Monday, January 24, 2011

Baru rasa berbaloi-baloi.

wayar yg nak terputus suda!

Asalamualaikum, dgn rasa puashati, tersenyum dan gembira bila boleh updated blog dari Blackberry nie. Haa, baru la rasa cam xsia-sia beli henpon ni dulu. Dengan itu juga bermakna saya boleh dan kerap updated la blog ni. Kalau nak tgu bukak internet kat pc mmg jgn harap la, lebih2 lagi kalau kat opis. mana ada masa,fb pun kna blok. So, sekarang, waktu dok panas engine keta pagi2 pun boleh sudah updated. hehe. xyah lama, dlm 5 minit pun dah boleh wat satu entry. hohoho... ok, nanti saya updated tutorial camna na nak blogging especially bagi blogger blogspot. saya faham perasaan mereka2 yg nak updated tapi xreti. don wori, saya pun macam kamu gak awal2nya. so mari-mari kita berkongsi ilmu disini. hehehe :p

(gambar diatas menunjukkan charger BB saya yg dah hampir nak putus, i xganas pun,tapi xtau la napa jadi camtu, my sister n my friends pun ada masalah ngan charger bb nie,bila cas ssh nak masuk)- naseb bek leh cas kat pc/laptop.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Powered by ShowMeBlogger.com

Testing Via BB



yes, i'm trying to updated my post via BB



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Thursday, January 13, 2011

Kerinduan

Kelender depan mata betul-betul menggangu konsentrasi untuk siapkan kerja. Akhirnya ku belek juga kalender itu untuk melihat kalau-kalau ada cuti dalam waktu terdekat nie. Hati meronta rindukan mommy daddy kat kampung,rindu rumah,bilik aku apa agaknya dah jadi bilik aku kalau org xmasuk takut bersawang la , rindu pokok bunga,rindu tanaman sekeliling rumah. Terliur terbayangkan pokok-pokok tebu tanaman sendiri, kalau diproses boleh minum air tebu yang sangat fresh. ooohhhh. Teringin nak nikmati suasana pagi tepi kolam, tolong mommy kat dapur seperti akulah pembantu chef terbaik Yang sangat pasti rindu sangat kat mommy daddy tersayang la. 

Ada lagi satu faktor yang membuatkan hati aku begitu teruja nak balik rumah nie, of course la nak jenguk baby Zara cayang. Jeles kat my lil sis tengok zara. Rindu juga kat my D&D , tak sabar nak usik si dania, hehehe. Nasib baik la my sis ada email gambar si tecik comel tu. Ni diaaaaa....   :D







To si dia. don't worry la. of course la i miss u a lot :>

Monday, January 3, 2011

Good Bye 2010 & Welcome 2011 - (1432 Hijrah)

Salam, selamat tinggal 2010 yang penuh dengan kenangan dan keterujaan serta asam garam kehidupan. Tahniah Harimau Malaya champion for AFF Suzuki Cup :) , Welcome 2011, semoga hidup ini lebih bahagia dan dilimpahi rahmat dari-Nya. Moga dijauhkan dari kesulitan dan kesedihan. Semoga dijauhkan yang durja dan dilaknat itu. Ya Allah Ya Tuhan Ku, berkatilah hidupku,kedua ibubapaku, keluargaku serta mereka yang berada disekeliling ku. Amin.... : )

Azam di tahun baru? hehe, setiap kali masuk new year, kebanyakkan orang akan cakap bab azam dan tekad. Yang tahun lepas dah capai belum? korang camna lak? Hohoho.. saya? Tahun lepas punya azam. Serious, saya tahun lepas tiada azam. Boleh terima tak, saya tak ada azam tahun lepas. Beberapa faktor kesibukan diri, kerja serta nak menstabilkan emosi telah membuatkan saya agak lupa untuk apa yang nak dicapai tahun 2010. Serious, untuk 2010 saya tiada azam yang major. Banyak perkara atau peristiwa yang menyebabkan saya tidak fokus langsung untuk menetapkan satu target yang besar untuk 2010. Mungkin kekangan yang dihadapi sepanjang tahun lepas telah melupakan tentang kebiasaan azam besar yang nak dilaksanakan. Walaupun begitu, my life goes very well for 2010. Saya dah pindah rumah, in which i really hope to have a better place n cozy, have my own privacy, my own kitchen, :) saya sudah melaksanakan azam kecil saya . I cook everyday : ) . Telah mula membeli sedikit demi sedikit aset yang tidak seberapa mungkin :)

So for 2011, what's my target? yuhuuu... saya nak slim, opps bukan kurus kering, tapi memiliki jiwa dan badan yang lebih sihat, akal yang lebih berisi ilmu bermanfaat. Healty life style. Selain persediaan untuk ke DPA. Saya nak kembali pergi beriadah, kurangkan kesibukan dan balik lambat dari opis. Kalau aku sakit ada diorang kisah ? haa??Nak pergi swimming since my new house so near to the swimming pool. Tahun 2010 hanya boleh dikira brapakali saja saya pergi berenang, tu yang badan dah macam belon. Ada la yang berjanji asyik nak pergi, tapi mcm alasan pulak yang diberi, thats  YOU  make my life miserable , YOU know that hahh !!!. Tidak mahu mana2 insan memanupulasi diri serta fikiran saya. If you want to stay with me, follow Me, bukannya aku yang kena tunggu KO.  Aku yang sangat degil dalam diam. Yang sangat ego dalam diam, stop. 

Itu bab riadah serta kawalan emosi, bab lain, saya InsyaAllah mahu memperbaiki diri dari sudut kerohanian, target untuk tahun ini dan masa depan, saya nak memperbanyakkan berpuasa sunat. Puasa ganti jgn cakapla, itukan memang wajib, InsyaAllah dalam seminggu nak berpuasa sekurang-kurangnya dua atau tiga hari. Sunat Dhuha. InsyaAllah.Bukan riak mahu menghebohkan amalan, lagipun blog ni siapala yang baca sangat pun. Tapi lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya, ia menjadi "alarm" untuk saya. Saya mahu menjadi anak yang solehah, malah lebih baik dari sebelum ini, adik dan kakak yang lebih baik, kawan yang lebih "social" iaitu lebih kerap "berfoya-foya" dengan kawan2 lama dan baru. Ok maksudnya, saya mahu menjadi lebih prihatin dan kembali mesra bersama kawan-kawan yang sebelum ini  kurang bertemu. dan sudah semestinya, saya mahu lebih berjaya dan cemerlang dalam kerjaya. Saya mahu menambahkan ilmu sebanyak mungkin, seterusnya i can afford to serve the nation n people :) Cewah, banyaknya harapan. Ok bagi saya harapan dan impian adalah bagus kerana ianya bertindak sebagai ajen atau pemangkin kepada kejayaan. So this is me, and i'm back to the track. InsyaAllah.

One more things, plans for 2011, i wanna go for holiday, far far away. hehehehe. Bukan 2011 ja, malah untuk masa yang akan datang, saya mahu berjalan lebih jauh. Jauh perjalanan , luas pandangan. Tak gitu. I wish i could go  travel  in and outside this country. InsyaAllah.

Relationship with him? I pray for the best for both of us. Yes as we always know, all is in HIS hand. Ajal, maut, jodoh dan rezeki, malah segala-galanya di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang, dan sudah semestinya saya merancang dan berusaha untuk yang terbaik. InsyaAllah, saya sentiasa mendoakan yang terbaik juga buat si dia. Moga Allah S.W.T memberikan yang terbaik buat kita berdua. Semoga kasih sayang ini mendapat redha dari Nya.




Monday, December 27, 2010

Macaron, I Want You















xkan nak kena pegi Harrods kat London baru boleh makan kot. sobsobsob

. pic from en.goggle





setelah menerjah empayer gallery di Subang last saturday, saya tak jumpa pon macaron lpas bershopping handbag dan purse baru sakan padahal nak cari macaron je.hehe . kan mana. anyone know? sob..sob.. i want macaron...semoga pakweku terbaca entry ni n hadiahkan.hehehe

Thursday, December 23, 2010

Keindahan Ciptaan Allah S.W.T



Pandangan dari jendela kamar beradu ku. 
Sangat cantik melihat mentari terbenam di ufuk barat
Subhanallah, aku sungguh kagum dan insaf
Dialah Tuhan Semesta Alam.

Diberikan lagi aku peluang untuk terus melihat
Menghirup udara ini dan melaksanakan kewajipanku
Bagaimana dengan amal ku
Bagaimana kalau mentari muncul bertentangan arah
Ketika itu pintu taubat telah tertutup.
Penyesalan yang tiada gunanya lagi

Ya Allah Ya Tuhanku
Selamatkanlah aku, kedua ibubapaku, keluarga dan keturunan ku
penyampai ilmu, dan mereka yang berada disekelilingku
dari siksa dunia dan akhirat
Rahmati dan Berkatilah hidup kami
Semoga mendapat kebahagian
Dunia dan akhirat.

Buku.



Nampak tak gambar di atas? isikan ruangan bergaris dengan jawapan yang tepat. Ini adalah satu penyelesaian masalah. kenyit sikit mata. Gurau je ok. hehe. Mesti ada yang ingat saya ni seorang  yang rajin pergi membeli buku berhard cover dan menjadi bahan bacaan. ok jgn terpedaya. Kalau bukan kerana ianya satu tugasan wajib, maka jgn harap saya sesuka hati nak pergi beli buku nie kat MPH dan membacanya dengan bersungguh-sungguh bersengkang mata setiap malam dan siap buat conclusion/summary cam zaman belajar dulu. Anda ingat saya rajin sangat ke? Walaupun saya mmg suka membaca, tapi kalau benda tu formal macam nie, mmg saya xbrapa suka. tapi kalau jalan free2 ke mph mmg buku mcm nie aku suka asalkan aku sendiri yang rasa NAK.Oh sori, saya bukanlah tergolong dalam kategori pelajar rajin tahap gaban ye. Kalau rajin dah lama jadi Doctor. Sebab xbrapa nak rajin la boleh jadi Accountant dan ditawarkan carrier yang menarik di United Kingdom sebelum aku terperangkap disini berangan tak hengat.  hahaha. Ok, just kidding again? Nampaknya saya sudah hampir terkeluar tajuk lagi nie. Tu la, karang entry dulu sebelum fikir tajuk kan?kan? itulah cik sufia gelaran yg diberi oleh sesetengah insan, suka berangan, berangan saja sudah boleh buat aku gumbira tersengeh-sengeh.

Kembali kepada tajuk utama, saya sebenarnya nak berterima kasih kepada seseorang yang telah berkongsi pandangannya berkenaan dengan buku ini. Perbincangan kita telah memberikan saya keyakinan untuk menyiapkan tyugasan wajib ini dengan lebih efficient dan telah mempelbagaikan sudut pandangan saya. Nanti saya belanja kamu ye. Thanks H so much. Yang lebih menyenangkan hati, saya sudah menghantar tugasan tersebut 2 hari lebih awal dari dateline. Itu sudah cukup buat saya rasa selesai satu tanggungjawab sebagai pekerja makan gaji... ja pun. Aku Insan Kerdil... tetiba la pulak kan, nak buat sadis kat sini. maklumla, blog macam diary luah perasaan la kan. apa lagi....





Wednesday, December 22, 2010

Malu

Malu dan iman berjalan beriringan. 
Jika salah satu ditinggalkan
Maka kedua-duanya akan hilang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud:
"Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."


Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)

Cuma berwarna hitam dan putih

hatiku berbahagi ketika event ini berlangsung. gembira atau sebaliknya.



Dalam dewan ketika aku sampai pada waktu ini, sebahagian besarnya penuh dengan wajah2 yang ceria. Mereka senyum padaku, dan ada yang aku balas.Aku berdoa agar aku akan bahagia dengan jalan yang aku pilih secara terpaksa atau dipaksa orang lain Ya Allah, adakah ini jalan yang terbaik untuk aku. Berilah aku petunjuk. Adakah aku akan berjumpa dengan apa yang aku cari. Satu kepuasan yang hakiki dalam cabang ini.

Monday, December 20, 2010

Masakan Pertama Ku.

Iya, buat kali pertamanya dalam hidup saya. Saya telah memasak untuk seseorang. Bukan maknanya saya xpernah masak sebelum ini, cuma ianya adalalah kali pertama dalam hidup, saya masak dengan tujuan untuk dihidangkan dan dijamah oleh seseorang yang menjadi bahan dalam buku nota kening ;p .Walaupun saya pernah masak bersama teman-teman seuniversiti serumah (oh, rindunya korang semua) dan pernah dirasai oleh member berlainan jantina seperti cucur bawang, karipap bawak nek ketapi, cucur ikan bilas, kebanyakkan darinya saya adalah pembantu chef sahaja. Yang betol-betol saya jadi tukang masak utama boleh dikira dengan jari kaki dan tangan sahaja. hehehe. 

Semalam dengan rasminya dan buat pertama kalinya saya telah memasak for a guy which now has his own place in my buku nota. Hahaha, jgn la ketawa. Ini pengaku jujur dari saya, saya mmg xpernah masak apa-apa untuknya hatta sepinggan maggi kari pun sebelum ini. Iya betol. Sbb walaupun saya kenal dengan dia dari tahun lepas lagi, kami berhubung jarak jauh. Tiada dating-dating ye. Cuma semalam dia telah dtg kesini untuk friendly match football dengan para juniornya (termasuk la beberapa org member batch saya sendiri). hahaha. KALAH 7-4.Adakah masakan saya yg dijamah dengan banyak olehnya menganggu perut dia untuk menyepak bola? HAHAHA....ok-ok, mari kita lihat..... apakah menu pertama saya untuknya?

1. Sambal Ikan Lakeside With Onion.
2. Sotong Goreng Kunyit Bercili.
3. Sayur Campur Bersama Cendawan Segar.
4. Telur Dadar Kekuningan Bercili.
5. Nasi Putih.
6. Air Sirap Rose Sejuk.

(semangat masak sebab dah ada peti ais baru dan masuk rumah baru)

Ok tak menu itu? Ok ler kan untuk budak yg xterer macam saya nie kan?kan? hehe. Tapi lagi best bila masakan saya dipuji sedap. :) walaupun bagi saya biasa saya. Tapi dah dia kata sedap n kena dengan selera. Kakak n adik saya pun kata ok, n Abg ipar saya pun xdak complain. So saya concludekan sebagai ok la. :)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails