Tuesday, April 8, 2014

Musim Bunga Di Alor Setar






Nikmat & rahmad selepas kemarau. Memandu sepanjang lebuhraya ke Utara tanah air, bagaikan berada di negara matahari terbit, Jepun. Macam bunga sakura ja, cantik sangat. Ni aku tak dapat nak ambik gambar dengan cantik sebab sdg drive. Subhanallah, nikmatnya. Syukur Alhamdulillah.
posted from Bloggeroid

Wednesday, March 26, 2014

Island BBQ & Steamboat

Salam,

Awal bulan march haritu aku telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami ku di FRIM Sg. Buluh. Sebelah malamnya kami pergi makan steamboat di Island BBQ And Steamboat Kg.Subang. Milik sepenuhnya bumiputra muslim. Apa yang boleh aku katakan adalah murah, banyak pilihan dan sedap. Untuk warga emas dapat half price. Ada banyak jenis seafood, ada mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, nasi lemak, mee kari. Ice-cream ja kena order asing. Ok sgt la dengan harga tak sampai RM 25 seorang. Kali ni pak mertua belanja anak menantu semua. Yang best kali ni adik husband aku bawak sekali awek baru dia.  Terima kasih dik kerana tolong pegang kejap my princess. Baik budak ni. So family gathering sebelah suami cukup korum la, siap bawak bakal menantu lagi u. Ok. Layan yela gambar di bawah. Nak pergi lagi. I is orang biasa, mana-mana tempat makan yang sedap mesti la nak try, tambah pulak kalau sedap lagi murah kan. Orang kayo lain la, 5 star je memanjang. Tak kisah la 5 star or tak de star, janji ada duit ko pergi jelah kan. Enjoy your life.

Eh, sorry. 


























Monday, March 24, 2014

:: Show House:: Double Storey Terrace/Semi-D

Salam,

Last month punya cerita. Aku sekarang suka jalan-jalan cuci mata. Window shopping. Termasuk la ke show house. Sekarang tengah kumpul idea untuk mendeko rumah sendiri. Sekarang aku dan suami  menyewa rumah sementara boleh pindah masuk rumah sendiri. 





Ruang tamu dan ruang makan




Pandangan dari atas

Tiles jenis besar 2x2


Ruang santai tingkat atas

Ruang atas

Bilik tidur utama

Build in wardrobe master bedroom

Bilik mandi master bedroom

Mater bedroom

Second bedroom

Dapur

Bilik tidur keempat

Dapur




Rumah ni cantik walaupun deco untuk show house ni tak lawa bagi aku. Aku tak minat langsung dengan sofa dan meja makan dalam show house ni. Mungkin orang lain suka, tapi tidak untuk aku. Curtain dan hiasan lain pun kurang menarik minit aku, Tapi rumah ni sgt cantik kalau hiasannya tak berat macam ni. Mungkin perlukan warna yang lebih lembut. Rumah ni besar in real, kalau kena gaya akan nampak cantik dalam gambar. Aku suka rumah ni in real, cuma perlukan sentuhan yang lebih modern n simple. Its just my two cent personal opinion. Jom nanti kita jenjalan lagi ok. ^_^

Wednesday, March 19, 2014

My Baby



My Baby girl 




Inilah perasaannya bila menjadi seorang ibu...tidak ada ayat mahupun perkataan yang sempurna bagi memgambarkan kebahagian bila menatap wajahnya kali pertama, melainkan rasa syukur yang tidak terhingga sehingga kini. Sungguh besar dan tidak ternilai kasih sayang Mu Ya Allah kepada hamba-hamba Mu ini. Semoga aku dan suami diberikan petunjuk dan sentiasa dirahmati agar mampu menunaikan tanggungjawab dalam membesarkan amanah Allah ini dengan penuh kasih sayang. Tiada ibubapa didunia ini yang tidak mengharapkan kebaikkan untuk setiap anak mereka, semoga anak mama sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang cerdas dan bijak, hati dan akhlak yang baik, menjadi anak solehah. Dijauhi segala musibah dan kejahatan dunia akhirat. Semoga mendapat kejayaan dunia akhirat. Hanania, semoga nama mu yang kami berikan menjadi doa buat dirimu setiap masa. Hanania, yang dikasihi Allah. Amin...

Handbag & Red Colour

Semenjak dah jadi mak orang ni aku rasa macam suka ja dengan handbag warna merah orange dan seangkatan dengannya. Kasut pun berkenan betol warna yg sama.


posted from Bloggeroid

Tuesday, March 18, 2014




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails