Sunday, October 17, 2010

Imaan Dah Setahun Giveaway

waa lea...anak dara comei lote ang nie dah besaq pun,, dah setahun pun lea. Congrate to both u lea n zarif, berjaya membesarkan anak ini. aku join entry nie bukan sebab nak adiah pun, tapi aku mmg iklas doa kan imann...n so sori sbb lambat join entry nie...hehe, dalam kul 3 pagi nie baru leh menaip untuk imaan...sori imaan, aunty nuris busy sikit la dua tiga menjak nie...Alhamduliillah...dah selesai pun mengumuman Bajet 2011...nie haa baru ada time khusus nak wat entry nie...tapi itu bukanlah penghujungnya...esok nak kena g outstation berhari-hari la pulak...so sebelum masa tidak mengizinkannya lagi...baik  i trus wat entry nie. Kepada pengunjung blog aku yg xseberapa, for ur info, Imann ni adalah anak kawan aku....ya kawan sekolah ngan aku waktu mengaji kat Sekolah Menengah Sains Kedah dulu. waa satu dorm lagi untuk beberapa taun kan lea.hehe,, 

Sepanjang aku kenai lea n zarif nie, aku rasa dua2 org baik, dua2 pandai ....so aku rasa anak depa pun mesti ikut jejak langkah depa kan? benih yg baik mesti akan hasilkan keturunan yg baik, so lea n zarif, aku rasa anak korg xkan lari kot dari jadi cam angpa berdua gak...:) yg penting jaga dia elok2, didik dgn ilmu dunia dan akhirat secukupnya...InsyaAllah.... Ruhil Imaan akan jadi anak yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat. n for u Ruhil Imaan, kalau suatu hari nti Imann dapat baca balik entry nie, (kalau blog nie masih ada n umur aunty pun masih panjang) ini nasihat aunty nuris untuk imaan, jadilah anak yg baik dan solehah, taati kedua ibu dan bapak imaan, hargailah mereka , sayangilah mereka dan jagalah mereka sebagaimana mereka jaga imaan bagai menatang minyak yang penuh. Cabaran pada masa depan pasti lebih getir, namun selagi kita berpegang pada tali Allah...InsyaAllah kita akan selamat. Ingat Imaan bukan senang nak berjaya, banyak yg perlu ditempuhi dan dikorbankan...kalau imaan nak tau, aunty masih ingat lagi first day aunty jumpa ibu imaan kat hostel sekolah dulu, datang jauh-jauh dari Negeri Sabah semata-mata nak tuntut ilmu, setahun sekali ja balik Sabah...aku tau lea, hang mesti ada sebuah harapan yg besar dan jua semangat serta hati yg besar...tengok ang dah berjaya pun sekarang...dan yg paling best sekali dari tak faham apa loghat Kedah waktu tu sampai n ang pening apa yg aku dok bebel, hehe, tuptup sekarg dah jadi menantu org kedah..hehehe..so tiap2 taun balik Kedah lagi..waaa Zarip, congrate la dapat pikat lea yg hot n jadi rebutan ramai suatu ketika dulu ...hhehehe...n sebelum aku dok terus menerus dok berlipur aku nak wish bersama doa aku untuk anak dara angpa yg comel nie, dan semoga sifat dan peribadinya juga akan secantik orgnya.....

To Ruhil Iman Mohd Zarif
HAPPY BIRTDAY TO YOU N MAY ALL YOUR DREAM COMES TRUE!

Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki, semoga jadi anak yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati keluarga. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala kejahatan dan musibah. Semoga sentiasa diberi keberkatan, dan petunjuk dan dilapangkan dada untuk meneriman iman dan ilmu. Ya Allah, Jadikanlah anak ini seorang hamba Mu yang berjaya didunia dan akhirat
Amiin Ya Allah...



http://imaan09.blogspot.com/2010/09/imaan-dah-setahun-giveaway.html





Wednesday, October 13, 2010

Roti Jala with love n arrow...pewitt

Sepatutnya entry ini boleh je aku sekalikan dengan entry sebelum ni.
Tapi aku saja nak asingkan sbb entry nie dibuat khas untuk si dia…hahahaha
Waktu dok tunggu nak keluar dr restoren, aku berenti jap tengok org dok wat roti jala
Aku mmg suka tgk org masak2 nie. Patutla aku suka tgk AFC…. Hmm dari kechik aku suka tgk org wat2 masak-memasak nie. Best! Tapi haku xpandai la masak sgt…zzzzzz


Hhmmm nak dijadikan cerita, tukang dok wat roti jala tu laki, n dia malu kami dok tengok dia masak…hmmm apa kes pakcik? Tetiba sorg rakan baik dia aku kira ambik alih tempat dok masak tu..
Korg tengok apa dia buat!!!! Hehehe dia buat roti jala “LOVE WITH ARROW” lagi kat aku! Hahaha
Apa lagi aku capture trus gambo to….sebab nak dedicated kat SI DIA…..

…..BY, jgn marah ek….u patut suka sbb I yg request sbb nak anto gambo nie kat u , untuk pujuk u yg merajuk la…hehehe…tgk….ini lah lambing cinta i….hehe…jiwang dak?

ilebiu

A Visit

A journey to Kelana Jaya Medical Center (KJMC)

A visit to 1 of officemate on her 1st deliver...ARYAN
To kak as n husband: congratulation on your new born baby boy




Friday, October 8, 2010

Kelebihan Wanita... Subhanallah..

saya ingin berkongsi perkara ini dengan kamu yang saya perolehi dari seorang teman. marilah sama-sama kita renungkan....

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki  yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya  (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang  diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan  kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki  syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu (isteri dan anak-anak) menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.
Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc….

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Thursday, October 7, 2010

MATTA Fair 2011

MATTA Fair 2011
Date : 11th-13th Mar 2011
Venue : Tun Razak Hall 1, 2, 3 & Pelantaran Putra - PWTC
Organiser : MATTA Sdn Bhd
Contact Person :
Mr Phua Tai Neng
Tel : 603 9287 6881
Website : www.matta.org.my


Jom kawan2 kita pergi berholiday. sapa nak ikut angkat idung :p
















Monday, October 4, 2010

Trauma...Please be carefull lady!

Assalamualaikum, i write this entry while i'm still shock and trauma. But Alhamdulillah berkat sokongan keluarga especially my beloved mom,dad,bro n sisters n en.p, I'm quit cool at this moment. To all my friend, i did not tell them yet. Sori, this not mean that i ignore them, saya hanya perlukan sedikit masa untuk pulihkan kembali semangat ini. Lagi pun kejadian yang berlaku adalah sewaktu hari cuti. so biarlah saya berehat dulu buat seketika.

Jangan salah faham, saya tidak cedera, cuma sedikit demam. Mungkin boleh saya katakan berpunca dari sedikit trauma dan terkejut serta tidur yang tidak cukup. Ok, saya ceritakan sedikit why i'm trauma, not so trauma la, just a little bit. but still called trauma kan? Bukan nak menarik perhatian sesiapa dengan entry ini. tapi lebih kepada nasihat especially for u ladies. Last friday, at night. Selepas siap berkemas, saya memandu sendirian untuk pulang ke rumah keluarga. Selalunya saya akan memandu di lane yg kanan sekali untuk cepat sampai. tapi pada hari kejadian, saya memandu santai di lane tengah. while i'm driving, saya perasan cam ada keta mengekori rapat, saya sangkakan maybe saya yg drive slow (walaupun meter dah hampir 100km/jam lane tengah), ok fine saya ke lane kiri sekali (untuk sesapa yg nak pandu slow2) padahal boleh je kereta tu kalau nak cepat pegi je la potong sebelah kanan or dok je la lane paling kanan kan? but apa yg x best bila saya dah ke lane paling kiri dia pun ikut saya tapi still nak rapat ngan bontot kereta saya tu! itu mmg la sgt sakit hati kan? nak main kasar ke dia nih? apahal kan? saya kembali ke lane kanan. mmg macam nak kejar saya ja keta tu! adegan mmg tu berlarutan untuk beberapa ketika. walaupun agak cuak, saya masih waras dan ingat Tuhan. bacalah apa2 yg anda ingat. Saya kembal ke lane tengah. n drive mengikut hadlaju yg ditetapkan seperti biasa.saya biarkan je kereta tu. then keta tu potong saya n dok depan saya plak. ok. fine at that moment.  Samapai kat satu kawasan tetiba seperti ada satu balingan seperti alat elektronik yang penuh dengan wayar dilontar ke arah saya secara mengejut! it wa a huge object! saya xpasti apakah benda itu, tapi besarnya seolah-olah sebuah pc komputer (pc desktop). benda tu direct ke cermin depan kereta saya. boleh x anda bayangkan kerata yang dipandu dalam 110km/jam berlanggar dengan objek itu pada daya hentaman yg sama laju nya. sesapa yg teror fizik tolong kira jap tuk saya. kalau susah sgt, agak2 anda cermin depan kereta leh pecah x? kalau semua lane kat highway semua lane penuh n semua pemandu bawak laju2 dalam kejadian tu kereta boleh terbabas x? boleh eksiden x? boleh cedera x? boleh mati x?

Saya nampak object tu melayang ke arah saya, but it's too late. time pass too fast! if kalau saya mengelak pun, kereta dikanan saya akan menghentam saya x pun saya yg hentam kereta org or in a simple word."accident" . Kesan nya? ya, objek tersebut dan kereta saya sama2 berlangar dengan daya hentaman yang dinyatakan diatas. Saya hanya sempat menjerit "Allahhuakbar". dengan kuasa Allah yang Maha Besar, that object not directly menghentam ke arah cermin depan, saya perasan, tapi seolah-olah ketepi , ke kiri, but i'm still accident. daya hentaman tersebut telah menyebabkan sebelah kiri depan kereta saya rosak. lampu semua pecah. so many times i recite "Laillahaillahlaah Subhanakainnakumtumminnalzolimin" ini adalah doa Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan nun yang selalu saya amalkan berserta selawat. untuk tajwid serta bacaan yang betol tolong rujuk dalam huruf jawi ok.

Dalam keadaan yang saya rasa kereta saya dah semacam, paling saya takut kalau tayar pecah, sebab saya mmg rasa kereta saya dah semacam, saya betol2 rasa tayar saya lain, dalam hati saya xputus2 mengucap dan berdoa. saya xnak berhenti coz saya perasan mmg that car nak saya berenti. saya terus gak drive sbb kalau berenti jugak saya mmg cari nahas. dalam hati saya dah bertekad walau terok macammana sekali pun kereta saya, saya berdoa agar saya selamat ja sampai rumah or at least tempat yang selamat untuk berhenti. saya rela bawak jugak kereta saya dalam keadaan terkopak asal saya selamat.

Saya sgt bersyukur untuk kejadian kali ini sya selamat. Saya perasan dah banyak kali, setiap kali ada kejadian buruk yang hampir berlaku, n setiap kali saya mengucapakn atau melaungkan azan, tuhan memelihara saya. That's way saya bersyukur sangat dididik supaya jgn mengeluakan kata2 yang xbaik, termasuk mencarut.Tuhan suka kita dengan lafaz2 kebaikan dan mengingatinya. Jika kita ditimpa musibah, redhalah dan sentiasalah berzikir hatta dengan zikiir yang kita anggap simple. Untuk kejadian kali ni saya nampak kuasa Allah tu sendiri. saya pasti objek tu melayang dan akan tersasar menghentam betol2 cermin depan saya. Tapi Alhamdulillah, objek tu terkena sisi sahaja.

Dalam keadaan yg semangat saya dah hilang, saya gagahkan juga diri drive, walaupun saya rasa dada saya sakit sebab daya inersia sewaktu tekan break menghentam dada saya ke stereng kereta dan berlarutan dengan hon yang sagt kuat dan panjang.Kereta saya xda airbag, kalau x mesti airbag dah keluarkan... Saya nak carik kereta lepas nie, n mesti kena ada airbag untuk semua penumpang. Naseb baek encik saya kol n dia temankan saya sampai rumah walaupun hanya sokongan melalui phone kol. saya buat laudspeker sampai rumah. Dia kata hati dia x tenang tiba2 n days way dia kol saya. lepas semua dah setel n saya dah berada dengan selamatnya dirumah, baru la dia start nak berleter n marah.walaupun dia cuba xmarah saya , api saya tau dia marah. Dia marah sebab kata saya suka xdengar ckp. saya degil. dia dah pesan banyak2 kali supaya x drive sorang2 malam2 pergi jauh. Betol ka saya degil.? he's not the fiirst man in my life say so...;(   
OK, saya lepas nie saya akan lebih mendengar kata. kadang2 saya bukan saja2 nak buat org marah. tapi keadaan yang menuntut supaya saya jadi macam tu. Saya sendirian disini. So apa yang boleh saya lakukan? jadi saya terpaksa juga lakukan seorang diri. OK lepas nie yang mana ada pilihan saya akan ikut mana nasihat yang baik dan logik. Tq so much for ur caring n advise.

To all ladies, saya pun xtahu apa nasihat yang patut saya berikan, ambillah apa2 pengajaran dari cerita diatas. especially

1. Jangan pandu kereta seorang diri malam2 di tempat yang sunyi.
2.Kalau mampu belilah kereta yang ada airbag
3.Berhentilah ditempat yang selamat dan ramai org
4.jangan lupa baca doa setiap kali naik kenderaan, walaupun hanya dengan Bismillah.
5.kalau apa2 yang anda rasa mengancam anda, bunyikan hon sekuat dan selama yang boleh bagi menarik perhatian dan pertolongan dari org sekeliling.
6.Nak pergi mana2 pun pasti kan bateri telefon bimbit anda penuh dan mempunyi credit untuk panggilan

OK, nanti kalau saya ingat saya tulis lagi, saya masih demam dgn kejadian ini, mungkin factor lain juga jadi penyumbang iaitu, tidur yang x cukup. saya xboleh tidur n asyik mengigau, sebelum itu, paginya saya dah pergi hospital dan berada di bilik mayat. Mungkin semangat saya lemah, dats y kot. tapi faktor perubahan hormon yang hampir tiba juga menjadi penyumbang. Apa2 pun ........

saya akan kembali lagi dengan stori pas nie. stay tune.

Monday, September 27, 2010

Kisah Al Balik Raya

Syawal lum habis, so nak la citer pasal syawal yang sebelum nie x sempat2 nak cerita. x bayak sgt ambil gambar siri sendiri time raya. Kesakitan perut yg amat sangat pada pagi hingga ke tengahari membantut mood. so untuk permula, saya nak cerita bagaimana berjaya sampai di kg halaman sebelum raya bermula..hehe
first:
1. TQ kpd En.P dan En.D kerana dengan kasih sayang sanggup datang jemput saya dan yg sorang lagi nak teman auntie dia yg comel nie  ;p eceh..ce.ce
2.Sebelum tu saya telah menjamu selera steamboat best tempat kegemaran kami. walaupun pada asalnya tempat tu dah fully book. tapi dengan ke-terer an , kami berhasil dpt tempat. so apa lagi melantak la sampai kenyang gila.

hmm, bestnya bila xyah drive sorg...ops, bukan drive sorg2, tp x drive langsung.hahahah
daniel, pas ni kalau x dgr ckp auntie lagi, auntie tinggal tepi jalan kat ladang gadung banting kelapa sawit tepi highway. hahaha, ok ucap tq kat en.p coz snggup patah balik ambik daniel ek, padahal dah dekat perak dah. huhu.

saya teringin nak post picas2 yg best tapi sebenarnya saya xtau la pi mana picas2 tu...hukhuk.

Sunday, September 26, 2010

:life:

Bersiaran dari dalam kereta. Tidak tahu apa yg hendak dicoretkan pada kali ini. Tapi hati ku begitu meronta untuk meluahkannya.tapi tidak tahu bagaimana harus bermula atau bagaimana cara yg sepatutnya.sedangkan lidah lagi tergigit...dari satu sudut mungkin kita rasakan yg kita suduh cukup banyak bersabar dan berkorban, dan mungkin dari satu pihak lagi dia yg merasakan dirinya banyak bersabar dan berkorban. Yang sebenarnya masing2 telah cuba bertolak ansur dan bersabar. Benarlah kata org,dalam menjalin hubungan yg paling penting adalah toleransi.
Mungkin ada masa gembira dan duka. Tapi hanya satu yang ingin saya nyatakan disini sekali lagi. Saya sayang kamu.mungkin saya xsempurna sbg manusia biasa saya ada masanya saya tidak dpt menahan perasan saya. Sori for everythings that I have did hurt u, n tq so much for everything u did for me.

Friday, September 24, 2010

With Besstiess @ Hotel Istana Raya Sakan

Dis week saya telah hadirkan diri atas jemputan rasmi sempena open house raya by DRB-Hicom, with my buddies.,walaupun majlis tu start awal, kitaorg hanya bergerak selepas opis hour.

teman sepermainan. hahahahaha
Terima kasih pada pasangan ini sebab give us ride nek myvibikin:P hehe, Jgn salah pham,Ini en.apit ye, bukan KJ ,yg wanita diatas juga bukanlah rita rudaini versi pakai tudung. apa2 pun all n best wishes to dis bakal pengantin.hehehe.
aku suka pic ni, walaupun muka aku cam buruk, aku ttp suka.hahahah. hmm, ayu kata rugi sebab x bawak en.kerul dia sama. ( dalam hati aku gelak sebab bagus xbawak, kalau x aku sorg je xde pasangan.) P/s: kerul jgn marah ngan senior awak nie ek:P
mama n papa auni@pasangan sehatisejiwa suami isteri
suka la tgk diorg dua nie, sweet n comel. Aisyah n Fir.


Wednesday, September 22, 2010

Salam Aidilfitri

Saya mulakankan dengan lafaz Bismillah..., dan walaupun sudah agak terlambat untuk wish raya d yg sudah masuk 13 Syawal nie , i tetap nak wish u ols semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails