Sunday, March 10, 2013

Majlis Pertunangan - My Enggagement Day

Salam,

I know, this entry was too late to publish. But I had been promised to some of you. A big hug and specials thanks to my sisters & family. I just put some effort on this special day because that course n assingment make me feel like a crazy busy women. Oh goshhhh.... luckly i'm not! My W.Planner make a lot effort to suit my dreams, with help from my sis, she managed to do it all. At this time I'm not able to think about my dress, tudung, hantaran or pelamin anymore. I did't hang up any kol if on that time i'm focusing on my task or maybe I'm scare of the 'love letter'  from them. haha. kerja gila n menyesal sbb xpedulikan majlis sendiri. If only Doremon is real, i would want to ask for his help by lending me his stuff. hahah. lagi gilo!  Atau mungkin aku xkan pilih tarikh yg dekat sgt dengan kegilaan waktu tu untuk buat majlis penting dalam hidup aku. Ok sebelum byk lagi membebel,  nah silakan melihat dan jgn muntah sambil mengumpat, opsss.

I put a lot of effort to google all this picture from here n there in my lappy.

Disebabkan gambar2 ni xikut susunan story telling bila di upload, maka terpaksalah aku buat byk entry.

Part One

Tuesday, February 5, 2013

January 2013

Officially Husband & Wife

Salam and hi to everyone
 I'm now officially A wife to Mr.A
Alhamdulillah

Banyak saya berhutang entry 
Entry dan pic Majlis Pertunangan pun saya belum buat
Tup-tup sekarang dah kawin. hehe
InsyaAllah semua entry tu akan menyusul.

Tuesday, January 1, 2013

Kisah Akhir 2012

21 Disember 2012 akhirnya aku berjaya menempuh pahit manis suka duka dan pelbagai cabaran dalam DPA. Tahniah untuk semua rakan-rakan seperjuangan, yes aku ucap tahniah kerana berjaya menamatkan  DPA ini. Kita semua jumpa time convocation nanti. Sekarang aku faham kenapa setiap senior officer yang dah melepasi tahap DPA ni rasa puas dan lega. Tidak dilupakan buat rakan kami yang terkorban sewaktu menjalani DPA ini,  AL FATIHAH buat Arwahyarham ALDY HASMI ABU HASSAN. Tqvm to my friend shikin kerana tolong hantarkan tesis aku yang terakhir pada 26.12.2012 dan dengan leganya assingment aku yang terakhir siap aku emailkan pada En. PP pada tengah malam 1 a.m, 31.12.2012 (30 pages).
DPA, kerana engkau aku yang kuat telah disinggahi penyakit lelah@asthma, keletihan yang teramat sewaktu bulan pertama berada di intengah tidak akan aku lupakan, sukan@physical tranning (PT) pagi2 buta sesudah sahur dan sukan di  petang hari sewaktu bulan Ramadan 2012 yang digelar 'Tempur Badar' juga adalah satu pengalaman yang akan aku ingat sampai bila2. Otak hampir jammed memikirkan pelbagai tugasan yg perlu disempurnakan dalam keadaan tubuh yang dilanyak to the limit. Sideroll n crawling sebesar padang bola sepak di belakang DSG berkali-kali sampai aku muntah tapi kena sambung balik buat sideroll n crawling yang mana sebelah malam kami ada table etikat, balik kena menapak bukit dan tangga di intengah untuk mandi & basuh baju guna tangan dan bersiap untuk aktiviti esok. Sidang aku yang merempat untuk berehat di surau kerana tiada bilik, peraturan bag pack tak boleh digalas dan blazer tidak langsung dibenarkan dibuka ketika sejuk mahupun panas di bawah terik matahari. Berangkut barang setiap hari naik bas pagi2 buta dah bagun kul 4 lebih dan tido balik kul 1 pagi sewaktu diintengah. Hai all my Aspirasi friends, kita kuat, saya bangga dengan kamu semua. Maaf kwn2 sidang kain, bukan saya nak puji Aspirasi lebih2, kerana kamilah yang paling teruk menerima dugaan tapi kami berjaya menjadi yang terbaik kerana kami susah senang sama2. Teater Rosli Dhoby dan theater Zubeda in love n war adalah hasil susah payah setiap ahli sidang A. I'll miss our brotherhood n sisterhood. Modul2 akedemik....aku heran macamna aku boleh teruskan dan jawab exam. Modul tentera, ahli2 platun yg saya rindu, susah senang kita akan saya ingat...pengalaman satu2nya platun yang kena denda kawad menggunakan lutut di atas tar yang panas membahang...walaupun sekali...dan sekejap. Menembak menggunakan M-16 dan mendapat tembakan markah penuh untuk setiap tembakan tepat jarak jauh adalah satu pengalaman yang mengejutkan diri sendiri, xsangka aku ada skill terpendam, maaf kawan2 satu platun kaum adam yang telah dikalahkan oleh saya, gelak jahat. hahahahaah. Bangga jurulatih aku walaupun untuk keseluruhan ada yang lebih terer. PT setiap pagi dan petang oleh jurulatih jasmani tentera darat yang aku tgk muka pun dah gerun, dilanyak tengah padang, tapi aku ok ja. Ujian larian 5km berpakaian lengkap askar dan boot yang berat, tapi kami semua berjaya dan ok, xda seorang pun rebah. Mula2 pakai boot macam nak tercabut lutut, nak jalan pun macam seret ja boot tu..adoi sakitnya otot kaki, pinggang sampai satu badan. Tapi xda seorang pun yang mengalah. Itulah indah dalam perit. Alah  isa tegal biasa. Kami semua ok walau pun terok, yes we ar fine n we ar strong. Satu detik hitam yang meruntum hati saya dan rakan2 setiap kali nama arwah disebut....hingga kini....memergian arwah depan mata, saya telah selesai membuat river crossing dan dalam keadaan pakaian yang masih basah sedang membetolkan kasut boot untuk aktiviti seterusnya...straight in the river in front of me.... i saw him..... R.I.P :(    Alfatihah.

TQVM to each one of you, you know who ar u rite?  tidak tertulis setiap nama2 sahabat saya disini...Sidang Aspirasi & Doonia, team2 untuk semua program yg saya terlibat menjadi ajk, bendahari n dll, team member kajian lapangan, kwn2 yg sekampung dengan saya waktu modul MKL @ Kg.Luat (1)...haha, kawan satu platun di modul tentera, polis bomba n modul OBS  and all Astraians i will miss u ols. Maaf juga diatas segala kelakuan or keterlanjuran saya especially semasa bekerjasama dengan korang, mintak maap sesangat waktu saya jadi bendahari saya tau saya garang! hahaha. Semoga persahabat ini akan kekal, DPA adalah satu titik permulaan kita...semoga persahabat ini tiada akhirnya.

TQVM to my family & keluarga Mr.A juga yang  sgt baik. especially to my mom, dad,adik lelaki tunggal saya, abg2 ipar saya, my lovely n cute dania daniel n zara and the most thanks to my lovely sisters yang menolong terlalu banyak untuk persiapan pertunangan dan perkahwinan saya. To Encik Tunang, terima kasih untuk segalannya. Terima kasih diatas segala pengorbanan u yang tidak terkira, i'm very sorry atas semua kelukaan hati dan kenaikkan darah @ temperature u akibat sengsara cemburu yang syaitan tiupkan di hati dan telinga u. You ar my only n only!!!!!! Terima kasih hati dan semangat kerana menjaga diri saya dan menjadi benteng tahap kesabaran yg sgt tinggi untuk berdepan dengan segalanya. Terima kasih Tuhan diatas segala yang telah Engkau berikan padaku. Syukur Alhamdulillah.

Kepada junior yang bakal ke DPA, setiap orang pengalamannya berbeza, kamu boleh baca dan dengar, namun jangan sesekali kamu jadikan sebagai kayu ukur atau bimbang dan takut. Laluilah pengalaman ini dengan fikiran dan hati terbuka, jalan akan lebih mudah untuk kamu. DPA dalam perit ada manisnya. Yang baik dijadikan petunjuk, yang xbest xelok kamu boleh baca tapi buang jauh2 ok. Saya bukanlah hebat, tapi saya buat  n usaha sampai habis.....Kamu dan kamu dan kamu yang baca ni mesti boleh juga. Setiap apa yang terjadi dan bakal terjadi telah dirancang oleh perancang terbaik iaitu Allah s.w.t, susah hati tension penat, mohonlah ketenangan, ketabahan dan kesenangan dari Dia yang maha berkuasa. InsyaAllah.


DPA, sesungguhnya akan diingati setiap detik kesengsaraan dan ketabahan, namun tidak sesekali aku mahu menoleh lagi dan tidak ingin lagi aku kembali walau sesaat!

Sunday, December 16, 2012

Hoho

Salam, saya happy sgt sebab kursus DPA ini akan berakhir hanya lagi 6 hari, dan hanya sebulan lagi saya akan berkahwin, tetapi dlm masa yg sama sgt busy menghadapi hari-hari terakhir dalam kursus ni sebab byk program yang kami kena buat dan ada major tesis yang masih belum disiapkan, bukan saya sorang yg stress disini, malah rakan yang lain pun sama, tapi yang melebihkan stress saya ialah persiapan kahwin masih banyak saya xbuat sebab selama berkursus ni kadang kadang saya seperti terlupa yang saya akan berkahwin dalam masa terdekat sebab dalam kursus yang sungguh mencabar keupayaan mental dan fizikal saya ni saya lebih byk berusaha untuk mengikut segala peraturan dan tugasan yg diberikan, dalam erti kata lain saya byk bersabar dengan segalanya. Ok, ni checklist kawin yg sempat ingat xbuat lagi.

HIV Test
Semua borang &document urusan nikah saya xbuat satu pun lagi
3 pasang kasut yg masih belum dicari
kesemua baju nikah dan sanding saya masih belum fiting (semua ini tidak disewa, saya buat sendiri termasuk baju bersanding dua belah pihak)
doorgift baru cari untuk 1500 saja, lagi separuh masih belum cari -
barang hantaran - ada lagi xcari termasuk jam untuk dibuat suprise kepada encik tunang.

Kadang-kadang fikir balik kenapa la tarikh antara tamat kursus ni begitu dekat dengan tarikh kawin, Kawan-kawan kat sini semua terkejut dengan tarikh nikah saya yang begitu hampir dengan tarikh kami graduate. Semua geleng kepala. Kan baik kawin sebelum masuk kursus ni ja, tp kalau kawin dulu kesian pulak kat suami kena tinggal sampai 28 mingu @ hampir 7bulan. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan oleh nya. tahun depan diizinkanNya saya akan dapat 3 perkara besar yang baik dalam hidup saya iaitu kemajuan dari segi kerjaya dan menjadi seorang isteri dan juga ibu :-) InsyaAllah.
Ok, pada ahli sidang yg baca blog ni sila jelaskan yuran sidang pada saya dengan segera sebab bendahari nak tutup akaun dah ni. Ok salam semua saya nak blah dulu untuk raptai malam KSN. BYE.
Untuk junior2 saya yg bakal ke sini, harap tingkatkan tahap kesabaran dan kewarasan anda dalam melalui hati hari yang mendatang di sini.

Thursday, December 6, 2012

Bersiaran Dari Lenggong Perak.

Salam, saya sekarang berada di Daerah Kecil Lenggong Perak bagi Modul Kajian Lapangan + menjadi anak angkat bagi sebuah keluarga yang sungguh baik hati di sini selama 2 minggu. Hari ini merupakan hari kedua terakhir di sini. Lenggong adalah sebuah daerah kecil yang cantik kerana kehijauan alam dan tasik yang sangat indah. Ketika menaip entry ini, saya sedang berehat di Masjid Nurhidayah @ Kg. Temellong kerana team saya telah menganjurkan satu program komuniti untuk masyarakat di sini.  Saya beruntung kerana mempunyai sahabat-sahabat yang bukan sahaja baik malah yang datangnya dari pelbagai tempat yang berlainan kementerian, jabatan dan agensi ni, banyak perkara menjadi mudah kerana masing-masing ada kebolehan tersendiri. Yang penting kerjasama dan saling menerima kekurangan dan kelebihan dalam kumpulan.

Rasa nak cerita banyak sangat sepanjang tempoh 2minggu berada disini, tetapi masa tidak mengizinkan dan saya harus berangkat buat kerja lain. Opss setiap hari mandi air bukit yang sangat sejuk... hehe. KBYE.

Ni gambar hari ini


Sunday, October 28, 2012

Tuesday, October 23, 2012

You

Salam, Mr.A datang lagi weekend lepas. Kali ni aku bersunggung-sunggug pujuk dia untuk ke Jalan TAR bagi mencari dan survey barang untuk bekas hantaran. So 1st time kami pergi kesini n malangnya aku xnampak pun kedai yang dimaksudkan oleh kawan-kawan ku itu. Akhirnya aku window shopping je kat situ. Masuk Sogo cuci mata dan kami jumpa leather jacket Bonia yang ada 50% discount. Harga asal adalah RM1600++ tak salah aku. Lepas discount pun masih mahal RM800 ++. huhu... Mr.A berkenan sgt dengan jacket tu. Actually mencari sesuatu untuk hantaran Mr.A,  tapi tidak urgent sangat sebab hantaran yang akan dihantar kepada pihak lelaki akan ditempah je kalau aku sibuk sangat. But i really hope my sisters boleh tolong gubah sendiri sebab diorang buat lebih cantik dari yang pernah ditempah oleh keluarga ku sebelum ini, malah idea juga sangat fresh....dan sudah semestinya cost akan dapat dikurangkan dengan banyak. hehe.

Keesokkan hari selepas membuat medical checkup (again and again) bagi modul OBS dan polis yang bakal aku tempuhi mulai minggu hadapan, bakal mother in law bawak aku ke puchong ke kedai barang-barang gubahan hantaran. Kesian kat aku dan Mr.A yang tak jumpa kedai yang dicari di Jalan TAR. hehe. TQ Aunty :-)  Tapi kat sini aku just survey dan tidak beli apa-apa sebab tak tahu apa yang nak dibeli. Lepas tu minum petang ngan family Mr.A kat Secret Recipe IOI Mall. Yang lain semua ambik kek kecuali aku ngan Mr.A. Kami pilih seafood roll (lupa nama betol dia). Walaupun aku xmakan kek disitu, aku tetap tapau untuk bawak balik hostel, boleh? lemak bertambah la.. hehe. Entah macamana aku dok bersembang ngan adik perempuan Mr.A  ttg cerita hantu,  aunty pun bukak cerita. Kisah seram masa aunty di hostel zaman sekolah menengah di Sekolah Tun Fatimah Johor (STF) dahulu kala. Punya la rancak kami semua bersembang tentang hantu lupa yang pastu aku nak balik hostel. Kat tempat aku dh beberapa cerita xsedap didengari, menambahkan seram je. Mintak jauh le benda2 xelok semua tu.

Today is Mr.A Birthday,

Dear My fiance, Happy Birthday to you. I wish all the best for you. I'm counting days to be yours and you will be mine. May Allah S.W.T bless us forever.
Manusia biasa tidak ada yang sempurna semuanya. Kamu tahu saya tidak sempurna dan saya tahu kamu pun tak sempurna. Kita belajar dan terus belajar untuk menjadi sempurna, itulah impian saya. Semoga kita menjadi manusia beriman dan diterima Allah s.w.t Yang Maha Kuasa.


Wednesday, October 17, 2012

Shopping Barang Hantaran


Kesibukan dan kekangan masa sangat membatasi aktiviti ku dalam menguruskan perkara berkaitan perkahwinan. Hubungan jarak jauh (walaupun hanya Utara n KL) antara aku dan tunang juga adalah faktor persiapan perlu dibuat sekiranya ada masa mengizinkan. Hujung minggu yang lepas, Mr.A telah bersusah payah datang ke sini untuk shopping bersama membeli barang-barang hantaran. Kalau ikutkan hatiku, nak tunggu sale hujung tahun nanti, tapi family Mr.A perlukan barang hantaran awal sebab nak hantar untuk tempahan dan insan yg nak mengubah bekas hantarn tersebut akan sibuk pada bulan Disember n Januari kerana bakal menguruskan perkara berkaitan persiapan majlis ulangtahun Keputeraan Yang Dipertuan Agong. So kami pun memulakan langkah pada hari sabtu dan ahad yang lalu. Mr.A bergerak ke sini selepas waktu kerja dari utara dan sampai melawat ku di hostel dan bawak sesikat pisang dan juga nasi lemak yang dibeli di R&R, nak tergelak pun ada tapi aku suka sebab pisang tu boleh buat breakfast selama seminggu ok. hehe. Sabtu pagi selepas ku selesai sesi bergambar untuk majalah, dia datang menjemput ku di hostel, sebelum pergi shopping aku balik ke Shah Alam dulu untuk salin pakaian dan meminta H tersayang tolong basuh baju. hehehe.... untung ada H dalam hidup, nanti I belanja u banyak2 ok :-)

Counter makeup & perfume mmg lenggang. Aku test mcm2 bau sampai Mr.A dah pening. Itula, suruh lagi aku yang pilih, maka akan ku try sampai puas hati. Akhirnya dia pilih jugak satu set perfume  untuk dirinya sendiri, bimbang aku bakal menyusahkan semua pekerja kat situ kot. hehe. Nasib yang dia pilih tu mmg aku suka. Kat sini kami berjaya membeli tiga set barangan, 2 set untuk diriku, satu set untuk dia. Rezeki aku hari tu, lepas dah membeli 3 barang set perfume n makeup, seorang salesman berjaya memujuk Mr.A membeli satu set perfume untuk dibuat pakai hari2. hehe, set tu untuk tunang Mr.A...aku ler tu...hehe. Pada mulanya aku tak nak sebab dah berhabis banyak kat situ, tapi Mr.A nak beli jugak. Maka aku ambik jela. Thank you sayang! So i got 3 set of perfume & makeup dan ditaja sepenuhnya oleh tunang tersayang :-) Alhamdulillah. Jimat aku, boleh la bayar duit baju dress no1 yang perlu ditempah untuk dipakai pada malam KSN nanti bernilai RM1,500 tidak termasuk duit-duit lain yang perlu dibayar dan dibelanjakan sepanjang berkursus selama 28 minggu ni. Kalau tak, kopak beg duit dan bank ku.

Perjalanan diteruskan ke Jakel. Aku memilih kain... mestila lama.....
Mr.A kata esok datang lain sebab jakel sampai dah nak tutup, tinggal 7 minit je sebelum kul 9 malam. Sampai je kat rumah kakak ku, aku terus masak sambal tumis sebab Mr.A nak makan masakan dari air tangan ku. Kalau ikut hati mmg penat, tapi penat lagi dia yang drive jauh untuk kesini. Apala sangat masak yang sikit tu dengan pengorbanan dia datang ke sini semata-mata nak jumpa n shopping barang sama-sama dengan aku. Pada yang tertanya-tanya aku duduk dimana, sebenarnya rumah ku mmg di quaters Putrajaya, tapi sepanjang dah 4 bulan aku berkursus ni, setiap kali hujung minggu yg diberi pelepasan aku akan pulang di rumah kakak ku di Shah Alam. Kereta n segala keperluan yang seadanya mmg telah ku letakkan disitu. Keesokan hari Mr.A bawak aku ke Jakel semula, dan dengan tidak membuang masa aku terus je pilih kain mana, satu untuk aku, satu untuk dia. Kain ni pun untuk dibuat hantaran. Terima kasih sekali lagi ye Mr.A :-)

Selepas singgah di Subway, terus ke Plaza Alam Sentral Shah Alam bagi mencari henpon. Yang nie bukan untuk hantaran, tapi untuk menggantikan sementara henpon blackberry aku yang asyik buat hal. Mulanya nak beli henpon biasa yang boleh buat kol n sms ja. Dia tanya aku nak yg mana, aku tak berani nak pilih yang mana-mana pun. Aku suruh dia yang buat pilihan, last dia minta salesman tu keluarkan henpon dari model yang sama tapi colour berlainan. Serius aku tanya dia, segan nak menyusahkan dia lagi, tapi dia minta aku pilih jugak, maka ku pilih warna putih la kan. hehe. So gajet memang tiada sebagai barang hantaran sebab henpon dan tab yang Mr.A beli telah aku gunakan. Aku x kisahpun xdak gajet, yg penting keperluan semua ada. Terima kasih sekali lagi Mr.A. Sebenarnya dia yang x bagi barang dah guna buat hantaran, dan satu lagi barang yang dia xbagi buat hantaran adalah kasut. So aku ikut jela. But no offense to others yang buat. Semua ada hak masing-masing untuk pilih. Lain orang.... lain caranya. Selepas kemas barang, dia terus menghantar aku kembali ke hostel. Dengan berat hati dia drop ku dan meneruskan perjalanan pulang ke utara......bye-bye. Will count the day u will come here again....






Tuesday, October 16, 2012

Modul International Relation : IR















Modul Bomba DPA

Salam, minggu lepas saya telah menjalani modul PEBAKA di Akedemi Bomba Dan Penyelamat Malaysia bertempat di Kuala Kubu Bahru. Gambar untuk aktiviti yang lain xda dlm simpanan.










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails