaga yang kononya "investment", buat semakan, atau sekurang-kurangnya rujuklah dengan yang lebih pakar dan sah disisi undang-undang, "investment" yang disangkakan pada mulanya mungkin sebenarnya adalah 'gambling'. Kalau xtahu, bertanyalah. kalau tidak, sesat jalan dan membinasakan diri sendiri. Judi adalah haram disisi agama. Dari segi undang-undang pun salah. Apa-apa pun, ambillah langkah yang bijak sebagai manusia yang mampu berfikir dengan waras dan berilmu.

Kadang-kadang menasihatkan atau berbincang/berdebat dengan orang yang tidak ada ilmu ini lebih susah dari orang yang mempunyai ilmu. Kita mungkin akan kalah. (*_*) Kalah bukan kerana kita tidak ada ilmu, tetapi sebab insan2 tersebut tidak mahu menerima fakta dan hanya mahu tujuannya tercapai. Apa-apa pun, sebagai insan yang bertanggungjawab sesama muslim, kita dah laksanakan apa yang sepatutnya.

Dari segi perjudian hidup atau pelaburan hidup pula, sama juga dari segi financial/duit diatas. Kita pasti akan meminimalkan risiko dengan mencari yang terbaik atas ciri-ciri tertentu. Untung atau rugi dan bagaimana perjalanan yang akan kita tempuhi adalah ketentuan Ilahi.

Untuk perenggan ini nak komen sikit tentang kisah Elia, si jejari runcing dan Gol Keeper terbaik Malaysia buat masa ini. Semoga masing-masing mendapat apa yang terbaik lepas ni. Tabah juga elia nie. xpela elia. both of u ar still young. Kejarlah ilmu dan penuhkan didada masing-masing. Perjalanan masih jauh, tempuhilah ragam kehidupan sebaiknya.   

Dulu               : Memang sangat perit bila ditipu dan dicurangi. Hanya tuhan yang tahu.
Sekarang       : Alhamdulillah, terima kasih Allah dengan segala kenikmatan dan rezeki yang Engkau curahkan
Masa Depan : Ya Allah, permudahkanlah hidupku dunia dan akhirat. Limpahilah dengan kasih sayang dan  rahmat Mu.

Kita merancang dengan sebaiknya, hanya Allah Penentunya...Usaha Doa Tawakal.


* Kepada insan tertentu, saya tahu kamu mungkin membaca blog ini walaupun ku tahu xfemes langsung .Tolong hentikan email ke fb saya. Dan tolong juga hentikan fake acc fb semata-mata nak ada saya. Saya xkan balas. or let u in....Kisah yang lalu, saya xmau kenang dan ingat. Pergi jauh-jauh. I have my own life to deal with.....tq.

Wednesday, August 3, 2011

Stadium

Salam, ini adalah cerita beberapa minggu yang lalu. Cerita bola. Friendly match Harimau Malaya vs Arsenal. Sesungguhnya, ini adalah yang pertama kalinya tuan punya badan masuk Stadium Bukit Jalil. Betul la, my first time tau tgk bola live nie. Aku ada la sedikit jakun, ye jakun. hahaha. Best gak masuk stadium nie rupanya. Tapi lagi best kalau tiada tiupan 'serunai Africa' (vuvuzela= yeke cam nie nama nya). Aku yang kebetulan sudah deman beberapa haritu pergi jugak la tgk. Lagipun Mr.A sanggup turun sini semata-mata nak tgk pasukan pilihan dia. Tiket pun dah beli. Apa-apa pun timekasih ye Mr.A belanja saya tgk bola. Saya seronok la! ^_^. Cuma xbrapa sronok waktu Mr.A tinggalkan saya sorang-sorang kat tempat duduk untuk pergi solat n toilet. Berhampiran saya ada jugak 'geng gagak' (semua gagak itam kan) dok tiup2 menatang alah tu, aku mmg rasa nak pitam, member Mr.A iaitu abang Maizan yang pergi tgk jugak terpisah tempat duduk seat lain, so mmg aku dok sorang dengan perasaan yg rimas dan sesak napas walaupun xda la sesak napas betul2. Len kali nak pegi tolong la jgn tinggal saya sorang2. Dah la beribu org kat situ. takut gak.Tambah pulak Mr.A kembali ke seat agak lambat, camna kalau dia lupa tempat duduk? haha.Tapi dia kembali bersama bekalan minuman dan kuaci. Serious saya enjoy juga kali nie, cuma demam saya yang berlarutan dan sakit kepala sejak beberapa ketika buat saya nak pitam. Saya mungkin lebih enjoy kalau tiada tiupan yang bergema betul2 tepi telinga aku tu, haisshh. rasa nak sepak gagak2 tu. Mr.A awalnya xsedar aku demam dan tak larat.Lepas tgk aku monyok semacam baru dia tahu aku xsihat. Tambah lak sindrom period pain kan.  To Mr.A, thanks again, jgn serik bawak saya tau. i'm happy wit u ^_^


Aku ambik cuti on that date, sbb kalau aku xcuti, aku rasa jgn harap aku nak keluar on time dari opis dan menuju ke stadium dengan traffic yang mmg jem la kat ctu.

Petang sebelum hari kejadian, aku telah ke pasar untuk membeli brg2 dapur buat nak masak untuk Mr.A, Asalnya nak masak daging dengdeng , tapi aku tukar menu beli bahan2 masak sambal udang petai ja. Atas nasihat seorang staff aku yang kata aku berkemungkinan kena deman denggi, aku pun beli la sekor ketam untuk buat sup untuk mengkebahkan kuman-kuman denggi itu. Tima kasih "kak F" kerana bagi nasihat hari tu, kalau x aku mungkin dah masuk ward. Pada hari yang dijanjikan, Mr.A yang janji nak lunch dengan aku tiba dah waktu tea time ja, kami bawak bekal tu makan kat taman berhampiran rumah aku sebelum bertolak ke stadium. Nasib aku xbrapa  larat marah orang. Kalau x mesti Mr.A dah kena bambu. Tapi mengenangkan dia travel jauh2  dtg untuk jumpa aku, mungkin dia penat, so aku pun menjadi seorang yang penyabar dan bertimbang rasalakan. Mana nak dapat awek cam aku ha... hahaha. (kat mr.a??)

Habis ja game kami trus balik, waktu dalam keta ada la member Mr.A dok bagi tips bagaimana nak jadi pekerja cemerlang. hahahha, tq a.maizan. Hmm, kalau nak tau sebelum habis game lagi, aku menyedari kamera Mr.A hilang dari dalam handbag aku. Waktu tu aku mmg dah bengang, aku syak org belakang. Cis! mmg xhalal sapa curik! nasib mr.a cool ja, katanya dah xdak rezeki!  dia bagi aku sorang ja dok mengamuk kat situ, kalau dua-dua mengamuk camna? Odw balik, kami singgah kedai makan. aku dah xingt restoren apa. Ok la jugak makanan dia. Tapi yang xbrapa ok ialah aku jumpa balik org yang dok belakang aku tadi. Dengan muka aku yang mmg dah garang nie, aku buat satu jelingan tajam kearah mereka. Mr.A kata, "sudah, xpayah dok jeling camtu  kat sapa2 dah pun pasni"

Aku : "OK".



Episode 2

Balik dari kerja keesokan harinya

Demam aku xilang2, pegi  klinik doc ckp kelenjar tiroid bengkak. alahai.......sampai bila......dulu dah buat operation buang tonsil. Xpa la, sakit itu dtg dari Allah, semoga dapat membasuh dosa2 aku. Aku redha ja.

Tima kasih Mr.A, tolong bawak saya g klinik, rasa terharu la pulak. Sebelum nie kalau aku sakit semua uruskan sendiri.    ~Tapi Mr.A bukan slalu ada disini........

Balik dari klinik Mr.A bawak pegi makan sup, pastu layan aku ngada nak makan yogurt kat ice-room Bangi. Bukan slalu pun kan. xsalah bagi muka lebih2 kat awek u skali skala. hahaha


TQ Mr.A,
-saya sedang mengira dari tarikh ini untuk jumpa lagi  time raya.  ^_^ (saya suka buat mata kartun nie)
-jangan gatal2 disana. ~

Friday, July 29, 2011

ho..ho..

nak updated pelbagai perkara, tapi masa + mood tidak mengizinkan.
InsyaAllah, i will....
soon

1. cuti
2. dating ngan Stadium
3. Dania bday party.

ok2, will remember.

Tuesday, July 19, 2011

Duhai malam

Aku bukanlah seorang penyajak handalan, apatah lagi seorang penyair agong.




Liku kehidupan telah ku tempuhi
Perjalanan ini membawa ku kesini,
Tanpa ku sangka mulanya lagi
Berdiri disini bersama ketabahan hati

Kepada Tuhanku Yang Maha Esa
Hanya padamu ku berserah
Ku terima dengan redha segala ujian dari Mu
Ku bersyukur atas segala nikmat

Jauhnya jarak hidup ini
Tanpa kutahu dimanakah penghujungnya
Kumohon Kasih sayang Mu disepanjang hidup ini
Berikanlah kekuatan dan petunjuk atas baki kehidupanku

Monday, June 27, 2011

Kisah Ais Krim Berkhasiat hari ini.

Salam, saya sedang menikmati ais krim yg lazat ini, perisa milo+susu anlene. Ais Krim ini adalah hasil buatan tangan saya untuk bersahur pada pagi tadi sebenarnya, minuman panas susu chocolate la konon, tapi dah terjadi ais krim sebab tak terbangun pagi tadi. Alkisah , semalam malas nak diner, sbb baru petangnya menikmati cucur sedap hasil air tangan kakak ku sebelum pulang ke Putrajaya. Siap kakak aku bekal makan atas keta lagi. huhu. Kenapa bawak bekal? Pada mulanya aku nak balik lambat lagi, tapi langit yang gelap gelita memintaku agar bergerak lebih cepat sbb aku kurang selesa (fobia sebenaqnya) bawak keta dalam hujan lebat. Tidak mahu sejarah lama berulang. Silau la. So cucur yang baru digoreng pun xsempat sangat dinikmati. Hasilnya, sos cili bersama cucur panas menjadi bekal aku petang semalam. Amboih, panjang lebar sungguh aku dok karang perenggan nie, asal cerita ais krim dah tukaq pulak jadi cerita cucuq panaih.

Ok-ok, continue.

Semalam aku malas nak diner sebab dah kenyang dengan cucuq kakak aku. Aih, cerita cucuq lagi. Ishhhhh. Maka aku niat nak makan waktu bersahur jela, lagipun Mr.A janji nak kejutkan aku bangun sahur coz dia kata nak bagun kul 5.00 pagi bersiap dari rumah parents trus ke tempat kerja. So semalam aku bancuh la milo campoq susu anlene letak kat dalam peti ais. Sedap oo sahur ayaq sejuk. Hehe. 

Ok, Mr.A kejutkan aku, tapi kul 6.30 pagi ler...bukan kul 5.00 pagi. Sahur angin jala aku. Dia kol aku sewaktu tengah drive menuju ke tempat kerja. Alasannya, sori sayang i terbangun kul 5 lebih dah tadi. Ok, maapmu diterima. Salah aku la sebab xkunci jam sendiri. "By, len kali gerak jala kul bape pun u bangun, i mesti bangun" huhu. Eh, jgn salah paham ye, bukannya hari2 Mr.A kejutkan aku, aku yg selalu kol untuk kejutkan dia, walaupun Mr.A ni agak liat nak bangun. Kadang2 ja aku mintak dia kejutkan aku kalau aku xyakin untuk bagun sendiri untuk hal2 tertentu. Tapi yang pasti, Mr.A lebih liat nak bangun kalau dikejutkan dengan menalipon. Dulu2, kalau dia tidur dirumah ibubapanya, aku sehingga terpaksa kol aunty untuk mintak tolong kejutkan Mr.A. Alahai sayang, kan i dah pesan, nak mudah bagun tidur kena niat dalam hati esok nak bangun kul brapa sampil tepuk-tepuk bantal tidur tu, jgn lupa baca doa at least kalau ngantuk sangat pun baca la Bismillah supaya tidur tidak diganggu syaitan. Heee, pandai aku nasihatkan Mr.A kan, aku pun kadang-kadang tak terbangun gak. hehe.

Kembali pada  kisah ais krim milo+anlene.

Bancuhan perisa milo dan susu anlene itu telah ku letakkan di tempat sejuk beku, ku mmg dah aim nak menikmati bancuhan itu sebagai ais krim. So lepas berbuka tadi aku menikmati ais krim tersebut. Hehe, ok pe, daripada aku beli ais krim yang penuh berlemak krim dari jenama-jenama terkenal. So dalam ais krim buatan sendiri ini, aku dapat kalsium untuk tulang. ^_^

Sebelum lupa, bagi female atau perempuan atau wanita, tulang kita efective untuk mennyerap kalsium sehingga usia 30an. So mari lah kita menjaga tulang sementara masih ada ample time ini. kuikuikui ;p ( Fakta yang pernah ku baca, tapi sudah lupa dimana, silalah gogle ek  ) Saya mmg minum susu dari zaman muda remaja ^_^.   sekarang hati ja yang masih remaja :P

Aku berbuka puasa tadi dengan masak dikedai saja, tak sempat dan dah tak larat ekoran meeting yg habis lambat. Kul 6 lebih tadi pas habih meeting pun aku masih terhegeh-hegeh di opis menyiapkan perkara untuk meeting lain esok. Hisshh asyik meeting ja, bila keja len nak buat nie.  Waktu nak balik tadi, bos ku masuk bilik serahkan satu lagi fail, dia pun puasa. Satu perkara yang agak ku kagum dengan bos ku ini, wanita pertengahan 30an, balik opis lambat, Solat magrib pun kat opis, tapi masih mampu masak nasik tomato untuk suami dan anak-anaknya. Terer oo dia masak, siap ofer nak ajar ak masak kat umah dia lagi. Macamana la dia boleh cope dengan segalanya ek, fikir-fikir balik, org yang xmenyungut dan tabah serta komited mesti akan berjaya dalam hidup mereka kan? Patutla awal 30an pun panggat dah gred 52. Sikit lagi JUSA weih. Untung laki bos aku Boleh kah ku begitu? InsyaAllah ^_^. Bukan pangkat yang dikejar tapi keredhaan.....
By, doakan i jadi isteri yang solehah tau nanti. Tapi kita kawen pas i habis kursus dulu ek, kehkeh, i tak mau kawen lagi sekarang sebab DPA punya pasal la....


 

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

To My dad, happy father's day. Dik Is n all of us love u so much!
We'll always pray for you! Thank You For Everythings
^_^


(bgn awal hari nie semata-mata nak jadi org yg paling awal wish kat daddy, sesudah subuh tros kol, tapi rupanya si my sis telah memotong q dengan jadi org yg lebih awal. Hmm, next time sebelum sembahyang subuh kol dulu kalau nak jadi org paling awai. tak gitu cik Nur Hanis? ^_^)

Tuesday, June 14, 2011

Gegaran Atau Mimpikah

Bangun seawal 4 pagi dan bersiap untuk menjalankan tugas. Setiap jam terbangun untuk memastikan diri tidak terlambat bangun dan kesudahannya, tuan badan tidak memperolehi tidur yang cukup dan berkualiti. Bertolak dengan menaiki teksi yang sudah awal-awal di booking menuju ke KLIA pada mulanya membuatkan hati ini agak geram dengan pemandu yang sampai agak lambat. Cari rumah xjumpa katanya, saya pulak yang nak kena bagi direction, itu membuatkan hati ini dipanaskan pada waktu subuh yang masih belum menjelma. Ok fine, cuba sejukkan hati supaya menjadi lebih tenang. TQ to my Mr.A and my sister yang xhenti2 kol untuk mengejutkan saya bangun pagi tadi, n sori sbb waktu both of u kol, tuan badan tengah bersiram. Mr.A yang agak risaukan saya kerana menaiki teksi seorang diri pada pagi yang gelap gelita sanggup menemani saya walau hanya dengan panggilan telefon sehinggalah saya selamat sampai ke Airport. Thanks sayang! To My beloved mom yang juga kol pagi2 buta untuk makesure i'm ok^_^ camla i baru 1st time.hehe, xpe2 saya suka. anggaplah bila2 pun firstime ja, saya suka dimanjai.hehehehe.

Motip karang esei nie sebenaqnya nak citar pasal gegaran pagi tadi. Nak dijadikan cerita, i nak la lelap mata kejap la dalam flight tapi my angan-anagn agak xjadi sebab pesawat tu agak terhoyong-hayang ja. Waktu flight balik pun sama ja petang tadi, lagi terok ada la. Cuak gak la, heran, dok pikiaq, MAS nie hired pilot apa klas nie. Saya yang mmg dah terlelap dan termimpi sampai terbangun la. Sebaik ja mendarat n on hp, H kol n maklumkan ttg gempa bumi yang melanda Sumatra. So takziah pada mangsa-mangsa yang terlibat. Kita yang selamat dan aman tenteram disini, fikir-fikirkan lah nikmat yang telah kita perolehi, Bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ni dengan menghargainya dan menjaga apa yang kita ada pada hari ini. Esok-esok kita tidak tahu takdirNya.

Takutnya..........



Ya Allah, pelihara dan selamatkan lah kami dari segala bencana dan siksaan api neraka............

aminn....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails