Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

To My dad, happy father's day. Dik Is n all of us love u so much!
We'll always pray for you! Thank You For Everythings
^_^


(bgn awal hari nie semata-mata nak jadi org yg paling awal wish kat daddy, sesudah subuh tros kol, tapi rupanya si my sis telah memotong q dengan jadi org yg lebih awal. Hmm, next time sebelum sembahyang subuh kol dulu kalau nak jadi org paling awai. tak gitu cik Nur Hanis? ^_^)

Tuesday, June 14, 2011

Gegaran Atau Mimpikah

Bangun seawal 4 pagi dan bersiap untuk menjalankan tugas. Setiap jam terbangun untuk memastikan diri tidak terlambat bangun dan kesudahannya, tuan badan tidak memperolehi tidur yang cukup dan berkualiti. Bertolak dengan menaiki teksi yang sudah awal-awal di booking menuju ke KLIA pada mulanya membuatkan hati ini agak geram dengan pemandu yang sampai agak lambat. Cari rumah xjumpa katanya, saya pulak yang nak kena bagi direction, itu membuatkan hati ini dipanaskan pada waktu subuh yang masih belum menjelma. Ok fine, cuba sejukkan hati supaya menjadi lebih tenang. TQ to my Mr.A and my sister yang xhenti2 kol untuk mengejutkan saya bangun pagi tadi, n sori sbb waktu both of u kol, tuan badan tengah bersiram. Mr.A yang agak risaukan saya kerana menaiki teksi seorang diri pada pagi yang gelap gelita sanggup menemani saya walau hanya dengan panggilan telefon sehinggalah saya selamat sampai ke Airport. Thanks sayang! To My beloved mom yang juga kol pagi2 buta untuk makesure i'm ok^_^ camla i baru 1st time.hehe, xpe2 saya suka. anggaplah bila2 pun firstime ja, saya suka dimanjai.hehehehe.

Motip karang esei nie sebenaqnya nak citar pasal gegaran pagi tadi. Nak dijadikan cerita, i nak la lelap mata kejap la dalam flight tapi my angan-anagn agak xjadi sebab pesawat tu agak terhoyong-hayang ja. Waktu flight balik pun sama ja petang tadi, lagi terok ada la. Cuak gak la, heran, dok pikiaq, MAS nie hired pilot apa klas nie. Saya yang mmg dah terlelap dan termimpi sampai terbangun la. Sebaik ja mendarat n on hp, H kol n maklumkan ttg gempa bumi yang melanda Sumatra. So takziah pada mangsa-mangsa yang terlibat. Kita yang selamat dan aman tenteram disini, fikir-fikirkan lah nikmat yang telah kita perolehi, Bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ni dengan menghargainya dan menjaga apa yang kita ada pada hari ini. Esok-esok kita tidak tahu takdirNya.

Takutnya..........



Ya Allah, pelihara dan selamatkan lah kami dari segala bencana dan siksaan api neraka............

aminn....

Wednesday, June 8, 2011

Biarkan Rindu Itu Berlalu

Biarkan rasa rindu itu berlalu
Meskipun ianya pernah berlabuh

Perasaan itu bagaikan angin
Yang datang tanpa dipinta
Yang pergi tanpa dapat dihalang

Jangan ditunggu ianya kembali
Kerana masa telah menghalangi

Yang pergi tidak mungkin menoleh lagi
Yang pergi juga tidak mungkin kembali lagi

Jangan ditangisi kehilangan itu
Kerana manusia dan perasaan itu hanyalah sementara
Dipinjamkan Allah atas kehendakNya

Luasnya Rahmat Dari Yang Maha Satu
Pandanglah pada nikmatnya yang lebih luas
Maka disitu kamu akan menginsafinya.
Mensyukuri atas setiap yang dipinjamkan.

DariNya ia datang
KepadaNya juga ia akan kembali.

Tuesday, June 7, 2011

Perasaan ini.

Salam, hari yang manis berada di tempat yang paling ingin ditujui berlalu bagaikan angin. Kepulangan ku ke kampung halaman tercinta bersama mereka yang tersayang bagaikan mimpi sekelip mata. Sungguh bak kata orang, kemanisan dan kebahagian yang dirasai dihati terasa sangat sekejap, walhal kepahitan walaupun berlaku sekelip mata dirasakan merantai diri bagai beribu tahun. Apapun aku sungguh gembira bila berada disamping mereka yang sangat bererti dalam hidupku. Daku begitu merindui mereka, malah berat hati untuk kembali meneruskan rutin kehidupan seperti selalu. Melangkah meninggalkan mereka bagaikan satu kepiluan yang terpaksa ku tanggung berhari-hari sebelum perasaan ini kembali seperti sediakala.

Humm, itulah perasaan yang masih dirasai setelah beberapa jam tiba kembali di tempat ku mencari rezeki ini. Entah bila pula akan ku berpeluang untuk pulang berjumpa ibuayah tersayang, keluarga tentunya, dan yang pasti Mr.A.

Berada jauh ditempat ini, bumi bertuah tempat ku mencari rezeki, jauh dari kampung halaman. Untuk pulang sekali sekala ke kg selain faktor kos,jarak dan masa yang harus difikirkan,kelulusan untuk bercuti dan jadual kerja juga haruslah dititik beratkan. Kesimpulannya, untuk pulang ke kg bukanlah seperti pergi ke pasar hari saja  , nak pegi pasar hari depan opis pun xsempat kdg2,cam hari belia hari tu, depan opis. ja pun, tp tiada kesempatan...sedihkan.. Jadi, pada mereka yang berkesempatan untk pulang ke kg menemui keluarga, ambillah peluang yang ada sebelum komitmen kamu bertambah dan sebelum banyak lagi perkara yang menjadi faktor atau halangan untuk mememui ibubapa dan keluarga kamu. Kasihnya ibu menbawa ke syurga, kasihnya ayah hingga ke mati. Jangan lupa berdoa untuk kedua ibubapa kita ok. To my beloved mom and daddy, i love both of you so much. TQ for everythings. ^_^

Perenggan ini, ditujukan khas buat seseorang yang mengakui menyintai dan menyayangi saya. Tak perlu dinyatakan, tulisan ini bukannya buat org lain tahu atau fahami. Cukuplah buat kamu yang yang kasihnya ku sambut dan ku balas. Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku berikankan diatas kasih ini. Selebihnya kita berdoa dan bertawakal kepada yang Maha Esa, semoga dipermudahkan dan diberkati apa yang kita tujui. Semoga perjalanan yang masih panjang ini di restui, semoga segalanya dapat kita hadapi. Bukan mudah apa yang telah kita tempuhi, ku doakan semoga segalanya berjalan lancar. Setiap yang datang, manis maupun pahit, anggaplah sebagai asam garam kehidupan, Tuhan tidak akan menduga melainkan atas kemampuan insan itu. Moga kita sentiasa diatas landasan yang lurus, yang buruk itu datangnya dari syaitan yang xpernah akan berhenti menarik anak cucu Adam untuk menjadi temannya di satu tempat yang sudah pasti buat si jahanam itu. Ku doakan yang terbaik buat kita semua. Aminn.


Wednesday, June 1, 2011

The Unexpected Gift


Hari yang mendung dan agak mendebarkan jantung ku pada hari jumaat yang lalu telah dikurangkan dengan suprise seperti gambar ini. I'm speechless with this unexpected gift  was delived by him. Tq so much...what else can i say kan.....tq...tq..tq...

Dah lama xjumpa kan, berapa ratus hari dah ek?
teringin nak jumpa^_^






ich liebe du

Miss Her



Nur Az-Zahra, aunty miss u so much oredi! Sori coz aunty xdpt main byk2 dgn zara coz i'm bit bz dear. Wait , i'm going to ur hometown when i have the time :)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Powered by ShowMeBlogger.com

Wednesday, May 18, 2011

Curi Perhatian ke?

Hari nie meeting yang panjang buat aku penat. Esok meeting kat luar pun mesti balik lambat lagi. Sakit tekak dan batuk yang xhilang lagi buat aku sungguh xlarat. Dalam meeting dok asyik batuk ...malu pun ada. Tapi buat apa komplen, kerja tetap la kerja kan, syukur sajalah ada kerja. Sakit plak Allah yang bagi, so kena terima dengan redha.

Pagi tadi dapat info/short notice in 3 days i have to fly again over the sea  for a week. Dalam hati dok fikir, baru unpack semua barang baru  2 3 hari lepas,actually baru ja habis semalam n masih ada yang bersisa lagi  nak kena packing lagi. Going alone for a week. Tak tau la hepi ka xhepi. Dok fikir baju nak pakai apa la,nak prepared apa info semua bagai... haish dengan gaji xmasuk lagi. Xmau la guna saving, sayang...Alhamdulillah, pas keluar bilik mesyuarat tadi pegi jumpa admn nak suruh tempah tiket flight semua bagai n then diberitahu perkara tersebut ditunda. Nasib baek! Syukur... i pun xmau la dok curi perhatian org dengan suara-suara rock i kat sana.Tapi pasti  meeting esok i terpaksa bersuara rock dan terbatuk-batuk. Eh, xbaek komplen. Ya Allah, sembuhkan la aku. Aminnn. ^_^

Dari Jauh

Demam sudah berkurangan, selsema pun hampir sembuh. Yang tinggal hanyalah xmau pergi hanyalah sakit tekak dan juga batuk but InsyaAllah, rasanya xlama lagi ok la nie. Hope to get well soon. X best pun sakit, bukan leh ponteng klas pun, hahaha.

Ok, i write this entry just to say thank you so much for the present that has been delivered to me by Mr.PKH. Unexpected actually coz  i also almost forget about the GA i won last few month.

While i'm on discussion with my boss, the office boy come into my room holding the curier Pos Laju Malaysia. Tetiba terfikir memandang plastik curier tersebut, "aik, aku mana ada beli apa2 pun online" n then bila bukak bungkusan...wow, Arsenal Jersey, Mr.A kah yang hantar nak buat surprise? n then i read the note there. hehe, hadiah menang GA dulu.

    To Mr.Pkh : Thank You dik . That jersey is cun n i like it. xkisah lambat or cepat.^_^

Monday, May 16, 2011

Salahkah Aku Atau Salahkan Aku

Salam,  i hentam buat lagi post hari ni.

Salahkan seseorang menggunakan kad kredit  sendiri jika  mampu membayarnya dan kawalan kewangan       masih lagi  baik ?

Salahkan  membelikan sesuatu kepada seseorang sekiranya mampu atas tujuan yang releven ?

Salahkan  merancang kewangan  sendiri?

Salahkan seseorang menggunakan ilmunya sebagai graduan dan profesional dalam bidang acconting+ finance+costing untuk  pelaburan untuk merancang hidupnya sendiri?

* Tidak salah. buatlah apa2 asalkan masih dalam landasan yang betul disisi agama dan undang2 serta tidak menyusahkan orang lain. Ada aku kisah orang lain punya mulut atau bait-bait perkataan? Jawapannya aku xkisah langsung ye, bukannya aiman je xkisah. Satu lagi, kalau aku diam tu bukannya bermakna aku bodo or lembab or takut. Aku diam untuk mengelakkan pertengkaran bodoh yang mungkin akan terjadi. Nanti xpasal2 syaitan bersorak gembira lak sesama kita bertengkar. Opps satu lagi, kalau berdebat dengan org xdak ilmu nie mmg dia xnak mengaku kalah or nak menang ja. Buat habis air liur ja. kalau dia nak dengar xpala jugak boleh lah dikongsikan ilmu, nie dah nak buat pandai sendiri lantak kau la. Aku xheran. Ko xbelajar ka kecik2 dulu zaman orang jahiliah? haa, sebijik macam kau lah. Bodah lagi dungu,iri hati suka meninggikan suara, bercakap semua nak guna perkataan xsenonoh. Aku pun xmau dekat okeh! 

Kepada mereka-mereka yang tidak berkenaan jangan terasa ye, saya tidak langsung bercakap berkenaan kamu. Begitu juga kepada orang yang disayangi dan keluarga tercinta.Kamu semua tidak termasuk.hehe

Ya Allah, berikanlah aku kesabaran dan keimanan yang teguh serta jauhilah aku dari manusia-manusia yang selalu sia-sia dan tidak memberikan manfaat dunia dan akhirat. Aku terleka sejak akhir-akhir ini. Terasa sungguh insaf.

Monday

Salam, hampir beberapa minggu saya xupdate blog ni. Sebenarnya rasa hati mahu stori macam-macam. Tapi saya xmempunyai kesempatan + mood yang tiada untuk mengarang entry baru. Demam yang sudah masuk hari kelima ini masih belum sembuh. Sejak dari luar negara lagi saya rasa badan dah xsihat dan mood juga sudah pasti tidak memberangsangkan. Jumpa doc dapat mc, tapi hari nie saya xmc pun, masuk juga opis sebab byk kerja2 nak kena settle ditambah dengan macam2 isu hot cili semua.Lagipun my boss pun xcuti, xkan saya nak berbaring di rumah. Xpelah, lain kali je cuti. Nak citer, saya demam mungkin sebab melalui perubahan iklim, sejuk pastu panas pastu sejuk, haisshhh macam2 lah. Tiap kali pegi or balik dari ovc mesti xbrapa sihat. Saya nie mungkin tergolong dalam kalangan orang yang sesuai menetap di Malaysia ja. Teringat tiap kali pegi ovc dengan keluarga dulu2, pon sama ja...beloved mom akan spare ubat siap2 untuk saya sbb dah tahu mesti demam. Parents jugak selalu bising kalau bawak je saya g ovc mesti memilih betol makan. Ye saya tekak org Melayu, yang lalu sambal belacan ngan nasik ja, roti or bun or others western food mmg xbrapa layan.Sekali dua boleh la, byk2 kali  nak muntah je rasa.Kesian kan, bukan nya saya yang perlu dikesiankan, tapi kesian pada org yang bawak saya, nak kena sediakankan makanan lain. Sebab xnak menyusahkan org, saya xkomplen pn, dok diam2 n makan je apa yang boleh dimakan kat ctu, kalau ada buah, makan setiap hari la begitu. Sebab tu g ovc leh diet. hahahaha. Best gak, bila lagi nak diet kan? uishh, tgk dah melalut dah entry nie.Stop.

Sambung buat kerja, makan semua ubat yg doc ensem bagi kecuali ubat yang merbahaya iaitu mengantuk. Lagi satu, org kata i berdedikasi sebab trun flight n sampai umah lewat malam pun sanggup dtg kerja keesokkan paginya.  huhuhuhu, baik ko dtg opis walaupun xlarat sebelum ko kena penyapu lidi. ^_^

To my boss tq sbb kespotingan kamu ya.

Nasib esok cuti, so akan ku berehat dirumah. Harap tiada yang menggangu saya ya. Ya, ini amaran, jgn ganggu saya. Saya sudah cukup penat sehari di atas flight untuk pergi dan sehari lagi diatas flight untuk balik je.

Nanti sambung lagi cerita lain plak lepas dah bersedia bersama mood kegirangan untuk menulis entry.

DAA        ^_^.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails