Tuesday, December 27, 2011

Kisah Mereka Untuk Renungan Kita

Salam,

Perasaan simpati menyelubungi diri ketika mendengar dan dimaklumkan perkhabaran dan musibah yang menimpa rakan-rakan disekeliling. Walaupun tidak mengenal secara dekat dan rapat, dan ada diantaranya hanya kenal nama dan muka kerana bekerja di tempat yang sama sama, namun bagi kita manusia biasa cukup untuk terasa simpati dan sedih. Kisah kali ini berkenan suami yang telah kehilangan isteri dalam proses melahirkan anak pertama mereka 2 hari yang lalu. Mengikut kata seorang pegawai atasan yang sama-sama bertugas dengan ku untuk menguruskan perkara tertentu dalam pengumuman Bajet 2012, anak kecil yang baru dilahirkan tersebut masih berada dalam keadaan kritikal. Pada yang baca entry ini, sama-samalah kita doakan kesahjeteraan dan ketenagan buat arwahyarham si isteri yang telah menemui Ilahi. Moga mendapat pahala Syahidah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Buat sikecil tersebut didoakan supaya diberikan yang terbaik buatnya. Semuanya adalah ketentuan Ilahi. Buat yang masih tinggal, semoga tabah dan menerima dugaan ini dengan redha.

Lebih kurang 3 minggu yang lalu,  seorang sahabat Mr.A, yang bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah IPT telah meninggal dunia akibat kemalangan kereta. Juga telah meningalkan suami yang baru sahaja 2 bulan lebih dikahwini. Masih dalam mood honeymoon. Ketika inai masih ada dijari, ajal datang menjemput. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat ketenangan. Salam takziah buat si suami dan seluruh keluarga. Semoga tabah. 

Buat renungan kita bersama, Takdir telah ditulis buat kita sebelum kita dilahirkan lagi, sejak di Lofmahfus/azali lagi. Bersediakan kita mengharunginya? Tabahkan kita. Bersediakan diri ku.....

Sunday, December 25, 2011

Kisah Garam Belacan & I-Phone 4s.

Pada suatu ketika di Hari Raya Aidilfitri

Cik    : Assalamualaikum, hai buat apa, byk kali kol kenapa u xjawab?

Encik : Walaikumsalam, sori tengah busy nie layan tetamu.
           Tadi xjawab sebab tengah dok buat garam  belacan.
           Ramai saudara mara berkumpul kat rumah nie.
           So, pakat2 nak menyicah dengan garam belacan.

Cik    : You ka yang buat ? Pandai ka ?

Encik : Mesti la pandai. resepi asli i nie tau tak.
           Orang semua kata sedap i buat.
           Mama ngan Abah i pn kata sedap tau.
           Licin hingga menjilat jari ooo.
           Kalau buat meniaga nie,
           boleh tutup kilang kuah rojak 'Mak Bee' nie.
           Haha

Cik   : Yaka. Betoi ka, cam xcaya ja. haha.
           Ish..tapi terliur jugak nie. Lapaq dan-dan... huhu
           Nanti u mai cni,
           i nak se 'tupperware' garam belacan air tangan u tau!
           haha

Encik : InsyaAllah.

(dialog sebenar panjang berjela dan diringkas kan sebab penat nak taip panjang-panjang. Malas)

Dan nak dijadikan cerita, Cik tadi telah menceritakan perihal garam belacan buatan Encik tersebut kepada kakak2 dan adik2 nya. Maka kesemua mereka telah terliuq lapaq nak menyicah buah jambu, betik dan mempelam dengan garam belacam buatan Encik tadi. hahahahah.



Dialog ke-2 selepas musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.

Encik  : Hujung tahun nie i rasa cam nak beli 4s la. Kita pakai sama-sama k.

Cik     : Kalau u belanja nak la, hahah.

Encik  : Memang la, takkan i nak suruh u keluarkan duit sendiri pulak.

Cik     : Henpon u rosak ka apa? kalau dah rosak ok la nak beli baru.
            U beli untuk u jelah. I dah ada BBerry nie.
            Rasa cam membazir pulak nak pakai sampai 2 henpon.
            Malas la nak pakai byk2 henfon.
            BB nie pun bukannya i fully utilise sgt lagi pn.
            Kalau pakai I-Phone ja, rugi tang BBM group.
            Byk kwn2 dalam tu.
            Adik beradik I semua pakai BB, nanti ssh lak nak
            kongsi cerita ngan gambar byk2. BBM kan freeeee.
            hehehee. U pakai la BB gak.
            Tahun depan nak kuar lagi henfon baru. I nak yang tu.
            hehehehhehe

Encik  : I tak minat Blackberry.
            Dah tu kalau u tak mau 4s, u nak apa?

(Walaupun Cik suka cakap panjang berjela, Encik mmg manusia yang jenis xbyk cakap)

Cik    :  I nak garam belacan air tangan u.
            Hari tu kan janji kata nak buat dan bagi kat i.

Encik : Ok, InsyaAllah.

(dialog sebenar panjang berjela dan diringkas kan sebab penat nak taip panjang-panjang. Malas)


Peristiwa @ Dialog ke-3.

Sewaktu Cik menelefon Encik tadi nak bertanya jadi datang ke x ke KL untuk bertemu selepas hampir 2 months +++++  xjumpa. Encik tadi jawab YES. Sound Backgrond bunyi blender seperti sedang mengisar sesuatu. Dalam hati Cik, dia dapat agak apa yang Encik tadi sedang buat. Saja tak mau tanya sebab nak bagi Encik tadi rasa keterujanya tak hilang untuk suprisekan Cik.

Maka, pada petang semalam, Encik telah datang membawa bersama bekalan seplastik buah-buahan yang terdiri dari buah jambu batu, jambu air dan mempelam@ mangga bersama se 'tupperware' resepi air tangannya yang mengharukan aku. Garam Belacan.

Terima Kasih bayak-banyak Mr.A. Memang betul la, garam belacan tu sedap. Serious! ^_^
Nanti kita bukak kilang ek. Hehehe.

Mimpi Yang Meninggalkan Kesan Dihati Ku

Salam, terasa laju jejari  ini nak menulis di pagi hari. Terbangun pagi ni terasa kelopak mata macam tebal je. Airmata mencurah didalam tidur agaknya. Mimpi yang sedih, mungkin...., sehingga terasa bila bangun hatiku masih sedih. Macam real. Tapi mimpi tu hanya mimpi dan memang bukan kenyataan.

Pernah tak kamu mengalami mimpi yang berjaya membuatkan kamu menyedari isi hati kamu apa sebenarnya. Mereka-mereka yang berada disekeliling kamu. Mimpi yang mengubah rasa dihati. Entahla, mainan tidur saja. Pernah mendengar, mimpi yang tak baik jangan diceritakan, berdoa supaya dijauhkan benda yang tak elok. Tapi  mimpi kali ini sukar untuk dikategori adakah baik atau buruk. Mimpi seolah-oleh menyuruh aku untuk menyelami perasaan sendiri.

Takpalah, mungkin benar2 hanya mainan tidur dan tak mahu pikir. Tak mahu didalam dilema. Mintak dijauhkan perkara-perkara dan  unsur-unsur negatif.

Friday, December 23, 2011

12 Jam Yang Mencemaskan.

Entry dikarang ketika mood tengah bosan sementara menantikan satu panggilan telefon yang penting. Tajuk entry tak boleh blah kan. Haha. Maka teruskan pembacaan anda.

Waktu sedang asyik menonton satu rancangan di television semalam (malam jumaat), tiba2 blackout dan loceng amaran kebakaran berbunyi xhenti selama beberapa jam di apartmen kediaman ku ini. Perasaan pada mulanya terkejut sampai aku jadi bosan dan marah. Lama betol la deringan amaran tu berbunyi. Aku keluar jugak jenguk2 kot tingkap dan pintu. Tak dak la pulak latihan ke apa ke. Jiran aku tu bgtau selalu jugak loceng tu bunyi petang2 time balik keja. Kenapa aku xtahu yang loceng amaran kebakaran tu selalu berbunyi? Nak dikatakan balik keja lambat sangat tak la pulak. Sampai rumah time magrib atau selepas magrib ja selalunya. Tidak la dua tiga hari ni aku balik lambat sangat. Memang tak penah dengar.

Last-last aku ambik keputusan kol jelah TNB Careline 15454 untuk buat report. Yela, kalau takda siapa yang bertindak esok pagi aku jugak yang susah nak pergi keja coz baju dan tudung memang tak iron lagi. Time aku kol tu ada gak operator tu tanya seluruh blok ke blackout, hmm, aku mmg xpasti la seluruh ke separuh ke. Aku malas la nak jadi pak guard malam2 nak round semua tempat. Aku jawab aku xpasti adakah semua blackout. Lima minit pastu nampak no opis area Putrajaya call, TNB Putrajaya la agaknya. Soalan sama diulang tanya kat aku, dan aku jawab xpasti. Org TNB tu suruh aku call maintanance dulu, katanya kalau the whole block baru bawah selenggaraan TNB, kalau tidak tanggungjawab itu dibawah selenggaraan pihak service maintanance apartmen. Aku bgatau operator tu aku xdak no service apartmen. Dia suruh aku pegi tengok dalam lif, katanya ada no kat situ. Hello cik abang or pakcik, jam dah nak dekat kul 1 pagi semalam, (malam jumaat lak tu) lagi mau suruh aku jenjalan cari no tel? sorang-sorang? hahaha, memang tidak la. Torchlight or lilin pn aku cari tak jumpa. Hanya mengharapkan cahaya dari sumber bateri laptop dan henfon ja.

Kalau ye pun aku ada torchlight, aku tetap tak akan pergi cari no tel tu sorang-sorang masuk lif ok, kalau lif tu tertutup dan saya terperangkap di dalam siapa nak bertanggungjawab? sebenaq nya aku takut benda len sama. huhu. Aku ada tanya siapa lagi buat aduan/report kat TNB Careline ni area2 umah aku? Dia kata aku sorang je. OOOOO... Pelik juga, orang lain tak kisah ke ada letrik ke tak ek? Operator tu kata akan kol balik aku dalam masa 10 minit lagi selepas aku dapatkan no tel tu. Aku pesan kat dia, "Encik tak payah la kol saya lagi, melainkan saya yang kol encik ok" DEAL. Tak kuasa dah aku time pagi2 buta nak berkawad cari no tel lak. Yang ak geram satu lagi, apartmen kuaters aku nie dah ada pondok pak guard n of coz la ada guard2 jugak kan...., diorang wat pe ha??? Aku komplen nanti kot. Xoxo

Malam tidur x bukak kipas pun xde hal. Nasib musim-musim hujan nie sejuk je. Alhamdulillah, aku bangun pagi esok elektrik dah ada. Boleh bersiap lawa-lawa ke pejabat seperti biasa. hahaha.

Nak dijadikan cerita, pagi Jumaat tengah sedap bekerja loceng amaran kebakaran kat opis berbunyi...pulak...Nak tak nak semua wajib la turun dan selamatkan diri. Semua termasuk yang sedang bermeeting ka, jumpa menteri ka, bersembang ka, makan ka, taip surat ka, sapu sampah ka, semua lah wajib turun dan selamatkan diri masin-masing konon2 nya la.

Dalam masa tak sampai 12 jam aku kena dengar loceng amaran kebakaran ni. Perfect. Rumah dan Pejabat. Lepas nie, nak simpan elok2 semua no telefon yang penting2 dan senang dicari bila nak guna. Nak beli torchlight, lilin dan mancis. Yang nie pun mak ayah dah pesan banyak kali pasal tochlight ngan lilin nie, diorang pesan letak tempat senang cari dan capai. So next time dengar la cakap ibubapa ye adik-adik. Sekian.

Thanks to Mr.A yang selalu jadi penyelesai masalah aku. TQ bagi no TNB Careline tu ok. Berjasa untuk seluruh penghuni apartmen.

Thursday, December 22, 2011

Nur Az-Zahra Amanda Is Turning 1 Year Old

Alhamdulillah, puteri comel sudah berusia setahun pada bulan Disember ini. Senang nak ingat birthday dia, masuk je tahun baru Islam, genap lah setahun lagi. Sangat cerdik dan cergas. Alhamdulillah, aunty doakan Zara sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Jadi anak yang solehah, dan semoga menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Aunty sayang Zara!

cik kak penyibuk cuba nak capai belon.


Rasa nak gigit je pipi ngan tangan tu.
Nur Al-Zahra bersama ibunya iaitu kakak ku tersayang. Terima Kasih mama zara sebab bawak balik chocolate yg byk untuk kami semua, tapi aunty dapat sikit je. huahuahua.

Sukan+Ria Explorace With Friends At Taman Botani Putrajaya


Salam, tajuk diatas saja ditulis untuk menggambarkan perasaan TT (read:tuan tanah) ketika bersuka ria bersama teman-teman dalam game 2 minggu lepas. Amboih lambatnya entry diupdatekan, xpa asal jadi kenangan.

Pada mulanya hasrat nak join explorace nie terencat lepas aku tgk antara game yang tersenarai di satu checkpoint adalah 'makanan pelik'. Damm, aku nie fobia sikit ngan makanan-makanan pelik nie. Pecal Lele kesukaan seseorang (MR.A) pun aku dah kategorikan sebagai makanan eksotik, nie pulak kalau nak makan mata itek half raw! itu baru mata itek , kalau dia suruh makan macam dalam rancangan 'Fear Factor' kang! Haha, memang tak la kan. Jangan Harap aku akan sentuh. Kadang-kadang feling-feling diva anak mak Datin ada gak.

Selepas dipujuk oleh Sha, barulah aku n KB berubah fikiran. Sha janji dia yg akan menjamah dan menjamu selera segala makanan pelik-pelik tu, xpun kita tak payah makan. Masuk nie kan just for fun. Ok, persetujuan dicapai dan yuran penyertaan RM50 dibayar. Bangun pagi seawal jam 5.30 untuk bersiap, kononnya game nak start awal. Ok fine. Tapi xdenyer nak start awal kan. Cam biasala. Sha and KB nie mmg dua orang sahabat yang sungguh berdisiplin. Kalau aku sorang, jawabnya lagi 15 min kul 7 pagi je la aku bangun.Sha mmg pekerja contoh, kalau tak takkan dia dapat APC . Hehe. FYI, group kamilah yang bertama sekali sampai dan tercegat kat taman tu. Lenkali biar aku lak yg jadi urussetia, siapa lambat denda, STS ok.Hahaha

Dari mula lagi aku tak menaruh harapan untuk menang pun, masuk just nak enjoy. Tapi dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya semangat semakin membara. Aisehh. Ditambah ketua kumpulan adalah bekas komander. hahah. Laluan senang tapi jauh ada  xmau guna, bukit bukau juga aku panjang bersama Sha n KB. Lawak la ingat balik. Aku yang bagi idea tu plak. haha. Habis bertanah pakaian. Fun, fun, fun .Fair.

Ada beberapa perkara yang boleh ambil iktibar and learn new things. That's good enough for me. So target tercapai untuk aktiviti kali nie. Fun, burn some calories, enjoy with my friends, meets some of them that u rarely see n i menang cabutan BERTUAH! hahah.

Pemenang utama adalah group dianggotai kaum Adam, semua pemenang  kot lelaki kalau xsalah aku. Mana terlawan dengan kudrat kami kaum Hawa. Alasan je tu, hehe, padahal penat xmau lari2 dah diasaat akhir. Game kali nie habis dalam tengahari. Ok la, separuh hari lagi boleh berehat. Sebelum tahu siapa yg menang beskal tu, ada gak sembang-sembang camana nak bawak balik kalau dapat. haha. Last-last xdapat. Kui..kui..

Thanks so much to Sha n KB diatas kerjasama dalam kumpulan.Maaf juga atas segala kelemahan dan kekurangan I. ^_^  Love u guys!


hadiah idaman kalbu ada 3, beskal, oven dan buku 'A Doctor In House'

Tuan Tanah tiada dalam gambar. Sahabat2 yg fokus.

Bertuah badan dapat 'tupperware' free. Alhamdulillah



.

Thursday, December 1, 2011

Selamat Bertunang Ayu,

Salam, this is a short entry for my friend. 
Congratulation ok Ayu.
Ayu cakap entry post aku nie berguna untuk anak cucu dia nanti 
kalau-kalau gambaq bertunang hilang, 
boleh suruh cucu-cucu dia gogle blog aku ja. Hehehe.




Tuesday, November 29, 2011

Dari Pengulas Yang Tidak Expert.

A Few days back...

Salam, terdetik nak buat entry nie lepas keciiwa Malaysia kalah ngan Bahrain Ahad lepas. Ku sampai sanggup xjoin family ke wedding anak kawan parents kat DF malam tu padahal beria-ia parents aku ajak join. Sorry uncle, anak uncle yg len kawen saya pasti attend. 

Kembali soal kekalahan Harimau Malaya (atau Harimau Muda? yang penting Malaysia jugak kan) ku agak keciiwa, siapa tak keciiwa kan? Dari mendahului 2-0 sehingga saat-saat terakhir kena benam ngan 3 gol dalam masa 6 minit ja! minit last-last pulak tu. Wei macam mimpi je, sekelip mata! Adik aku siap boleh buat lawak suruh aku gogle Bahrain news esoknya kot-kot keluar kat berita diorang dengan tajuk "10 players, 3 gols in 6 minutes ". Itu rezeki dari Allah s.w.t untuk mereka. Sama la macam kita, apa-apa pun Tuhan boleh bagi dan ambik balik dalam sekelip mata.

Nak ulas lebih-lebih xmau la, i'm not dat expert. Tapi pujian haruslah jugak kuberikan sbb permainan kira oriat la dari awal game, cuma tang hujung-hujung lepas byk player bertukar ganti. Nazmi punya gol cantik di mata aku. Gol kedua Malaysia dari pemain pertahanan?!. Bagus-bagus. Selebihnya aku tak reti nak komen sebab aku sendiri xbrapa nak tegar dan terer sgt dgn bola sepak nie. Walaupun agak kecewa (siapa tak kan??) dengan kekalahan ini, tapi aku tetap sokong Harimau Malaya selamanya! Teruskan sokongan anda kepada team pasukan bola sepak Malaysia ok ! kali ini kita xde rezeki menang, InsyaAllah next time make sure try sebaik mungkin ok ^_^.  Tunggu Harimau Vs Samurai pada 22hb February 2012.

Kisah apek lak, aku xpeduli dengan siapa dia mahu bercinta atau bermain cinta. Yang penting jaga gawang gol elok-elok sudah, bola jangan bolos. Satu lagi, ini bukan untuk apek ja, untuk semua. Kalau dah famous dan menjadi public figure tu, jagalah imej dan perangai elok-elok, ini kerana, mungkin ramai yang jadikan kita contoh. Berikanlah contoh yang baik dan terbaik, respect dari masyarakat pasti menyusul. Prestasi bagus, perangai pun cantik, mmg ummmphh lah!

Sekian.
Dari Pengulas Yang Tidak Expert.


Lepas habis game trus aku tweet apek.




Wednesday, November 23, 2011

Tujukan Khas Buat

Rindu pada mereka.

Cucu Bongsu setakat November 2011.

Putera Sulong & Puteri Tengah








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails