Friday, March 18, 2011

Thursday, March 17, 2011

Catatan untuk ingatan ku semata-mata.

Salam, agak jarang diriku nak buat entry n updated kat blog nie. Kali ini pun entry ini buat kenangan or just as my review untuk masa-masa akan datang.

Syukur Alhamdulillah dengan peluang untuk hidup lebih lama. Semoga sepanjang usia dunia yang dikurniakan Allah S.W.T ini akan kuisi dengan kebaikan dunia dan bekalan ke sana nanti. Aku rasa kerdil sgt dan takut pada semua dosa yang kusedar atau tidak sedar...Hadiah yang paling bermakna adalah kasih sayang dan rezeki yang tidak pernah putus. Semoga Tuhan merahmati diri ini dan keluarga serta insan-insan yang sentiasa berada disekeliling saya. Terima Kasih Allah.

Membeli hadiah istimewa buat diri sendiri hasil dari titik peluh sendiri adalah sangat bermakna. Yang penting puas dan senang hati. Tidak perlu dihebohkan kalau sekadar untuk menimbulkan rasa irihati dari orang lain. Kalau dah beli barang dalaman ratusan ringgit pun ada yang menjeling pada saya. Sudah pasti yang ribuan akan ku simpan rapi, kubeli bukan nak menunjuk. Terima kasih pada insan yang tidak putus-putus mendoakan kebahagian saya. Pada yang tidak senang hati atas kesenangan saya, juga terima kasih kerana berkebun untuk saya bagi bekalan disana. Teringat pada kata-kata seorang teman, "Jika kita tak pernah buat atau kita dok diam-diam pun ada org benci atau dengki kita menjadi perhatian, pasti kita ada keistimewaan sendiri yang tidak kita sedari". Biarlah Tuhan sahaja yang menjaga kita , selagi kita tidak melupakan Nya, Dia tidak akan pernah sibuk untuk kita". Jangan takut dan jangan kita lupa, Allah S.W.T itu sifatnya Maha Adil, Dia adalah perancang terbaik. Kamu lupakan bahawa kepercayaan dan keyakinan ini adalah termasuk dalam rukun imam seorang muslim. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu ... jauh sekali seorang alim atau ahli sufi, atau ustazah untuk menasihati ..namum, itulah apa yang aku pelajari dari mereka yang banyak ilmu. Dan aku percaya serta yakin dengan setiap apa yang aku pelajari. Yakinlah, Tuhan itu Maha Adil, jika tiada balasan disini, disana nanti pasti setiap dari kita akan mendapat balasannya, baik atau buruk. Pilihan ditangan kamu.


A picture is worth a thousand words

picture from gogle





Wednesday, March 9, 2011

Besties E-Day --- hepi for u ida&apit

Congratulation to my frenz, ida on her engagement
so hepi for both of you :D

ayu,cik baru bertunang,and me.

Monday, March 7, 2011

Di luar kemampuan saya.

Jika diikutkan hati ini, saya nak tolong semua orang
xsedap rasa hati jika tidak dapat membantu
namun tidak semuanya berada didalam kawalan saya
saya manusia biasa yang xmampu nak puaskan hati semua orang
sedayaupaya saya mencuba....namun semuanya diluar kudrat saya.
yang lain saya hanya mampu berdoa untuk kamu-kamu semua.
saya bukanlah insan luar biasa, saya hanya insan biasa.
Semoga kita sentiasa dibawah Peliharaan dan Rahmat dari Nya.

Monday, February 14, 2011

Kau Hancurkan Harapan Ku Seketika.

Dari semalam, xbrapa boleh tidur, agak sedih. Dan agak blur pagi nie, terasa dunia seperti sunyi seketika. Disebabkan tidur agak lambat semlam, pagi bangun "terkalut' sikit. Disaat ini, aku sedang menghitung waktu dan memikirkan cara yang terbaik, mungkin, untuk menyelesaikan masalah ini. Oh my second darling, why u did this to me? u know that i also love u walaupun kasih saya buat darling yang pertama sangat-sangat la kuat dan lebih-lebih banyak dari kamo.Oh my darling....lalalala

Ok, my second darling yang buat hal itu adalah si BB, atau nama penuhnya blackberry henpon saya. Buat my real darling, Mr.A, sila jangan kecil hati ye. Jangan gusar kerana kedudukan mu tidak pernah tergugat. eceh...hehe, ayat poyo ! kehkehkehkeh.

Mungkinkah si BB saya itu buat hal kerana terlalu banyak application "Free" yang saya download dengan active nya sepanjang hari. Saya ni bukan apa, saya suka fully utilize gadjet's' yang saya ada supaya tidak membazir. Yela, supaya saya boleh updated dengan perkembangan n current issues dalam dan luar negara. Haku download magazine, news, stock market updated konon macam orang main saham pulak. Blog application, gamesss, waktu solat, Al-Quran , weh, macam-macam ada..... ya la, nama pun smartphone, buat apa haku beli kalau xguna sepenuhnya kemudahan yang ada. Mungkin BB pening kot kan, lepas dah download tu dia kata, nak restart sekarang x untuk application tu 'run', n then aku say 'yes'. pastu terus blur, keluar skrin putih dengan perkataan 'reload software 552'. Haku dah xbleh 'onn' atau 'off'  BB lagi. n then aku keluarkan batery, dia off la sat kan, pastu bila dimasukkan balik, still same screen appear. waduhhh....camana nak buat nie? nampaknya harus kol adik lelaki ku tersayang untuk minta bantuan. He so terrer la about all this kind of prob. Just hope that his mode is ok n xbusy sangat. Kebizian yang selalu mengalahkan haku.

Hmm, nampaknya sehingga BB ok, tambahan esok lak cuti, aku akan terkurung dibawah tempurung ler. emails xleh tengok, facebook tambah la lagi kan, opis pun xleh bukak fb kecuali waktu rehat yang xsampai sejam tu, yang waktu aku nak pergi makan tu la. Blog pun xleh update n updated dengan entry dari kawan-kawan blogger lain. Alarm aku, organiser aku, nak tgk time solat , macam-macam la yg mungkin terganggu. Yang paling xbest adalah, no.henpon yang dalam tu, buat  masa sekarang aku terpaksa guna henpun lama pink ku yang comel itu, so no telepon member2 semua xupdated. Haku mintak maaf siap-siap la kepada sesiapa yang kol n sms tetiba aku xreply kalau aku xsure n xjwb panggilan korang.

Nampak cam hidup agak terganggu sikit, 'sikit' je, aku xkisah dengan facebook semua tu, sbb aku pun bukannya everytime dok godek fecebook tu pun, just sometime, ramai yang hantar msg kat fb, so aku risau kalau ada benda-benda penting. Email pun penting gak untuk update aku. Cuma email rasmiku saja aku x bubh dlam tu, bukan xmau, cuma berhati-hati sbb email rasmi xboleh digunakan untuk sebarang benda xrasmi yang mungkin ada byk big rahesia walaupun aku org kecil, hehehe. Plus, aku berwaspada gak bila ada rumour ttg sever bb yang mungkin dikawalselia oleh pihak bukan dari negara ini. Just take the prudent step beb ! Setakat email yahoo or gmail tu apala yang ada sgt didalam nya, untuk benda biasa-biasa ja. coz mungkin aku jenis org lama yang xmenaruh sepenuh kepercayaan benda2 online nie, lets make it black n white on paper peeps :) Xpalah, hidup seperti biasa, kalau xdak gadjet modern, kita guna cara lama, diari, jam loceng,hehehe. n Beli ler surat khabar kan. Apa susah beb (^_^)

rasa nak tukar cover lepas bb aku ok nanti, tapi leh x aku xmau cover pinky lagi cam ni. ok, nie bukan henpun aku, aku copy dr en. gogle. tapi chumel gak kan warna pink. haishh



Saturday, February 12, 2011

Spending time with pren lagi



tajuk lebih kurang sama, cuma tempat,waktu dan orgnya ja yg berbeza. melepak bersama kat noodle station, order mee curry, menu yg tersangat aku jarang nak order. tapi sbb nak try rasa hari tu aku pn order sbb malas nak pikir.nasib ice blended membantu menceriakan keadaan tekak dan lidah. on the same day gak la hari aku spend banyak sikit...xbest hari itu ialah atm rosak dan disebabkan mals nak cari tempat lain aku guna kad plastik gores. terbelanja la benda yg asalnya xdak pun dalam plan. Org len yg nak bertunang ngan kawin aku lak yg berbelanja kat Binwanis, ohohoh, kat mana lak nak p tempah baju ni, nie la yg malas nak beli kain ni. Jom sapa nak teman I. hehe.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Powered by ShowMeBlogger.com

Time with pren

ke"posing"an kawan-kawan bersama eskrem eskimo

eskrem selalu menjadi bahan penghilang stress. hehe, ok I only can upload a photo per entry, coz dis BB application did't allowed more than that. huh, very tak sonok cam ni..

Bersama teman yg dua org tu, dan tangan yg ke3 ituler tuan tanah. Ok, jom nak upload picas lain lak, so kena buat entry len lak.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Friday, February 11, 2011

Saya suka motivasi dan kisah tauladan dari mereka yang berjaya dalam hidup terutamanya.

Semalam, round table meeting eceh konon. Beliau cakap xlama, maklum la orang yg very important mesti tersangat busy. kalau takat oficer kecik ala cabuk  macam  nie pun kadang sehari rasa sibuk nak ja ada 30 jam, berlari dalam ofis sebab nak kejar itu ini, stress dengan macam-macam perkara eceh, tak-tak, sekali je aku berlari pecut dalam opis ala 100 meter dari tingkat ni terus ke tingkat tertinggi, macam nak runtuh bangunan je dulu.hahaha. xingat malu dah waktu tu n semua org disini paham. kehkehkeh. So, kena ingatkan diri sebab ada org lain lagi yg lebih terbeban dengan tanggujawab dan tekanan, kalau org lain boleh kenapa tidak kita. Dalam sibuk-sibuk org penting itu, masih sempat membaca dan beramal, kenapa tidak kita. Yesterday he told us a story n added some advise and motivasition. Merenung sejenak aku, buat keja atau apa-apa pun kena iklas, tidak kisah orang tahu atau tidak, yang penting iklas, sebesar zarah pun, Tuhan akan tetap menilai.Kalau manusia tidak berterima kasih atau menghargai, tapi Tuhan Sayang, kalau dia tak bagi kat dunia, dia bagi kat sana nanti. Yang Maha Adil. jgn lupa dulu kecik-kecik kan kita hafal sifat-sifat Dia Yang Maha Berkuasa. Ada brapa ya kawan-kawan? so Yakin lah dengan apa yang telah kita ketahui, InsyaAllah jiwa dan hati akan tenang. Bila beliau memberikan nasihat dan kisah ringkas semalam, tak terasa bagai seorang pak menteri dengan orang bawah, tapi macam seorang guru sedang memberi nasihat pada anak murid. Tiba-tiba aku rindu zaman belajar kat universiti dulu, aku sangat suka kalau belajar dengan lecturer yang sambil mengajar suka bagi kami ceramah nasihat dan motivasi. waa, dah tiga tahun meninggalkan zaman gumbira bersama teman-teman. weh rindunya kat kawan-kawan aku dulu. ~

Saiz, Colour, And Distance does matter.

Add caption
pink n purple. do u like?

After office hour, rush to the only Shopping Mall here in Putrajaya, Alamanda. 5.30 p.m until 10.30. huhu, at last i got what i want! Sweet as picas above. Pink n Purple.Bukan apa, this entry is only to express my feeling...betapa susahnya nak cari saiz Mr.A dipandankan dgn warna kesukaan Ku. Selepas berjaya selongkar semua brand, dan kaki pun dah sgt lenguh akhirnya jumpa satu! Lega rasanya. Yg paling penting, moga2 saiz ini muat dgn dia. n really hope that He will like it! Semoga pjj between us dan kesibukan yang akan bertambah dalam kerjaya masing-masing tidak akan menjejaskan apa yang telah dibina dengan susah payah dalam hubungan ini. Moga kita dan kasih ini diberkati dan diredhai oleh Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah :) Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah padaku jalan yang lurus.

Saya pernah beria-ria membeli sesuatu untuk beberapa insan, sgt seronok dan teruja untuk memberikan pemberian itu, tapi saya sangat kecil dan terasa hati bila ada diantaranya bukan berterima kasih, malah mengatakan xlawa! dan buat xtau ja, saya bukannya mintak balasan apa-apa, saya bagi sebab saya iklas dan saya suka nak memberi, tapi.... itula, manusia...semoga saya tidak seperti itu pada org lain. Pada semua insan2 yang dekat dihati dan sekeliling saya, saya sayang kamu semua walaupun  kadang2 saya macam kalut. hehehe...



love made in heaven !



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Powered by ShowMeBlogger.com



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails