Wednesday, June 8, 2011

Biarkan Rindu Itu Berlalu

Biarkan rasa rindu itu berlalu
Meskipun ianya pernah berlabuh

Perasaan itu bagaikan angin
Yang datang tanpa dipinta
Yang pergi tanpa dapat dihalang

Jangan ditunggu ianya kembali
Kerana masa telah menghalangi

Yang pergi tidak mungkin menoleh lagi
Yang pergi juga tidak mungkin kembali lagi

Jangan ditangisi kehilangan itu
Kerana manusia dan perasaan itu hanyalah sementara
Dipinjamkan Allah atas kehendakNya

Luasnya Rahmat Dari Yang Maha Satu
Pandanglah pada nikmatnya yang lebih luas
Maka disitu kamu akan menginsafinya.
Mensyukuri atas setiap yang dipinjamkan.

DariNya ia datang
KepadaNya juga ia akan kembali.

Tuesday, June 7, 2011

Perasaan ini.

Salam, hari yang manis berada di tempat yang paling ingin ditujui berlalu bagaikan angin. Kepulangan ku ke kampung halaman tercinta bersama mereka yang tersayang bagaikan mimpi sekelip mata. Sungguh bak kata orang, kemanisan dan kebahagian yang dirasai dihati terasa sangat sekejap, walhal kepahitan walaupun berlaku sekelip mata dirasakan merantai diri bagai beribu tahun. Apapun aku sungguh gembira bila berada disamping mereka yang sangat bererti dalam hidupku. Daku begitu merindui mereka, malah berat hati untuk kembali meneruskan rutin kehidupan seperti selalu. Melangkah meninggalkan mereka bagaikan satu kepiluan yang terpaksa ku tanggung berhari-hari sebelum perasaan ini kembali seperti sediakala.

Humm, itulah perasaan yang masih dirasai setelah beberapa jam tiba kembali di tempat ku mencari rezeki ini. Entah bila pula akan ku berpeluang untuk pulang berjumpa ibuayah tersayang, keluarga tentunya, dan yang pasti Mr.A.

Berada jauh ditempat ini, bumi bertuah tempat ku mencari rezeki, jauh dari kampung halaman. Untuk pulang sekali sekala ke kg selain faktor kos,jarak dan masa yang harus difikirkan,kelulusan untuk bercuti dan jadual kerja juga haruslah dititik beratkan. Kesimpulannya, untuk pulang ke kg bukanlah seperti pergi ke pasar hari saja  , nak pegi pasar hari depan opis pun xsempat kdg2,cam hari belia hari tu, depan opis. ja pun, tp tiada kesempatan...sedihkan.. Jadi, pada mereka yang berkesempatan untk pulang ke kg menemui keluarga, ambillah peluang yang ada sebelum komitmen kamu bertambah dan sebelum banyak lagi perkara yang menjadi faktor atau halangan untuk mememui ibubapa dan keluarga kamu. Kasihnya ibu menbawa ke syurga, kasihnya ayah hingga ke mati. Jangan lupa berdoa untuk kedua ibubapa kita ok. To my beloved mom and daddy, i love both of you so much. TQ for everythings. ^_^

Perenggan ini, ditujukan khas buat seseorang yang mengakui menyintai dan menyayangi saya. Tak perlu dinyatakan, tulisan ini bukannya buat org lain tahu atau fahami. Cukuplah buat kamu yang yang kasihnya ku sambut dan ku balas. Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku berikankan diatas kasih ini. Selebihnya kita berdoa dan bertawakal kepada yang Maha Esa, semoga dipermudahkan dan diberkati apa yang kita tujui. Semoga perjalanan yang masih panjang ini di restui, semoga segalanya dapat kita hadapi. Bukan mudah apa yang telah kita tempuhi, ku doakan semoga segalanya berjalan lancar. Setiap yang datang, manis maupun pahit, anggaplah sebagai asam garam kehidupan, Tuhan tidak akan menduga melainkan atas kemampuan insan itu. Moga kita sentiasa diatas landasan yang lurus, yang buruk itu datangnya dari syaitan yang xpernah akan berhenti menarik anak cucu Adam untuk menjadi temannya di satu tempat yang sudah pasti buat si jahanam itu. Ku doakan yang terbaik buat kita semua. Aminn.


Wednesday, June 1, 2011

The Unexpected Gift


Hari yang mendung dan agak mendebarkan jantung ku pada hari jumaat yang lalu telah dikurangkan dengan suprise seperti gambar ini. I'm speechless with this unexpected gift  was delived by him. Tq so much...what else can i say kan.....tq...tq..tq...

Dah lama xjumpa kan, berapa ratus hari dah ek?
teringin nak jumpa^_^






ich liebe du

Miss Her



Nur Az-Zahra, aunty miss u so much oredi! Sori coz aunty xdpt main byk2 dgn zara coz i'm bit bz dear. Wait , i'm going to ur hometown when i have the time :)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Powered by ShowMeBlogger.com

Wednesday, May 18, 2011

Curi Perhatian ke?

Hari nie meeting yang panjang buat aku penat. Esok meeting kat luar pun mesti balik lambat lagi. Sakit tekak dan batuk yang xhilang lagi buat aku sungguh xlarat. Dalam meeting dok asyik batuk ...malu pun ada. Tapi buat apa komplen, kerja tetap la kerja kan, syukur sajalah ada kerja. Sakit plak Allah yang bagi, so kena terima dengan redha.

Pagi tadi dapat info/short notice in 3 days i have to fly again over the sea  for a week. Dalam hati dok fikir, baru unpack semua barang baru  2 3 hari lepas,actually baru ja habis semalam n masih ada yang bersisa lagi  nak kena packing lagi. Going alone for a week. Tak tau la hepi ka xhepi. Dok fikir baju nak pakai apa la,nak prepared apa info semua bagai... haish dengan gaji xmasuk lagi. Xmau la guna saving, sayang...Alhamdulillah, pas keluar bilik mesyuarat tadi pegi jumpa admn nak suruh tempah tiket flight semua bagai n then diberitahu perkara tersebut ditunda. Nasib baek! Syukur... i pun xmau la dok curi perhatian org dengan suara-suara rock i kat sana.Tapi pasti  meeting esok i terpaksa bersuara rock dan terbatuk-batuk. Eh, xbaek komplen. Ya Allah, sembuhkan la aku. Aminnn. ^_^

Dari Jauh

Demam sudah berkurangan, selsema pun hampir sembuh. Yang tinggal hanyalah xmau pergi hanyalah sakit tekak dan juga batuk but InsyaAllah, rasanya xlama lagi ok la nie. Hope to get well soon. X best pun sakit, bukan leh ponteng klas pun, hahaha.

Ok, i write this entry just to say thank you so much for the present that has been delivered to me by Mr.PKH. Unexpected actually coz  i also almost forget about the GA i won last few month.

While i'm on discussion with my boss, the office boy come into my room holding the curier Pos Laju Malaysia. Tetiba terfikir memandang plastik curier tersebut, "aik, aku mana ada beli apa2 pun online" n then bila bukak bungkusan...wow, Arsenal Jersey, Mr.A kah yang hantar nak buat surprise? n then i read the note there. hehe, hadiah menang GA dulu.

    To Mr.Pkh : Thank You dik . That jersey is cun n i like it. xkisah lambat or cepat.^_^

Monday, May 16, 2011

Salahkah Aku Atau Salahkan Aku

Salam,  i hentam buat lagi post hari ni.

Salahkan seseorang menggunakan kad kredit  sendiri jika  mampu membayarnya dan kawalan kewangan       masih lagi  baik ?

Salahkan  membelikan sesuatu kepada seseorang sekiranya mampu atas tujuan yang releven ?

Salahkan  merancang kewangan  sendiri?

Salahkan seseorang menggunakan ilmunya sebagai graduan dan profesional dalam bidang acconting+ finance+costing untuk  pelaburan untuk merancang hidupnya sendiri?

* Tidak salah. buatlah apa2 asalkan masih dalam landasan yang betul disisi agama dan undang2 serta tidak menyusahkan orang lain. Ada aku kisah orang lain punya mulut atau bait-bait perkataan? Jawapannya aku xkisah langsung ye, bukannya aiman je xkisah. Satu lagi, kalau aku diam tu bukannya bermakna aku bodo or lembab or takut. Aku diam untuk mengelakkan pertengkaran bodoh yang mungkin akan terjadi. Nanti xpasal2 syaitan bersorak gembira lak sesama kita bertengkar. Opps satu lagi, kalau berdebat dengan org xdak ilmu nie mmg dia xnak mengaku kalah or nak menang ja. Buat habis air liur ja. kalau dia nak dengar xpala jugak boleh lah dikongsikan ilmu, nie dah nak buat pandai sendiri lantak kau la. Aku xheran. Ko xbelajar ka kecik2 dulu zaman orang jahiliah? haa, sebijik macam kau lah. Bodah lagi dungu,iri hati suka meninggikan suara, bercakap semua nak guna perkataan xsenonoh. Aku pun xmau dekat okeh! 

Kepada mereka-mereka yang tidak berkenaan jangan terasa ye, saya tidak langsung bercakap berkenaan kamu. Begitu juga kepada orang yang disayangi dan keluarga tercinta.Kamu semua tidak termasuk.hehe

Ya Allah, berikanlah aku kesabaran dan keimanan yang teguh serta jauhilah aku dari manusia-manusia yang selalu sia-sia dan tidak memberikan manfaat dunia dan akhirat. Aku terleka sejak akhir-akhir ini. Terasa sungguh insaf.

Monday

Salam, hampir beberapa minggu saya xupdate blog ni. Sebenarnya rasa hati mahu stori macam-macam. Tapi saya xmempunyai kesempatan + mood yang tiada untuk mengarang entry baru. Demam yang sudah masuk hari kelima ini masih belum sembuh. Sejak dari luar negara lagi saya rasa badan dah xsihat dan mood juga sudah pasti tidak memberangsangkan. Jumpa doc dapat mc, tapi hari nie saya xmc pun, masuk juga opis sebab byk kerja2 nak kena settle ditambah dengan macam2 isu hot cili semua.Lagipun my boss pun xcuti, xkan saya nak berbaring di rumah. Xpelah, lain kali je cuti. Nak citer, saya demam mungkin sebab melalui perubahan iklim, sejuk pastu panas pastu sejuk, haisshhh macam2 lah. Tiap kali pegi or balik dari ovc mesti xbrapa sihat. Saya nie mungkin tergolong dalam kalangan orang yang sesuai menetap di Malaysia ja. Teringat tiap kali pegi ovc dengan keluarga dulu2, pon sama ja...beloved mom akan spare ubat siap2 untuk saya sbb dah tahu mesti demam. Parents jugak selalu bising kalau bawak je saya g ovc mesti memilih betol makan. Ye saya tekak org Melayu, yang lalu sambal belacan ngan nasik ja, roti or bun or others western food mmg xbrapa layan.Sekali dua boleh la, byk2 kali  nak muntah je rasa.Kesian kan, bukan nya saya yang perlu dikesiankan, tapi kesian pada org yang bawak saya, nak kena sediakankan makanan lain. Sebab xnak menyusahkan org, saya xkomplen pn, dok diam2 n makan je apa yang boleh dimakan kat ctu, kalau ada buah, makan setiap hari la begitu. Sebab tu g ovc leh diet. hahahaha. Best gak, bila lagi nak diet kan? uishh, tgk dah melalut dah entry nie.Stop.

Sambung buat kerja, makan semua ubat yg doc ensem bagi kecuali ubat yang merbahaya iaitu mengantuk. Lagi satu, org kata i berdedikasi sebab trun flight n sampai umah lewat malam pun sanggup dtg kerja keesokkan paginya.  huhuhuhu, baik ko dtg opis walaupun xlarat sebelum ko kena penyapu lidi. ^_^

To my boss tq sbb kespotingan kamu ya.

Nasib esok cuti, so akan ku berehat dirumah. Harap tiada yang menggangu saya ya. Ya, ini amaran, jgn ganggu saya. Saya sudah cukup penat sehari di atas flight untuk pergi dan sehari lagi diatas flight untuk balik je.

Nanti sambung lagi cerita lain plak lepas dah bersedia bersama mood kegirangan untuk menulis entry.

DAA        ^_^.

Friday, April 22, 2011

Nasi Ayam Dan Limau Ais

Hari ni aku x join member-aku yang len keluar walupun rehat panjanh coz aku rasa penat n ngantuk disebabkan melalui hari yg penat jemari buat assingment bertulis tangan. ngeh ngeh ngeh.



Sambil buat kerja perabih satu paper yg aku mulakan dari pagi tadi, Mber group len kol ajak makan kat cafe.Aku pun follow je la kejap. Yg paling best, menu nasik ayam air limau ais aku hanya RM5! berbaloi-baloi ku rasa.Murah kan? hmm. hehe. Untung-untung. I did ask him twice for the price, Yes only lima inggit cik! mber sebelah xpueh hati harga menu aku. hehe.







Ok pas habis menjamu selera, nek opis balik. daa. nak sambung apa-apa yang patut.



zzzzzzzzz



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 17, 2011

My Asam Pedas

My Asam Pedas ala senang nak masak


Maka, afta ber'klimtumklimtang' kat dapoq aku tu, maka terhasil la asam pedas buatan sendiri. Sedap x? lidah aku kata sedap ja, lidah org aku xtau la. hehehe. Nak tgu masakan ibu tercinta pun lepas balik dari ovc next month baru leh balik kampung, maka buat ja sendiri.

So guys, i will share wit u ols the simple resepi ini. ye, aku tau aku xla terer masakan, tp bagi siapa2 yg nak masak senang ala aku inilah resepinya.

Ikan (ikan apa ikut korang la),buah tomato,asam gelugur,bunga kantan,daum kesum,cili blend,bawang,garam n gula.

Panaskan minyak dalam kuali/periuk (whichever easier for u), tumiskan cili yg dikisar bersama bawang yg dipotong. Lepas dah pecah minyak n naik bau,masukan asam gelugur bersama semangkuk air. Tambahkan gula dan garam secukup rasa..Korang try la rasa ckit, kalau dah rasa ok tu cukup masam,manis,masin n pedasnya, masukkan ikan. Tgu seketika n agak2 ikan pun dah masak, Masukan bungan kantan yg dipotong cantik bersama daum kesum,  masukkan buah tomato yg dipotong. Tutupkan api, supaya buah tomato  yang korang masukkan  tidak lah masak terlalu lama dan jadi lembik. Hmm apa lagi, makanlah bersama nasik panas. Sedap ooooo. :)

-(Bunga kantan & daum kesum dimasukkan akhir agar mengekalkan keharuman baunya , bagi sesiapa yang ada banyak stock tu  nak masuk dua kali  pn ok gak.Sekali waktu awal, last sekali masuk waktu nak tutup api)


Cubalah resepi ala saya yg xseberapa ni :)




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails